{"id":80965,"date":"2026-06-11T15:04:40","date_gmt":"2026-06-11T07:04:40","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=80965"},"modified":"2026-06-11T15:04:40","modified_gmt":"2026-06-11T07:04:40","slug":"warga-myanmar-pelarian-tertinggi-di-malaysia-etnik-rohingya-193824-orang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/warga-myanmar-pelarian-tertinggi-di-malaysia-etnik-rohingya-193824-orang\/","title":{"rendered":"Warga Myanmar Pelarian Tertinggi Di Malaysia, Etnik Rohingya 193,824 Orang"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-188304448\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian Metro.<\/p>\n<p>Berdasarkan data yang dipaparkan di laman web UNHCR, majoriti daripada jumlah itu terdiri daripada warga Myanmar yang melarikan diri akibat konflik dan penganiayaan di negara asal mereka.<\/p>\n<p>Kumpulan terbesar ialah etnik Rohingya dengan 193,824 individu, diikuti etnik Chin seramai 15,774 orang, manakala 33,002 lagi berasal daripada kumpulan etnik lain di Myanmar.<\/p>\n<div id=\"attachment_80966\" style=\"width: 1210px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-80966\" class=\"wp-image-80966 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/43451.jpg\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"799\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/43451.jpg 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/43451-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/43451-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/43451-768x511.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/43451-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><p id=\"caption-attachment-80966\" class=\"wp-caption-text\">Foto arkib: AFP<\/p><\/div>\n<p>Selain Myanmar, Malaysia turut menjadi tempat perlindungan kepada 21,776 pelarian dan pencari suaka dari lebih 50 negara yang berdepan peperangan serta penindasan.<\/p>\n<p>Antara negara yang mencatatkan jumlah tertinggi ialah Pakistan dengan 5,760 orang, diikuti Yaman (3,193), Somalia (2,945), Afghanistan (2,931), Syria (2,471), Sri Lanka (1,043), Palestin (514) dan Iraq (420).<\/p>\n<p>Dari segi demografi, 46 peratus daripada keseluruhan pelarian dan pencari suaka yang berdaftar ialah lelaki, manakala wanita merangkumi 24 peratus.<\/p>\n<p>Pada masa sama, UNHCR Malaysia memaklumkan terdapat kira-kira 64,680 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dalam kelompok berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut UNHCR Malaysia, negara ini sedang memperkukuh pengurusan perpindahan terpaksa menerusi pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), sebuah sistem pendaftaran yang dikendalikan kerajaan dan mula diperkenalkan pada Januari lalu.<\/p>\n<div id=\"attachment_80967\" style=\"width: 1190px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-80967\" class=\"wp-image-80967 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/RF1412926.webp\" alt=\"\" width=\"1180\" height=\"765\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/RF1412926.webp 1180w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/RF1412926-300x194.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/RF1412926-1024x664.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/RF1412926-768x498.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/RF1412926-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1180px) 100vw, 1180px\" \/><p id=\"caption-attachment-80967\" class=\"wp-caption-text\">Foto arkib: UNHCR<\/p><\/div>\n<p>Agensi itu menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai satu perkembangan penting ke arah mewujudkan mekanisme perlindungan yang lebih tersusun, mampan dan diterajui negara bagi individu yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka.<\/p>\n<p>UNHCR menjelaskan bahawa proses membangunkan prosedur suaka yang adil dan mudah diakses sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia, manakala agensi itu terus membantu dalam aspek pengenalpastian serta pendaftaran pelarian dan pemohon suaka dengan kerjasama pihak berkuasa.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cBersama rakan kongsi dan masyarakat sivil di Malaysia, UNHCR mengenal pasti individu yang terpaksa melarikan diri daripada penganiayaan dan konflik serta menilai bagaimana keperluan dan kesusahan mereka dapat ditangani.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPendaftaran dan pendokumentasian yang teratur bagi semua individu yang mencari perlindungan di Malaysia adalah penting untuk membolehkan akses kepada perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>Pendaftaran dan pendokumentasian juga membantu pihak berkuasa memahami profil dan keperluan pelarian,\u201d <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Dalam pada itu, UNHCR turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membangunkan sistem suaka kebangsaan yang lebih menyeluruh.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSelari inisiatif Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), UNHCR kekal komited untuk menyokong pelaksanaannya melalui nasihat teknikal, perkongsian kapasiti dan kerjasama, berasaskan piawaian antarabangsa dan amalan perbandingan dari negara lain.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSeiring dengan peningkatan pemindahan paksa di peringkat global, kerjasama antara kerajaan Malaysia, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), masyarakat sivil dan rakan antarabangsa kekal penting bagi memastikan mereka yang melarikan diri daripada penganiayaan dan konflik terus dilindungi, di samping memajukan penyelesaian yang praktikal dan mampan,\u201d\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2026\/06\/1368425\/data-unhcr-rekod-215600-pelarian-di-malaysia-setakat-februari?fbclid=IwY2xjawSXLQJleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEejVCHMBChxC9qVKA-0RlEgjM26ikEnTGmCIM4ArK61QRcJWpcTFzsJsRZQho_aem_Fh7NMnYNJrWRBHdi5r1JdQ\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Harian Metro<\/a> (Latifah Arifin)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian Metro. Berdasarkan data yang dipaparkan di laman web UNHCR, majoriti daripada jumlah itu terdiri daripada warga Myanmar yang melarikan diri akibat konflik dan penganiayaan di negara asal mereka. Kumpulan terbesar ialah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":80966,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-80965","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80965","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=80965"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80965\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":80970,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80965\/revisions\/80970"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/80966"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=80965"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=80965"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=80965"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}