{"id":80796,"date":"2026-06-09T14:57:41","date_gmt":"2026-06-09T06:57:41","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=80796"},"modified":"2026-06-09T14:57:41","modified_gmt":"2026-06-09T06:57:41","slug":"pemilik-tanah-beri-kebenaran-punca-penempatan-flat-rohingya-di-sungai-tekali","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pemilik-tanah-beri-kebenaran-punca-penempatan-flat-rohingya-di-sungai-tekali\/","title":{"rendered":"Pemilik Tanah Beri Kebenaran Punca Penempatan &#038; Flat Rohingya Di Sungai Tekali"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3368507365\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"isSelectedEnd\">Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga asing membina dan mendiami kawasan berkenaan.<\/p>\n<h2>Bukan perkara baru san sudah dibangkitkan<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menerusi kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz di media sosial, perkara itu bukan isu baharu dan telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Hulu Langat sejak tahun lalu bagi mendapatkan perhatian serta tindakan daripada agensi berkaitan.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pelbagai tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan operasi sudah dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Namun, punca utama ialah tindakan pihak pemilik tanah yang membenarkan penggunaan tanah bagi tujuan penempatan dan pembinaan struktur tanpa kelulusan, termasuk menyediakan kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Itu bukan saja melanggar peraturan yang ditetapkan, malah menyukarkan usaha agensi kerajaan untuk menangani isu itu secara berkesan,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-80797\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-09-at-2.52.34-PM.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"874\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-09-at-2.52.34-PM.png 668w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-09-at-2.52.34-PM-275x300.png 275w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-09-at-2.52.34-PM-11x12.png 11w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h2 class=\"isSelectedEnd\"><strong>Tindakan tidak boleh tertumpu kepada penghuni sahaja<\/strong><\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut Johan, sebahagian maklumat mengenai tindakan yang telah diambil tidak boleh didedahkan kepada umum kerana melibatkan operasi penguatkuasaan yang masih berjalan.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bagaimanapun, berdasarkan maklumat dan tindakan yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan, jelas bahawa peranan pemilik tanah antara faktor utama yang menyumbang kepada berlarutan isu ini.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Atas sebab itu, tindakan tidak boleh hanya tertumpu kepada penghuni semata-mata, sebaliknya perlu memberi fokus kepada pihak yang membenarkan dan memudahkan aktiviti ini berlaku di atas tanah milik mereka,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<h2>Akan bangkitkan semula dalam Mesyuarat Tindakan Daerah<\/h2>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau turut memaklumkan akan membangkitkan semula perkara itu dalam Mesyuarat Tindakan Daerah akan datang bagi memastikan tindakan lebih menyeluruh dapat diambil terhadap semua pihak yang terlibat.<\/p>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya berpandangan semua pihak yang terbabit perlu diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa agar isu ini dapat diselesaikan secara menyeluruh dan berkesan,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-80798\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/717907752_1569384491410100_8937587825104290001_n.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"546\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/717907752_1569384491410100_8937587825104290001_n.jpg 1320w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/717907752_1569384491410100_8937587825104290001_n-300x205.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/717907752_1569384491410100_8937587825104290001_n-1024x699.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/717907752_1569384491410100_8937587825104290001_n-768x524.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/717907752_1569384491410100_8937587825104290001_n-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut maklumat yang dikongsikan Johan, dianggarkan kira-kira 400 individu etnik Rohingya dipercayai membina dan mendiami perkampungan di lokasi tersebut.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penyampai radio dan pelakon, Pak Azad yang membantu membawa isu berkenaan ke perhatian umum.<\/p>\n<p>Terdahulu, video tular yang dimuat naik Pak Azad memaparkan sebuah bangunan seakan flat empat tingkat dalam keadaan uzur dengan sambungan paip air serta pendawaian elektrik yang mencurigakan, dipercayai didiami komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat.<\/p>\n<p>Sumber: Facebook<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/datuk.johanabdaziz\/posts\/pfbid02jM3RzDJRqmmxxUstziESVtPqtxsShChqyRZRCEMqKebPR85qEZ5eBNZQ7pGvrv6ul\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"> Datuk Johan Abd Aziz\u00a0<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga asing membina dan mendiami kawasan berkenaan. Bukan perkara baru san sudah dibangkitkan Menerusi kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz di media sosial, perkara itu bukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":80799,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-80796","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80796","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=80796"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80796\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":80800,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80796\/revisions\/80800"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/80799"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=80796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=80796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=80796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}