{"id":80983,"date":"2026-06-11T16:55:07","date_gmt":"2026-06-11T08:55:07","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=80983"},"modified":"2026-06-11T16:55:07","modified_gmt":"2026-06-11T08:55:07","slug":"trump-mengaku-cintakan-inflasi-saat-kos-sara-hidup-meningkat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/trump-mengaku-cintakan-inflasi-saat-kos-sara-hidup-meningkat\/","title":{"rendered":"Trump Mengaku &#8216;Cintakan Inflasi&#8217; Saat Kos Sara Hidup Meningkat"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-173204447\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"isSelectedEnd\">Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian apabila menyatakan beliau \u201csuka inflasi\u201d ketika rakyat negara itu berdepan peningkatan kos sara hidup susulan kenaikan harga barangan dan tenaga.<\/p>\n<h2>Kadar meningkat 3.8 peratus pada April<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kenyataan itu dibuat selepas data terbaru Biro Statistik Buruh (BLS) menunjukkan kadar inflasi AS meningkat kepada 4.2 peratus pada Mei berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus menjadi peningkatan terpantas dalam tempoh tiga tahun.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kadar tersebut meningkat daripada 3.8 peratus pada April dan didorong terutamanya oleh kenaikan kos tenaga susulan konflik melibatkan AS dan Israel dengan Iran.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya sukakannya. Angka ini sangat baik. Anda tahu apa yang saya benar-benar suka? Saya suka inflasi,\u201d <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-80985\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-300x169.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-768x432.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-2048x1151.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-18x10.jpg 18w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/bc540b70-62a0-11f1-b682-cf91850925ea-600x337.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Trump turut mendakwa operasi ketenteraan waktu malam yang dijalankan AS berjaya mengurangkan tekanan terhadap harga minyak selepas puluhan kapal yang membawa jutaan tong minyak dari Iran ditahan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Bagaimanapun, harga minyak mentah Brent masih kekal jauh lebih tinggi berbanding paras sebelum tercetusnya konflik tersebut.<\/p>\n<h2>Inflasi meningkat tiga bulan berturut-turut<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Data terkini menunjukkan Indeks Harga Pengguna (CPI) AS meningkat untuk bulan ketiga berturut-turut, dengan isi rumah semakin merasai kesan kenaikan kos akibat ketegangan geopolitik di Timur Tengah.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebelum ini, Trump berpendapat peningkatan inflasi hanya bersifat sementara dan menjangkakan keadaan akan kembali stabil sebaik konflik berakhir.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kenaikan inflasi itu turut meningkatkan kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah bagi mengawal perbelanjaan pengguna dan mengekang kenaikan harga.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kali terakhir AS merekodkan kadar inflasi yang lebih tinggi adalah pada April 2023 ketika negara itu berdepan kesan kenaikan harga tenaga susulan perang Russia-Ukraine.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-80986\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/EEACB4B5AD5E5239ECFB95FC89CF5867_low_0-1.webp\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/EEACB4B5AD5E5239ECFB95FC89CF5867_low_0-1.webp 1400w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/EEACB4B5AD5E5239ECFB95FC89CF5867_low_0-1-300x200.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/EEACB4B5AD5E5239ECFB95FC89CF5867_low_0-1-1024x682.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/EEACB4B5AD5E5239ECFB95FC89CF5867_low_0-1-768x512.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/EEACB4B5AD5E5239ECFB95FC89CF5867_low_0-1-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h2>Harga petrol dan tenaga terus meningkat<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut data terkini, kos tenaga termasuk gas dan elektrik meningkat hampir satu perempat berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan petrol menjadi penyumbang utama kepada kenaikan tersebut.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Data Persatuan Automobil Amerika (AAA) pula menunjukkan harga purata petrol biasa di AS kini mencecah AS$4.15 segelen, meningkat ketara berbanding AS$2.98 pada akhir Februari lalu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam masa sama, Iran dilaporkan menutup Selat Hormuz yang merupakan laluan penting bagi kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas dunia, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Selain tenaga, kos tiket penerbangan, penjagaan kesihatan, rekreasi dan perkhidmatan komunikasi turut mencatatkan peningkatan.<\/p>\n<h2>Cabaran buat Trump dan Fed<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kenaikan inflasi terbaru itu dilihat menambah tekanan kepada pentadbiran Trump menjelang pilihan raya separuh penggal pada November, terutama selepas beliau sebelum ini berjanji untuk menurunkan inflasi dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Walaupun begitu, Trump tetap optimis harga akan kembali turun selepas konflik dengan Iran berakhir.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>\u201cApabila konflik ini berakhir\u2026 anda akan melihat harga minyak kembali ke paras sebelum ini,\u201d<\/em> katanya kepada wartawan di White House.<\/h5>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau turut mendakwa pernah melihat harga petrol dijual pada kadar AS$1.85 segelen ketika lawatannya ke Iowa pada awal tahun ini dan yakin harga tersebut boleh dicapai semula.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam perkembangan berkaitan, peningkatan inflasi turut menjadi cabaran kepada Gabenor baharu Fed, Kevin Warsh yang bakal membuat keputusan kadar faedah pertamanya minggu depan.<\/p>\n<p>Pakar ekonomi menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah antara 3.5 hingga 3.75 peratus buat masa ini, namun tidak menolak kemungkinan kenaikan pada masa hadapan sekiranya tekanan inflasi terus berlarutan.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/apnews.com\/article\/trump-love-inflation-democrats-affordability-midterms-603791c93c785221dae8be6df14d807d\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Agensi\u00a0<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian apabila menyatakan beliau \u201csuka inflasi\u201d ketika rakyat negara itu berdepan peningkatan kos sara hidup susulan kenaikan harga barangan dan tenaga. Kadar meningkat 3.8 peratus pada April Kenyataan itu dibuat selepas data terbaru Biro Statistik Buruh (BLS) menunjukkan kadar inflasi AS meningkat kepada 4.2 peratus pada Mei berbanding [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":80988,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1230],"tags":[],"class_list":["post-80983","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80983","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=80983"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80983\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":80989,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80983\/revisions\/80989"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/80988"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=80983"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=80983"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=80983"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}