{"id":82643,"date":"2026-07-23T14:06:34","date_gmt":"2026-07-23T06:06:34","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=82643"},"modified":"2026-07-23T14:06:34","modified_gmt":"2026-07-23T06:06:34","slug":"rhb-islamic-yayasan-ikhlas-perluas-akses-air-bersih-tenaga-solar-di-kampung-telinting","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/rhb-islamic-yayasan-ikhlas-perluas-akses-air-bersih-tenaga-solar-di-kampung-telinting\/","title":{"rendered":"RHB Islamic, Yayasan Ikhlas Perluas Akses Air Bersih &#038; Tenaga Solar Di Kampung Telinting"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2346553843\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>RHB Islamic Bank dengan kerjasama Yayasan Ikhlas berjaya melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar di Kampung Telinting, Papar, Sabah memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk daripada 30 isi rumah.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-82649\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.49.12-PM.png\" alt=\"\" width=\"1860\" height=\"994\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.49.12-PM.png 1860w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.49.12-PM-300x160.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.49.12-PM-1024x547.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.49.12-PM-768x410.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.49.12-PM-1536x821.png 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.49.12-PM-18x10.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1860px) 100vw, 1860px\" \/><\/p>\n<p>Projek bernilai RM300,000 itu dibiayai sepenuhnya oleh RHB Islamic Bank sebagai penyumbang utama, dengan matlamat menyediakan akses bekalan air bersih serta kemudahan lampu berkuasa tenaga solar kepada komuniti luar bandar berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank, Dato\u2019 Adissakin Ali berkata penyediaan keperluan asas seperti air bersih dan tenaga merupakan langkah penting dalam meningkatkan kesejahteraan sesebuah komuniti.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kami percaya pembangunan sesebuah komuniti bermula apabila keperluan asas masyarakat dapat dipenuhi. Sebab itulah akses kepada air bersih dan bekalan tenaga merupakan asas penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Projek di Kampung Telinting mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkasakan komuniti melalui penyediaan kemudahan asas yang memberi manfaat berkekalan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Semoga usaha yang kita laksanakan bersama pada hari ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang dapat membawa kebaikan, bukan sahaja di Kampung Telinting, malah di seluruh Sabah,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Pelaksanaan projek tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan RHB Islamic Bank dalam memperkasakan masyarakat luar bandar menerusi inisiatif pembangunan mampan yang memberi impak jangka panjang terhadap kualiti hidup penduduk.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-82650\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.24-PM.png\" alt=\"\" width=\"1044\" height=\"738\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.24-PM.png 1044w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.24-PM-300x212.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.24-PM-1024x724.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.24-PM-768x543.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.24-PM-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1044px) 100vw, 1044px\" \/><\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan RHB Islamic Bank akan terus menyokong pelbagai inisiatif pembangunan komuniti yang selari dengan aspirasi kemampanan serta tanggungjawab sosial korporat institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Prof. Dr. Azmi berkata Yayasan Ikhlas menghargai kepercayaan dan sokongan RHB Islamic Bank dalam menjayakan projek yang memberi manfaat kepada penduduk Kampung Telinting.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\">&#8220;Yayasan Ikhlas amat menghargai komitmen dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh RHB Islamic Bank dalam membantu komuniti yang memerlukan.<\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\">&#8220;Projek ini membuktikan bahawa kerjasama strategik antara organisasi kebajikan dan sektor korporat mampu menghasilkan impak yang besar kepada masyarakat.<\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\">&#8220;Dengan adanya sistem air bersih dan kemudahan tenaga solar ini, penduduk Kampung Telinting kini dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik serta peningkatan kualiti hidup yang lebih menyeluruh,&#8221; jelasnya.<\/h5>\n<p>Beliau berkata Yayasan Ikhlas akan terus memperluaskan usaha pembangunan komuniti khususnya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan akses kepada kemudahan asas dan infrastruktur mampan.<\/p>\n<p>Sehingga kini, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan sebanyak 19 Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan 19 Projek Tenaga Solar di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, Kelantan serta Kedah.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-82651\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.00-PM.png\" alt=\"\" width=\"1864\" height=\"1120\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.00-PM.png 1864w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.00-PM-300x180.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.00-PM-1024x615.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.00-PM-768x461.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.00-PM-1536x923.png 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-23-at-1.30.00-PM-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1864px) 100vw, 1864px\" \/><\/p>\n<p>Sebagai sebahagian daripada program perasmian, RHB Islamic Bank dan Yayasan Ikhlas turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 30 keluarga penerima manfaat sebagai tanda sokongan terhadap kesejahteraan komuniti setempat.<\/p>\n<p>Kejayaan projek berkenaan mencerminkan komitmen bersama kedua-dua organisasi dalam memperkukuh pembangunan sosial melalui pelaksanaan program yang memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.<\/p>\n<p>Yayasan Ikhlas merupakan badan kebajikan yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] pada 5 Mac 2009, dengan fokus kepada empat kluster utama iaitu pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan dan pengurusan bencana.<\/p>\n<p>Manakala RHB Islamic Bank Berhad ialah institusi perbankan Islam di Malaysia yang menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah kepada pelanggan individu, perniagaan dan korporat serta komited memacu pertumbuhan mampan melalui amalan perbankan bertanggungjawab dan program pembangunan komuniti.<\/p>\n<p>Majlis perasmian projek berkenaan turut dihadiri Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr. Azmi bin Md Nor barisan pengurusan kedua-dua organisasi, pemimpin komuniti serta penduduk Kampung Telinting.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RHB Islamic Bank dengan kerjasama Yayasan Ikhlas berjaya melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar di Kampung Telinting, Papar, Sabah memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk daripada 30 isi rumah. Projek bernilai RM300,000 itu dibiayai sepenuhnya oleh RHB Islamic Bank sebagai penyumbang utama, dengan matlamat menyediakan akses bekalan air bersih serta kemudahan lampu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":82645,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-82643","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82643","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82643"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82643\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82652,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82643\/revisions\/82652"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/82645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82643"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82643"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82643"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}