{"id":79906,"date":"2026-05-17T16:49:24","date_gmt":"2026-05-17T08:49:24","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=79906"},"modified":"2026-05-17T16:49:24","modified_gmt":"2026-05-17T08:49:24","slug":"atm-bersama-rakyat-jiwa-murni-madani-kementah-perkukuh-semangat-kebersamaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/atm-bersama-rakyat-jiwa-murni-madani-kementah-perkukuh-semangat-kebersamaan\/","title":{"rendered":"ATM Bersama Rakyat, Jiwa Murni MADANI KEMENTAH Perkukuh Semangat Kebersamaan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1309433263\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil dengan sisi kemanusiaan yang dekat di hati rakyat.<\/p>\n<p>Mereka bukan hanya dikenali sebagai benteng pertahanan negara tetapi juga sebagai tenaga penggerak yang turun padang membantu membaik pulih rumah, prasarana dan kemudahan asas penduduk kampung yang memerlukan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79907\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01279-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1707\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01279-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01279-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01279-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01279-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01279-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01279-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01279-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Melalui beberapa pendekatan seperti gotong-royong, jurang antara institusi ketenteraan dan masyarakat dapat dirapatkan.<\/p>\n<p>Penduduk bukan sahaja menerima manfaat secara langsung daripada kerja-kerja pembaikan, malah merasai semangat kebersamaan yang dizahirkan melalui kerjasama tanpa mengira pangkat, usia mahupun latar belakang.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, sumbangan komputer riba menerusi Program Jiwa Murni (PJM) MADANI KEMENTAH bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah menjadi simbol kebersamaan antara ATM, golongan belia dan masyarakat setempat.<\/p>\n<p>Bagi pelajar Kolej Vokasional Segamat, Muhammad Khairul Razin Ali, 21, bantuan komputer riba yang diterimanya dianggap sangat membantu dalam melancarkan proses pembelajaran dan menyiapkan tugasan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79908\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01588-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1707\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01588-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01588-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01588-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01588-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01588-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01588-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01588-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Menurutnya, penggunaan komputer riba kini menjadi keperluan penting terutama dalam kalangan pelajar yang banyak bergantung kepada teknologi digital sebagai satu bentuk keperluan dalam pembelajaran harian.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kalau ikut saya, memang sangat membantu. Sekarang ini semua kena guna teknologi.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya belajar di kolej, jadi assignment semua memang kena pakai komputer riba,&#8221;<\/em> katanya ketika ditemu bual Borak Daily pada Majlis Pelancaran PJM MADANI KEMENTAH Tahun 2026 di Labis, Johor hari ini.<\/h5>\n<p>Dalam pada itu, Khairul turut menyatakan program seperti itu mampu merapatkan hubungan antara ATM dan masyarakat kerana wujudnya kepercayaan serta kerjasama yang dibina menerusi penglibatan secara langsung bersama komuniti.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-79909 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09857-scaled-e1779007038431.jpg\" alt=\"\" width=\"1707\" height=\"2560\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09857-scaled-e1779007038431.jpg 1707w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09857-scaled-e1779007038431-200x300.jpg 200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09857-scaled-e1779007038431-683x1024.jpg 683w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09857-scaled-e1779007038431-768x1152.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09857-scaled-e1779007038431-1024x1536.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09857-scaled-e1779007038431-1366x2048.jpg 1366w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09857-scaled-e1779007038431-8x12.jpg 8w\" sizes=\"auto, (max-width: 1707px) 100vw, 1707px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Memang dapat eratkan hubungan sebab bila ATM turun padang bantu masyarakat, kita rasa lebih percaya kepada mereka. Jadi kita yakin mereka bukan sahaja jaga negara, tapi juga ambil berat berkenaan rakyat,&#8221;<\/em> ujarnya.<\/h5>\n<p>Dia yang turut mewakili suara golongan belia berkata, penglibatan anak muda dalam program kemasyarakatan seperti itu amat penting bagi menyemarakkan semangat sukarelawan dan kebersamaan dalam komuniti.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bagi saya memang penting golongan belia turun padang. Bila pegawai dan anggota ATM sendiri sanggup luangkan masa bersama masyarakat, ia tunjuk mereka benar-benar prihatin dan hargai rakyat,&#8221;<\/em> tambahnya lagi.<\/h5>\n<p>PJM MADANI KEMENTAH terus mendapat sambutan positif daripada komuniti setempat apabila pelaksanaannya bukan sahaja memberi manfaat fizikal, malah mengeratkan hubungan antara ATM dan penduduk kampung.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79910\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09864-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1707\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09864-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09864-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09864-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09864-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09864-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09864-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09864-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Menurut pengurus FELDA Maokil 1, Ibrahim Daud, 58, beliau menyifatkan program berkenaan sebagai satu inisiatif yang amat baik dan wajar diteruskan pada masa akan datang khususnya dalam usaha memperbaiki kemudahan fasiliti sedia ada.<\/p>\n<p>Katanya, pihak pengurusan FELDA Maokil 1 amat berterima kasih kepada MINDEF atas pelaksanaan program itu yang memberi impak langsung kepada kemudahan penduduk setempat.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Sebagai wakil pihak pengurusan, saya bersyukur di atas PJM MADANI KEMENTAH dan pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada MINDEF di atas sumbangan pembaikan dewan di kawasan ini,&#8221;<\/em> kongsinya.<\/h5>\n<p>Beliau turut memuji komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh anggota ATM sepanjang program berlangsung, yang menurutnya sangat baik dan tersusun.<\/p>\n<p>Tambah beliau, penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti gotong-royong bersama ATM turut mencerminkan semangat kebersamaan yang semakin kukuh dalam kalangan komuniti FELDA Maokil 1.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79911\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09754-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1707\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09754-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09754-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09754-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09754-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09754-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09754-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09754-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kerjasama yang diberikan juga amat baik, terutama daripada anggota tentera. Mereka datang ke sini seminggu bersama penduduk memberi bantuan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kalau kita tengok sekitar pun , warga kita terlibat dalam program gotong-royong. Dalam seminggu yang lepas, boleh kata penuh daripada pagi sampai tengahari bersama-sama dengan ATM,&#8221;<\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Dalam pada itu, beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke kawasan lain pada masa akan datang kerana memberi manfaat yang besar kepada masyarakat.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya berharap program yang baik ini kita harus diperluaskan dan diteruskan di masa-masa akan datang,&#8221;<\/em> kongsinya lagi.<\/h5>\n<p>Sementara itu, Menteri Pertahanan, Dato\u2019 Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa keselamatan negara tidak lagi boleh dianggap sebagai tanggungjawab eksklusif Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaliknya memerlukan penglibatan menyeluruh rakyat dalam menghadapi cabaran keselamatan moden yang semakin kompleks.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79912\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01481-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1830\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01481-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01481-300x214.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01481-1024x732.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01481-768x549.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01481-1536x1098.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01481-2048x1464.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01481-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Menurut beliau, ancaman hari ini bukan hanya berbentuk ketenteraan tradisional tetapi turut melibatkan ancaman hibrid seperti serangan siber, penyebaran maklumat palsu dan usaha melemahkan perpaduan masyarakat.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Rakyat dan masyarakat mesti disedarkan bahawa soal pertahanan negara bukan lagi tanggungjawab eksklusif ATM semata-mata, tetapi memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>PJM MADANI KEMENTAH terus memperkukuh usaha kebajikan dan pembangunan komuniti apabila turut menyaksikan pelancaran Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) dalam satu majlis di FELDA Maokil 1.<\/p>\n<p>Dalam majlis berkenaan, turut berlangsung penyerahan berjumlah RM500,000 telah disampaikan kepada Ketua Pengarah Bahagian Kerohanian Islam (KP BKI) ATM, Mejar Jeneral Dato\u2019 Hj Mohd Rashidi bin Bujai bagi pelaksanaan Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) yang bertujuan memperkukuh pengisian ilmu, kerohanian dan perpaduan dalam kalangan warga ATM serta komuniti setempat.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79913\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01611-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1707\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01611-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01611-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01611-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01611-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01611-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01611-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC01611-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Selain itu, Menteri Pertahanan juga menyampaikan sumbangan Kotak Rezeki kepada 25 penduduk FELDA Maokil 1 yang terdiri daripada golongan asnaf. Sumbangan berbentuk barangan keperluan asas itu diharap dapat membantu meringankan beban harian penerima serta mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>Pelaksanaan inisiatif ini sekali lagi membuktikan komitmen berterusan PJM MADANI KEMENTAH dalam memperkukuh hubungan ATM bersama masyarakat melalui pendekatan kebajikan, pendidikan dan pembangunan komuniti.<\/p>\n<p>Dalam majlis sama, beliau turut menjelaskan bahawa konsep pertahanan menyeluruh (HANRUH) merupakan teras penting dalam dasar pertahanan negara yang menekankan kerjasama antara ATM dan rakyat bagi memperkukuh daya tahan negara.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kita mahu bangunkan kerjasama antara ATM dan rakyat secara bermakna supaya dapat merapatkan jurang pemahaman serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi pertahanan,&#8221;<\/em> ujar beliau.<\/h5>\n<p>Tambah beliau, program seperti PJM MADANI KEMENTAH bukan sekadar inisiatif kebajikan, sebaliknya platform penting untuk memperkukuh hubungan awam bersama tentera melalui pelaksanaan projek komuniti secara bersama.<\/p>\n<p>Pendekatan baharu itu memastikan setiap projek seperti pembaikan dewan komuniti dilaksanakan secara kolaboratif antara ATM dan penduduk setempat, bukan hanya oleh pihak tentera semata-mata.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79914\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09817-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1707\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09817-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09817-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09817-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09817-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09817-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09817-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC09817-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kita mahu apabila sesuatu projek dilaksanakan, ia dibuat bersama-sama antara ATM, masyarakat dan pihak berkaitan supaya wujud kebersamaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara,&#8221;<\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Dalam masa sama, beliau memaklumkan kerajaan memperuntukkan kira-kira RM6 juta bagi pelaksanaan 57 PJM MADANI KEMENTAH di seluruh negara pada tahun ini, membabitkan Melaka (28 projek), Johor (17 projek), Kedah (empat projek), Perak (tiga projek), Kelantan (dua projek) dan masing-masing satu projek di Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, projek PJM MADANI KEMENTAH pada tahun ini memberi penekanan terhadap baik pulih masjid dan surau, dewan dan balai raya, sekolah, fasiliti sukan, tanah perkuburan dan infrastruktur.<\/p>\n<p>Turut hadir bersama Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad.<\/p>\n<p>PJM MADANI KEMENTAH bukan sahaja memperkukuh hubungan ATM dan rakyat, malah membuktikan bahawa kesejahteraan adalah tanggungjawab bersama yang menjadi manifestasi jelas bahawa di sebalik kekuatan pertahanan negara, terselit nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat perpaduan yang menjadi asas kepada pembinaan Malaysia MADANI yang lebih inklusif dan harmoni.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil dengan sisi kemanusiaan yang dekat di hati rakyat. Mereka bukan hanya dikenali sebagai benteng pertahanan negara tetapi juga sebagai tenaga penggerak yang turun padang membantu membaik pulih rumah, prasarana dan kemudahan asas penduduk kampung yang memerlukan. Melalui beberapa pendekatan seperti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":79915,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-79906","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79906","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=79906"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79906\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":79916,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79906\/revisions\/79916"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/79915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=79906"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=79906"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=79906"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}