{"id":80039,"date":"2026-05-19T14:54:22","date_gmt":"2026-05-19T06:54:22","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=80039"},"modified":"2026-05-19T14:54:22","modified_gmt":"2026-05-19T06:54:22","slug":"anak-bekas-mb-perlis-bebas-tuduhan-tuntutan-palsu-lebih-rm19000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/anak-bekas-mb-perlis-bebas-tuduhan-tuntutan-palsu-lebih-rm19000\/","title":{"rendered":"Anak Bekas MB Perlis Bebas Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM19,000"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3004555367\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Anak lelaki kepada bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.10 pada Februari 2024.<\/p>\n<h2>Bebas pertuduhan tuntutan palsu<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-80041\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3525607.webp\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"670\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3525607.webp 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3525607-300x201.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3525607-768x515.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3525607-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p>Memetik laporan Sinar Harian, hakim Datuk Nu&#8217;aman Mahmud Zuhudi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, selepas mahkamah meneliti keseluruhan keterangan saksi yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Oleh yang demikian tertuduh dilepaskan, dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri, wang jaminan (RM20,000) dikembalikan,&#8221;<\/em> katanya ketika membacakan keputusan mahkamah.<\/h5>\n<p>Pada 23 Mei 2024, Mohd Syafeeq, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan satu dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan\/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis kepada Nurul Nabilah Mohd Sukri yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 19 Februari 2024, dengan niat memperdayakan prinsipalnya.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-80042 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/41716432597_MohdSyafeeqMohdSh.jpg\" alt=\"\" width=\"590\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/41716432597_MohdSyafeeqMohdSh.jpg 590w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/41716432597_MohdSyafeeqMohdSh-300x203.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/41716432597_MohdSyafeeqMohdSh-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 590px) 100vw, 590px\" \/><\/p>\n<p>Dia didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tuntutan bertarikh 14 Februari 2024 berjumlah RM19,505.10 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid berkaitan perkhidmatan penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Hospital Tuanku Fauziah, mengandungi butiran palsu.<\/p>\n<p>Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.<\/p>\n<p>Mohd Syafeeq diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/anak-menteri-sorok-perkahwinan-di-negara-jiran-daripada-keluarga-kpn\/#google_vignette\">Anak Menteri Sorok Perkahwinan Di Negara Jiran Daripada Keluarga \u2013 KPN<\/a><\/p>\n<p>Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Fariz Abdul Hamid memaklumkan kepada pemberita bahawa seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang tempoh dua tahun perbicaraan kes tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, pihak pendakwaan akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Kangar dalam tempoh 14 hari bagi mendapatkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen berkenaan.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/780568\/berita\/semasa\/anak-bekas-mb-perlis-dilepaskan-dibebaskan-pertuduhan-kemuka-tuntutan-palsu-lebih-rm19000\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sinar Harian<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anak lelaki kepada bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.10 pada Februari 2024. Bebas pertuduhan tuntutan palsu Memetik laporan Sinar Harian, hakim Datuk Nu&#8217;aman Mahmud Zuhudi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, selepas mahkamah meneliti keseluruhan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":80040,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-80039","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80039","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=80039"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80039\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":80043,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80039\/revisions\/80043"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/80040"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=80039"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=80039"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=80039"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}