{"id":82098,"date":"2026-07-07T18:06:09","date_gmt":"2026-07-07T10:06:09","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=82098"},"modified":"2026-07-07T18:06:09","modified_gmt":"2026-07-07T10:06:09","slug":"kes-sekolah-di-banting-jangan-sebar-identiti-pelajar-boleh-didenda-rm10000-suhakam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kes-sekolah-di-banting-jangan-sebar-identiti-pelajar-boleh-didenda-rm10000-suhakam\/","title":{"rendered":"Kes Sekolah Di Banting: Jangan Sebar Identiti Pelajar, Boleh Didenda RM10,000 -SUHAKAM"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3146611127\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"isSelectedEnd\">Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) menzahirkan kebimbangan terhadap insiden tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor, yang mencetuskan perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, CC turut merakamkan simpati kepada mangsa yang cedera serta berharap mereka segera pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan trauma yang dialami.<\/p>\n<h2>Suspek dan mangsa masih kanak-kanak<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut CC, kedua-dua mangsa dan individu yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan masih berstatus kanak-kanak.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Justeru, hak mereka perlu dihormati dan dilindungi mengikut undang-undang negara serta Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disertai Malaysia sejak 1995.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis, amat penting bagi semua pihak untuk menghormati sepenuhnya hak, maruah dan kepentingan terbaik setiap kanak-kanak yang terbabit sepanjang proses perundangan ini berlangsung,&#8221; <\/em>menurut kenyataan itu.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-82099 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/image1.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/image1.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/image1-300x150.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/image1-768x384.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/image1-18x9.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">SUHAKAM turut melahirkan kebimbangan terhadap penyebaran imej, rakaman video, maklumat peribadi dan pelbagai spekulasi mengenai kanak-kanak terbabit di media sosial serta aplikasi sembang.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan siasatan, malah memberi kesan psikologi berpanjangan, mengundang stigma dan menyukarkan proses pemulihan mereka pada masa hadapan.<\/p>\n<h2>Dilarang buat sebarang penerbitan<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Orang ramai, agensi media dan pengguna media sosial turut diingatkan bahawa Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 melarang sebarang penerbitan atau penyebaran maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak dalam prosiding.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Individu yang melanggar peruntukan itu boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mengulas laporan media yang memetik kenyataan peguam suspek bahawa kanak-kanak yang dituduh merupakan seorang autistik, CC menegaskan perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mewujudkan stigma atau menghasut kebencian.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Setiap kanak-kanak, termasuk golongan kurang upaya, mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang untuk dihormati maruah mereka, mendapat layanan tanpa diskriminasi, serta akses kepada sokongan psikososial yang sewajarnya,<\/em>&#8221; jelas CC.<\/h5>\n<p>Sehubungan itu, SUHAKAM menggesa semua pihak memperkukuhkan usaha pencegahan keganasan di sekolah melalui pengesanan awal faktor risiko, penyediaan sokongan kesihatan mental serta kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan serta keselamatan kanak-kanak terus terpelihara.<\/p>\n<p>Sumber: Facebook SUHAKAM<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) menzahirkan kebimbangan terhadap insiden tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor, yang mencetuskan perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, CC turut merakamkan simpati kepada mangsa yang cedera serta berharap mereka segera pulih sepenuhnya daripada kecederaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":82100,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-82098","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82098","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82098"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82098\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82101,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82098\/revisions\/82101"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/82100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82098"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82098"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82098"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}