{"id":80931,"date":"2026-06-10T21:07:18","date_gmt":"2026-06-10T13:07:18","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=80931"},"modified":"2026-06-10T21:07:19","modified_gmt":"2026-06-10T13:07:19","slug":"bekas-penyewa-nafi-warga-asing-bina-flat-tular-dakwa-pemilik-tanah-warga-tempatan-bina-sewakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/bekas-penyewa-nafi-warga-asing-bina-flat-tular-dakwa-pemilik-tanah-warga-tempatan-bina-sewakan\/","title":{"rendered":"Bekas Penyewa Nafi Warga Asing Bina Flat Tular! Dakwa Pemilik Tanah Warga Tempatan Bina &#038; Sewakan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1512402067\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"isSelectedEnd\">Seorang warga Myanmar yang pernah menetap di penempatan Kampung Kenangan, Sungai Tekali tampil menafikan dakwaan bahawa warga asing membina sendiri rumah-rumah di kawasan berkenaan, sebaliknya mendakwa struktur tersebut dibangunkan oleh pemilik tanah tempatan sebelum disewakan kepada penyewa warga asing.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Hussin, 31, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), berkata dia tinggal di kawasan itu selama kira-kira lima tahun sebelum berpindah selepas operasi penguatkuasaan dijalankan tahun lalu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, kadar sewa yang murah menjadi antara faktor utama warga asing memilih untuk menetap di penempatan tersebut.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDatang sini sebab sewa murah. Saya duduk situ sudah lima tahun.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSewa sebulan RM350 hingga RM400 termasuk bil air dan elektrik. Rumah di sini ada kira-kira 20 pintu. Ada warga asing tinggal berseorangan dan ada juga yang tinggal bersama keluarga,\u201d katanya, hari ini.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/bekas-penyewa-nafi-warga-asing-bina-flat-tular-dakwa-pemilik-tanah-warga-tempatan-bina-sewakan\/kampung-kenangan-sungai-tekali-di-sini\/\" rel=\"attachment wp-att-80933\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-80933 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Kampung-Kenangan-Sungai-Tekali-di-sini.jpeg\" alt=\"\" width=\"824\" height=\"618\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Kampung-Kenangan-Sungai-Tekali-di-sini.jpeg 1280w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Kampung-Kenangan-Sungai-Tekali-di-sini-300x225.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Kampung-Kenangan-Sungai-Tekali-di-sini-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Kampung-Kenangan-Sungai-Tekali-di-sini-768x576.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Kampung-Kenangan-Sungai-Tekali-di-sini-16x12.jpeg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 824px) 100vw, 824px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata, penempatan itu sebelum ini pernah menjadi sasaran operasi pihak berkuasa susulan terdapat penghuni yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>\u201cTahun lalu penempatan ini telah diserbu oleh pihak berkuasa disebabkan ada antara penduduk tidak mempunyai dokumen. Jadi saya ada dokumen, saya tidak ditahan oleh pihak berkuasa,\u201d ujarnya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Hussin berkata, selepas operasi tersebut dijalankan, penghuni diarahkan mengosongkan kawasan berkenaan kerana sebahagian binaan didakwa didirikan di atas tanah rizab.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, kawasan yang suatu ketika dahulu dihuni ramai penyewa kini hampir kosong dan tidak lagi didiami seperti sebelum ini.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSekarang saya duduk di kawasan sekitar. Tempat ini pun sudah lengang sejak setahun lalu dan semua dah tak duduk di sini,\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/dikaitkan-dengan-komuniti-rohignya-flat-haram-di-sungai-tekali-akan-dirobohkan\/screenshot-2026-06-10-at-5-52-58-pm\/\" rel=\"attachment wp-att-80915\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-80915 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-10-at-5.52.58-PM.png\" alt=\"\" width=\"807\" height=\"567\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-10-at-5.52.58-PM.png 1118w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-10-at-5.52.58-PM-300x211.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-10-at-5.52.58-PM-1024x720.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-10-at-5.52.58-PM-768x540.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-10-at-5.52.58-PM-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 807px) 100vw, 807px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mengulas dakwaan yang tular di media sosial, Hussin menegaskan bahawa warga asing tidak terlibat dalam pembinaan rumah-rumah di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebaliknya, beliau menegaskan rumah tersebut dibina oleh pemilik tanah tempatan yang kemudiannya menyewakan unit-unit berkenaan kepada warga asing.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPemilik tanah warga tempatan, dia yang bina rumah ini dan menyewakan kepada warga asing. Saya nafikan bahawa warga asing yang bina rumah berkenaan,\u201d jelasnya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sementara itu, seorang lagi bekas penghuni, Abdullah, 36, berkata penempatan tersebut sebelum ini dihuni antara 40 hingga 50 penduduk membabitkan kira-kira 30 keluarga.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau mendakwa keadaan kediaman yang disediakan juga berada dalam keadaan daif dan tidak selesa untuk diduduki.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>\u201cCuba tengok (rupa rumah ini). Sini pun orang tak berani (nak duduk). Siapa yang berani tinggal di rumah macam ini?. Rumah burung pun lagi cantik,\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Terdahulu, media sosial kecoh dengan penularan video yang memaparkan sebuah flat empat tingkat dalam keadaan uzur, selain kewujudan sambungan paip air dan pendawaian elektrik yang mencurigakan di Sungai Tekali.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Penempatan tersebut dipercayai didiami komuniti Rohingya dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mempersoalkan status pembinaan serta penghuni di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Semalam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap struktur binaan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan di lokasi terbabit, termasuk mengeluarkan notis kepada pihak berkaitan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut MPKj, hasil semakan mendapati pembinaan tersebut melibatkan Lot 217, Lot 218 serta sebahagian tanah kerajaan yang merupakan rizab sungai berhampiran Kampung Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat.<\/p>\n<p>Pihak berkuasa tempatan itu turut memaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur mahupun Pelan Bangunan dikemukakan menerusi Sistem One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus Online bagi pembangunan yang didirikan di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Sumber: Kosmo! Online (<a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/06\/10\/bekas-penyewa-nafi-warga-asing-bina-flat-tular-hulu-langat\/?fbclid=IwY2xjawSWN99leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEe8neDVHDyAn2gx9oZ3ofKwb8USkUbpWEsGIp2LVjOrY6TMWpFElTfOtoDH-Q_aem_4eRxSR57mwo8eHPXPIxRzA\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Muhammad Najieb Ahmad Fuad)<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang warga Myanmar yang pernah menetap di penempatan Kampung Kenangan, Sungai Tekali tampil menafikan dakwaan bahawa warga asing membina sendiri rumah-rumah di kawasan berkenaan, sebaliknya mendakwa struktur tersebut dibangunkan oleh pemilik tanah tempatan sebelum disewakan kepada penyewa warga asing. Hussin, 31, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), berkata dia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":80936,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-80931","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80931","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=80931"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80931\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":80937,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80931\/revisions\/80937"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/80936"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=80931"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=80931"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=80931"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}