{"id":81461,"date":"2026-06-21T14:37:11","date_gmt":"2026-06-21T06:37:11","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=81461"},"modified":"2026-06-21T14:37:11","modified_gmt":"2026-06-21T06:37:11","slug":"rumah-pusaka-jadi-stor-ganja-dua-beradik-ditahan-bersama-22kg-bahan-terlarang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/rumah-pusaka-jadi-stor-ganja-dua-beradik-ditahan-bersama-22kg-bahan-terlarang\/","title":{"rendered":"Rumah Pusaka Jadi Stor Ganja, Dua Beradik Ditahan Bersama 22KG Bahan Terlarang"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-361068561\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Kegiatan dua beradik yang dipercayai menggunakan rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka di Duyong Besar sebagai lokasi transit dan penyimpanan bunga ganja untuk pasaran antarabangsa terbongkar selepas premis itu diserbu polis pada 14 Jun lalu.<\/p>\n<h2>Rumah pusaka jadi transit ganja<br \/>\n<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-81462\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/photo_2026-06-21_12-26-38_1782022217.jpg\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"799\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/photo_2026-06-21_12-26-38_1782022217.jpg 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/photo_2026-06-21_12-26-38_1782022217-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/photo_2026-06-21_12-26-38_1782022217-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/photo_2026-06-21_12-26-38_1782022217-768x511.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/photo_2026-06-21_12-26-38_1782022217-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/h2>\n<p>Memetik laporan Harian Metro, dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu kira-kira pukul 3.30 petang, dua lelaki berusia 39 dan 50 tahun berjaya ditahan, manakala polis turut merampas 22 kilogram (kg) bunga ganja yang dianggarkan bernilai RM1.76 juta.<\/p>\n<p>Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, serbuan pertama yang dilakukan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan dadah yang dipercayai disimpan sementara sebelum dihantar ke pasaran antarabangsa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, serbuan kedua pula dilakukan di hadapan sebuah rumah di kawasan sama yang membabitkan suspek kedua, namun pemeriksaan tidak menemukan sebarang barangan menyalahi undang-undang.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai berperanan sebagai penjaga stor dalam sindiket yang aktif sejak Mac lalu.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Rumah berkenaan dipercayai dijadikan lokasi transit bagi menyimpan bekalan bunga ganja yang dipercayai diseludup masuk melalui laluan laut sebelum dihantar ke pasaran antarabangsa,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Menurut beliau, siasatan awal mendapati bunga ganja yang dirampas dipercayai akan diproses menjadi cecair untuk kegunaan rokok elektronik atau vape.<\/p>\n<p>Katanya, keputusan ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek menunjukkan mereka negatif dadah.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Siasatan juga mendapati suspek berusia 39 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala abangnya berusia 50 tahun mempunyai 13 rekod kesalahan berkaitan dadah mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952),&#8221;<\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Jun sebelum tempoh reman mereka disambung selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, polis turut mengambil tindakan mengikut ADB (Perlucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset yang dianggarkan bernilai RM149,000.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2026\/06\/1373020\/rumah-pusaka-dijadikan-transit-simpan-22kg-bunga-ganja-dua-beradik-ditahan\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">RM1.5 Bilion Syabu Ditemui Dalam Kandang Lembu, Disyaki Untuk Pasaran Malaysia<\/a><\/p>\n<p>Antara harta yang disita ialah sebuah kereta Hyundai, tiga motosikal iaitu BMW R100, Yamaha NVX dan Yamaha 135LC serta wang tunai berjumlah RM6,000.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta adalah RM1.909 juta,&#8221;<\/em> tambahnya lagi.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2026\/06\/1373020\/rumah-pusaka-dijadikan-transit-simpan-22kg-bunga-ganja-dua-beradik-ditahan\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Harian Metro<\/a> (Zaid Salim)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kegiatan dua beradik yang dipercayai menggunakan rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka di Duyong Besar sebagai lokasi transit dan penyimpanan bunga ganja untuk pasaran antarabangsa terbongkar selepas premis itu diserbu polis pada 14 Jun lalu. Rumah pusaka jadi transit ganja Memetik laporan Harian Metro, dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":81463,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-81461","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81461","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81461"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81461\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81464,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81461\/revisions\/81464"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/81463"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81461"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81461"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81461"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}