{"id":82653,"date":"2026-07-23T15:33:22","date_gmt":"2026-07-23T07:33:22","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=82653"},"modified":"2026-07-23T15:33:22","modified_gmt":"2026-07-23T07:33:22","slug":"ditumbuk-pengiring-vvip-pemandu-e-hailing-oku-saman-pdrm-kerajaan-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/ditumbuk-pengiring-vvip-pemandu-e-hailing-oku-saman-pdrm-kerajaan-malaysia\/","title":{"rendered":"Ditumbuk Pengiring VVIP: Pemandu E-Hailing OKU saman PDRM, Kerajaan Malaysia"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-157958365\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Selepas hampir dua tahun insiden didakwa ditumbuk oleh seorang anggota pengiring orang kenamaan (VVIP), seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) pendengaran memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-82655\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Id_obj52290583_1717579631.webp\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"711\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Id_obj52290583_1717579631.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Id_obj52290583_1717579631-300x178.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Id_obj52290583_1717579631-1024x607.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Id_obj52290583_1717579631-768x455.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Id_obj52290583_1717579631-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p>Memetik laporan Sinar Harian, plaintif, Ong Ing Keong, 49, memfailkan saman tersebut pada 10 Julai lalu menerusi firma guaman Messrs Daim &amp; Gamany terhadap lima pihak, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam saman itu, beliau menamakan Lans Koperal Muhammad Taufik Ismail, 34, Inspektor Che W Hashimi Rafsanjani Che W Raksan, 33, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kelima.<\/p>\n<p>Berdasarkan penyataan tuntutan, plaintif mendakwa beliau telah ditekan supaya menarik balik laporan polis selain diminta memadam rakaman video berkaitan kejadian tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, insiden itu berlaku pada 28 Mei 2024 ketika beliau sedang mengambil penumpang di luar sebuah hotel di ibu negara.<\/p>\n<p>Plaintif mendakwa ketika penumpangnya sedang memasuki kenderaan, sebuah lagi kenderaan berhenti berhampiran sebelum seorang individu mengarahkannya supaya beredar dengan menggunakan isyarat tangan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-82656 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-3.15.21-PM.png\" alt=\"\" width=\"636\" height=\"566\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-3.15.21-PM.png 636w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-3.15.21-PM-300x267.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-3.15.21-PM-13x12.png 13w\" sizes=\"auto, (max-width: 636px) 100vw, 636px\" \/><\/p>\n<p>Selepas semua pintu kenderaan ditutup dan beliau bersedia untuk bergerak, Ing Keong mendakwa defendan pertama secara tiba-tiba menumbuk mukanya melalui tingkap kereta yang terbuka tanpa sebarang provokasi.<\/p>\n<p>Susulan kejadian itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Travers kira-kira jam 1 tengah hari sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ing Keong mendakwa apabila kembali ke balai polis berkenaan pada jam 5 petang, telefon bimbitnya telah diambil oleh pihak polis tanpa alasan yang sah.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa dimaklumkan telefon tersebut hanya akan dipulangkan sekiranya menarik balik laporan polis dan memadam rakaman video insiden berkenaan.<\/p>\n<p>Plaintif juga mendakwa beliau dibiarkan menunggu selama beberapa jam tanpa disediakan jurubahasa bahasa isyarat.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pada jam 9 malam pada hari sama, defendan kedua menekan supaya saya menarik balik laporan polis dan menerima pampasan sebanyak RM800 dengan menyatakan telefon bimbitnya akan dirampas sekiranya enggan berbuat demikian,&#8221;<\/em> dakwanya.<\/h5>\n<p>Bagaimanapun, menurut plaintif, selepas berbincang dengan rakan-rakannya pada keesokan hari, beliau memaklumkan kepada polis supaya siasatan diteruskan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am terhadap defendan pertama atas dakwaan serangan, serang sentuh dan kecuaian, manakala defendan kedua pula atas dakwaan salah laku dalam jawatan awam.<\/p>\n<p>Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan ketiga, keempat dan kelima telah melanggar kewajipan statutori di bawah Akta Polis 1967 serta Akta Orang Kurang Upaya 2008.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ia termasuk injunksi mandatori dengan mengarahkan pihak polis menyediakan akses kepada jurubahasa BIM di balai polis itu dan di seluruh Malaysia dalam tempoh 60 hari.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya juga menuntut gantirugi teruk dan teladan terhadap kesemua defendan atas tindakan yang berniat jahat, dan menyalahgunakan kuasa,&#8221;<\/em> kongsinya.<\/h5>\n<div id=\"attachment_82657\" style=\"width: 1010px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-82657\" class=\"wp-image-82657 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/7abc406329368bc72c54c52c6e0e2b07.jpg\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/7abc406329368bc72c54c52c6e0e2b07.jpg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/7abc406329368bc72c54c52c6e0e2b07-300x180.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/7abc406329368bc72c54c52c6e0e2b07-768x461.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/7abc406329368bc72c54c52c6e0e2b07-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><p id=\"caption-attachment-82657\" class=\"wp-caption-text\">Foto: malaysiakini<\/p><\/div>\n<p>Menurut plaintif, tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa menjadi mangsa serangan yang disengajakan dan tidak sah.<\/p>\n<p>Beliau juga mendakwa wujud kecuaian dalam pelaksanaan tugas, termasuk kegagalan mematuhi prosedur perlindungan, tidak memakai pakaian seragam yang boleh dikenal pasti serta tidak menunjukkan kad kuasa.<\/p>\n<p>Selain itu, plaintif mendakwa defendan pertama bertindak secara melampau dan sewenang-wenangnya apabila menumbuknya tanpa sebarang provokasi.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa defendan kedua melakukan salah laku dalam jawatan awam dengan menekannya supaya menarik balik laporan polis.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Defendan ketiga, keempat dan kelima selaku majikan atau principal, perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan defendan pertama dan kedua.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ia termasuk pelanggaran kewajipan statutory iaitu gagal memastikan prosedur polis dipatuhi dan gagal menyediakan kemudahan komunikasi (jurubahasa isyarat) bagi OKU di balai polis, yang bertentangan dengan Seksyen 30 Akta OKU 2008,&#8221;<\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pemandu-oku-dedah-video-ditumbuk-polis-maklum-pengawal-pengiring-sudah-diambil-tindakan\/\">Pemandu OKU Dedah Video Ditumbuk, Polis Maklum Pengawal Pengiring Sudah Diambil Tindakan<\/a><\/p>\n<p>Pada 4 November 2024, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan denda RM1,000 terhadap Muhammad Taufik selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Ing Keong di hadapan sebuah hotel pada jam 11.40 pagi, 28 Mei 2024.<\/p>\n<p>Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/789040\/berita\/semasa\/ditumbuk-pengiring-vvip-pemandu-e-hailing-oku-saman-lima-pihak-termasuk-pdrm-kerajaan-malaysia\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sinar Harian<\/a> (Noor Azlida Alimin)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas hampir dua tahun insiden didakwa ditumbuk oleh seorang anggota pengiring orang kenamaan (VVIP), seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) pendengaran memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Memetik laporan Sinar Harian, plaintif, Ong Ing Keong, 49, memfailkan saman tersebut pada 10 Julai lalu menerusi firma guaman Messrs Daim &amp; Gamany terhadap lima [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":82654,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-82653","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82653","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82653"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82658,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82653\/revisions\/82658"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/82654"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}