{"id":81125,"date":"2026-06-14T15:04:20","date_gmt":"2026-06-14T07:04:20","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=81125"},"modified":"2026-06-14T15:04:20","modified_gmt":"2026-06-14T07:04:20","slug":"premis-didakwa-jadi-sekolah-etnik-rohingya-pelajar-hadir-naik-kereta-mewah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/premis-didakwa-jadi-sekolah-etnik-rohingya-pelajar-hadir-naik-kereta-mewah\/","title":{"rendered":"Premis Didakwa Jadi Sekolah Etnik Rohingya, Pelajar Hadir Naik Kereta Mewah"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2794527381\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"isSelectedEnd\">Sebuah lagi premis yang dipercayai dijadikan pusat pendidikan untuk kanak-kanak etnik Rohingya dikesan beroperasi di Kampung Telaga Mengkudu, Bukit Payong, Marang.<\/p>\n<h2>Cetus kebimbangan warga setempat<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Memetik laporan daripada Harian Metro, premis yang didakwa beroperasi di tingkat satu kompleks Majlis Daerah Marang (MDM) sejak tahun 2024 itu dikatakan mempunyai tiga bilik darjah dan menjadi tempat pembelajaran puluhan kanak-kanak etnik Rohingya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kewujudan pusat pendidikan tersebut bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat, malah mencetuskan persoalan mengenai bagaimana premis berkenaan boleh disewa oleh warga asing.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-81126\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-3.01.01-PM.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"1273\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-3.01.01-PM.png 694w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-3.01.01-PM-189x300.png 189w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-3.01.01-PM-644x1024.png 644w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-3.01.01-PM-8x12.png 8w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h2>Pernah berlaku ketegangan<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Walau bagaimanapun, hasil tinjauan media mendapati operasi pusat pendidikan itu dipercayai telah ditutup sejak 7 Jun lalu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Bekas pengawal keselamatan, Alias Muda, 69, berkata kehadiran pusat pendidikan berkenaan pernah menimbulkan ketegangan antara komuniti Rohingya dan penduduk tempatan.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pernah berlaku pertengkaran antara etnik Rohingya dengan penduduk setempat selepas mereka ditegur supaya menjaga kebersihan.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kanak-kanak itu mencampakkan sampah, termasuk bekas sisa makanan daripada tingkat atas bangunan berkenaan,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<h2>Jadikan kawasan sekeliling kompleks penempatan<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut Alias, kira-kira 40 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun mengikuti pengajian di pusat berkenaan dengan tujuh tenaga pengajar yang didakwa merupakan penduduk tempatan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Seorang lagi penduduk, Zaidi Ngah, 56, mendakwa sikap segelintir ibu bapa pelajar Rohingya turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Mereka seolah-olah mahu menjadikan kawasan sekeliling kompleks sebagai penempatan mereka.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pergaduhan antara masyarakat setempat dan etnik Rohingya hampir tercetus apabila mereka membawa kira-kira 50 tayar kenderaan untuk dibina taman permainan di tanah kosong belakang kompleks,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-81127\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-2.58.44-PM.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"588\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-2.58.44-PM.png 1560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-2.58.44-PM-300x220.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-2.58.44-PM-1024x752.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-2.58.44-PM-768x564.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-2.58.44-PM-1536x1128.png 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-14-at-2.58.44-PM-16x12.png 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sementara itu, Azam Muda, 66, mendakwa pusat pendidikan tersebut dikendalikan tujuh tenaga pengajar bersama seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang dipercayai bertindak sebagai guru besar.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, pelajar yang mengikuti kelas di situ dihantar ibu bapa masing-masing menggunakan kenderaan mewah.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kita pernah menegur tenaga pengajar dan guru besar pusat pendidikan itu supaya menasihatkan pelajar supaya menjaga kebersihan dan tidak mencampakkan sampah daripada tingkat atas bangunan berkenaan.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tetapi mereka mendakwa sukar untuk menasihatkan pelajar bimbang akan dipecat serta dimarahi ibu bapa mereka,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Dalam pada itu, usaha mendapatkan penjelasan daripada Yang Dipertua MDM, Khairil Anuar Sheikh Mahmood berhubung perkara tersebut dilaporkan tidak berjaya.<\/p>\n<p>Sumber: Harian Metro (Baharom Bakar)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebuah lagi premis yang dipercayai dijadikan pusat pendidikan untuk kanak-kanak etnik Rohingya dikesan beroperasi di Kampung Telaga Mengkudu, Bukit Payong, Marang. Cetus kebimbangan warga setempat Memetik laporan daripada Harian Metro, premis yang didakwa beroperasi di tingkat satu kompleks Majlis Daerah Marang (MDM) sejak tahun 2024 itu dikatakan mempunyai tiga bilik darjah dan menjadi tempat pembelajaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":81129,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-81125","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81125","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81125"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81125\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81130,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81125\/revisions\/81130"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/81129"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81125"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81125"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81125"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}