{"id":82588,"date":"2026-07-22T11:48:16","date_gmt":"2026-07-22T03:48:16","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=82588"},"modified":"2026-07-22T11:48:16","modified_gmt":"2026-07-22T03:48:16","slug":"calon-prn-negeri-sembilan-digantung-tauliah-mengajar-agama-sepanjang-tempoh-kempen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/calon-prn-negeri-sembilan-digantung-tauliah-mengajar-agama-sepanjang-tempoh-kempen\/","title":{"rendered":"Calon PRN Negeri Sembilan Digantung Tauliah Mengajar Agama Sepanjang Tempoh Kempen"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2538189599\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengambil tindakan menggantung sementara tauliah mengajar agama membabitkan ahli politik atau calon pilihan raya sepanjang berlangsungnya tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-82591 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-22-at-11.22.26-AM.png\" alt=\"\" width=\"654\" height=\"732\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-22-at-11.22.26-AM.png 654w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-22-at-11.22.26-AM-268x300.png 268w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Screenshot-2026-07-22-at-11.22.26-AM-11x12.png 11w\" sizes=\"auto, (max-width: 654px) 100vw, 654px\" \/><\/p>\n<p>Memetik laporan Berita Harian, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Asri Abdullah memaklumkan perkara itu menerusi pekeliling bertarikh 20 Julai yang dikeluarkan kepada pengerusi jawatankuasa kariah masjid, surau solat Jumaat serta surau di seluruh negeri.<\/p>\n<p>Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat bagi menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ia bagi menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Penggantungan tersebut berkuat kuasa mulai 18 Julai sehingga notis pemberitahuan baharu dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan lanjut berdasarkan undang-undang yang sedang berkuat kuasa serta syarat Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, surat berasingan yang ditandatangani Mufti Negeri Sembilan, Datuk Faudzinaim Badaruddin turut memaklumkan mengenai arahan sama.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Penggantungan ini dibuat sebagai langkah menjaga kesucian institusi agama, memelihara keharmonian masyarakat. Ia juga bagi mengelak masjid, surau serta mana-mana premis pengajaran agama dijadikan medium yang boleh menimbulkan persepsi berpihak kepada mana-mana parti atau calon bertanding.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bersama-sama dengan surat ini disertakan senarai nama ahli politik atau calon PRN Negeri Sembilan Ke-16 yang digantung sementara tauliahnya untuk makluman dan tindakan selanjutnya,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/ceramah-agama-di-media-sosial-perlu-ada-tauliah-menteri-agama\/\">Ceramah Agama Di Media Sosial Perlu Ada Tauliah \u2013 Menteri Agama<\/a><\/p>\n<p>Sumber dalaman JHEAINS mengesahkan kewujudan surat berkenaan, dengan antara nama yang disenaraikan ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Nor Azman Mohamad daripada Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Turut tersenarai ialah calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi DUN Serting, Mohd Fairuz Mohd Isa.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/nasional\/2026\/07\/1591694\/tauliah-mengajar-agama-calon-prn-negeri-sembilan-ahli-politik\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Berita Harian<\/a> (Ahmad Hasbi)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengambil tindakan menggantung sementara tauliah mengajar agama membabitkan ahli politik atau calon pilihan raya sepanjang berlangsungnya tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN). Memetik laporan Berita Harian, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Asri Abdullah memaklumkan perkara itu menerusi pekeliling bertarikh 20 Julai yang dikeluarkan kepada pengerusi jawatankuasa kariah masjid, surau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":82594,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-82588","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82588","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82588"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82588\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82595,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82588\/revisions\/82595"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/82594"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82588"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82588"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82588"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}