{"id":79714,"date":"2026-05-12T20:39:04","date_gmt":"2026-05-12T12:39:04","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=79714"},"modified":"2026-05-12T20:39:04","modified_gmt":"2026-05-12T12:39:04","slug":"mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/","title":{"rendered":"MINDEF Perkasa Peranan BAKAT, Tingkat Kemahiran Keluarga Anggota"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3736453241\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p><span style=\"font-weight: 400;\">Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti cabaran semasa yang sama seperti rakyat lain, termasuk peningkatan kos sara hidup, tekanan ekonomi serta ketidaktentuan harga dan bekalan makanan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun dalam mendepani cabaran semasa, golongan isteri anggota tentera kini memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja sebagai tunjang keluarga di rumah, malah turut menjadi penyokong utama dalam membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi keluarga serta memperkukuhkan ketahanan komuniti warga ATM.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menerusi Program Ekonomi MADANI ATM yang diperkenalkan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) kini mula terlibat secara aktif dalam pelbagai projek ekonomi komuniti dan agromakanan moden termasuk madu kelulut, cendawan tiram, cendawan urban farming, hidroponik sifar karbon pintar, fertigasi sayuran, halia Bentong serta Akuaponik dan produk retort.<\/span><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00438\/\" rel=\"attachment wp-att-79716\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79716 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00438-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"792\" height=\"528\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00438-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00438-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00438-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00438-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00438-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00438-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00438-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 792px) 100vw, 792px\" \/><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pelaksanaan program ini jelas mencungkil peranan BAKAT menerusi kerjasama strategik bersama universiti awam seperti Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam membantu memastikan setiap projek dilaksanakan dengan bimbingan teknikal dan pemindahan ilmu supaya mampu berkembang secara mampan<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Malah, Boustead Plantations Berhad turut memainkan peranan penting sebagai rakan industri dengan menyediakan sokongan pasaran serta pengurusan rantaian nilai bagi memperkukuh kelangsungan projek-projek berkenaan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Program itu bukan sahaja membuka peluang menjana pendapatan tambahan buat keluarga tentera, malah menjadi sebahagian usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara ketika dunia berdepan gangguan rantaian bekalan global.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menterinya, Dato\u2019 Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan mahu memastikan manfaat agenda Ekonomi MADANI yang diperkenalkan di peringkat nasional turut dapat dirasai komuniti pertahanan di kem-kem tentera seluruh negara.<\/span><\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cKerajaan memperkenalkan kerangka Ekonomi MADANI, tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk memastikan supaya ekonomi negara ini dapat distruktur semula dan manfaatnya serta kekayaannya dapat diagihkan secara adil kepada semua golongan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah,\u201d katanya.<\/i><\/strong><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00202\/\" rel=\"attachment wp-att-79717\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79717 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00202-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"783\" height=\"522\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00202-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00202-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00202-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00202-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00202-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00202-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00202-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 783px) 100vw, 783px\" \/><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menurut beliau, selama ini pelbagai program ekonomi dilaksanakan untuk masyarakat luar, namun warga ATM khususnya suri rumah anggota tentera turut memerlukan ruang dan peluang sama bagi memperkukuh kedudukan ekonomi keluarga.<\/span><\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cKita tak mahu supaya anggota-anggota tentera terutamanya suri rumah tangga melalui program ini hanya menjadi pekerja di luar sana apabila pelbagai program ekonomi MADANI dilaksanakan tetapi kita macam terpagar dan tidak dapat mengambil manfaat daripada program-program tersebut,\u201d katanya lagi.<\/i><\/strong><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00470-2\/\" rel=\"attachment wp-att-79718\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79718 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00470-2-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"766\" height=\"511\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00470-2-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00470-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00470-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00470-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00470-2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00470-2-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00470-2-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 766px) 100vw, 766px\" \/><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ekonomi MADANI ATM di Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), Kem Batu 3, Kluang, Johor, hari ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jelasnya, sebelum ini pendekatan kesejahteraan warga tentera lebih banyak tertumpu kepada aspek kebajikan, pendidikan dan kesihatan, namun MINDEF kini mengambil langkah memperluaskan fokus kepada pembangunan sosioekonomi keluarga anggota.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tambah beliau lagi, usaha itu penting supaya anggota tentera dapat menjalankan tugas menjaga keselamatan negara tanpa terlalu dibebani tekanan berkaitan kesejahteraan keluarga di rumah.<\/span><\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cKita mahu mereka dalam melaksanakan tugas tidak terganggu dengan isu-isu kesejahteraan keluarga mereka.<\/i><\/strong><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cBila keadaan hidup mereka sejahtera, maka tidak terganggu suami-suami mereka ataupun anggota-anggota yang bertugas untuk menjamin keselamatan negara,\u201dujar beliau.<\/i><\/strong><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sejak diperkenalkan pada tahun 2025, Program Ekonomi MADANI ATM telah dilaksanakan di 60 kem ATM seluruh negara melibatkan 96 projek ekonomi komuniti dengan penyertaan seramai 1,265 ahli BAKAT serta kerjasama 20 universiti awam.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi tahun ini, kerajaan meneruskan komitmen tersebut dengan peruntukan hampir RM10 juta selain menyasarkan peningkatan penyertaan kepada 2,235 ahli BAKAT bersama tambahan 60 projek baharu.<\/span><\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cKalau dulu kita telah melibatkan sebanyak 60 buah kem di seluruh negara yang meliputi seramai 1,265 warga BAKAT, pada tahun ini kita akan meningkatkan penyertaan kepada 2,235 orang warga BAKAT dengan 60 projek tambahan melibatkan kos hampir RM9.5 juta,\u201d katanya.<\/i><\/strong><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00146\/\" rel=\"attachment wp-att-79722\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79722 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00146-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"798\" height=\"532\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00146-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00146-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00146-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00146-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00146-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00146-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00146-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 798px) 100vw, 798px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00530\/\" rel=\"attachment wp-att-79723\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79723 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00530-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"781\" height=\"521\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00530-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00530-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00530-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00530-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00530-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00530-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00530-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 781px) 100vw, 781px\" \/><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Antara inisiatif yang giat dilaksanakan ialah projek ternakan madu kelulut yang kini menjadi antara program paling meluas dijalankan di puluhan kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan dan pembangunan sosioekonomi keluarga warga tentera.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada majlis sama, Mohamed Khaled turut menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM1.056 juta tanggungan separuh kos pelaksanaan melibatkan pemasangan 1,737 sarang lebah kelulut di 35 kem ATM.<\/span><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/screenshot-2026-05-12-at-8-32-37-pm\/\" rel=\"attachment wp-att-79726\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79726 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.32.37-PM.png\" alt=\"\" width=\"787\" height=\"587\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.32.37-PM.png 1802w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.32.37-PM-300x224.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.32.37-PM-1024x764.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.32.37-PM-768x573.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.32.37-PM-1536x1146.png 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.32.37-PM-16x12.png 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 787px) 100vw, 787px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/?attachment_id=\" rel=\"attachment wp-att-79724\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79724\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_0193.heic\" alt=\"\" \/><\/a><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79727 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00085-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"796\" height=\"531\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00085-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00085-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00085-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00085-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00085-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00085-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00085-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 796px) 100vw, 796px\" \/><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00103\/\" rel=\"attachment wp-att-79728\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79728 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00103-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"806\" height=\"538\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00103-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00103-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00103-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00103-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00103-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00103-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00103-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 806px) 100vw, 806px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00111\/\" rel=\"attachment wp-att-79729\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79729 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00111-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"844\" height=\"563\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00111-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00111-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00111-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00111-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00111-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00111-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00111-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 844px) 100vw, 844px\" \/><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Boustead Plantations Berhad, Lt Jen Datuk Ahmad Norihan Jalal (Bersara) kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Datin Hajah Siti Juana Md Ibrahim.<\/span><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00290\/\" rel=\"attachment wp-att-79730\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79730 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00290-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"790\" height=\"527\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00290-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00290-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00290-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00290-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00290-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00290-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00290-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 790px) 100vw, 790px\" \/><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Turut berlangsung penyerahan cek simbolik pembelian kelompok madu kelulut keluaran BAKAT bernilai RM10,150 kepada wakil BAKAT Pangkalan Udara Sendayan, Puan Nurul Husna Abdul Razak yang berjaya mencatat kutipan hasil tertinggi daripada 17 kem.<\/span><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/dsc00305\/\" rel=\"attachment wp-att-79731\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79731 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00305-scaled.jpg\" alt=\"\" width=\"789\" height=\"526\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00305-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00305-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00305-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00305-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00305-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00305-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/DSC00305-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 789px) 100vw, 789px\" \/><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menurut Mohamed Khaled, penglibatan Boustead Plantations Berhad sebagai rakan strategik industri memberi kelebihan besar kepada projek berkenaan kerana sebahagian besar hasil keluaran ahli BAKAT akan dibeli dan dipasarkan secara lebih tersusun.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tambah beliau, inisiatif berkenaan juga selari dengan usaha kerajaan memperkukuh keterjaminan makanan negara menerusi pembangunan projek agromakanan moden dalam komuniti ATM.<\/span><\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cBoustead Plantations akan mengambil 70 peratus daripada madu yang dikeluarkan itu.<\/i><\/strong><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cIni membolehkan Boustead mengeluarkan satu jenama bagi madu kelulut yang datang daripada semua kem.<\/i><\/strong><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cKalau kita cakap mengenai madu kelulut ataupun halia Bentong, oleh kerana Boustead yang akan mengambilnya, maka ini membolehkan produk itu dibangunkan secara berstruktur dan tetap.<\/i><\/strong><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cDengan demikian, ia boleh membantu sedikit sebanyak soal kita nak jayakan keterjaminan makanan,\u201d katanya lagi.<\/i><\/strong><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-perkasa-peranan-bakat-tingkat-kemahiran-keluarga-anggota\/screenshot-2026-05-12-at-8-37-58-pm\/\" rel=\"attachment wp-att-79733\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-79733 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.37.58-PM.png\" alt=\"\" width=\"809\" height=\"602\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.37.58-PM.png 1806w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.37.58-PM-300x223.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.37.58-PM-1024x762.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.37.58-PM-768x572.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.37.58-PM-1536x1143.png 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-12-at-8.37.58-PM-16x12.png 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 809px) 100vw, 809px\" \/><\/a><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/?attachment_id=\" rel=\"attachment wp-att-79732\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79732\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_0318.heic\" alt=\"\" \/><\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti cabaran semasa yang sama seperti rakyat lain, termasuk peningkatan kos sara hidup, tekanan ekonomi serta ketidaktentuan harga dan bekalan makanan. Namun dalam mendepani cabaran semasa, golongan isteri anggota tentera kini memainkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":79720,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-79714","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79714","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=79714"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79714\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":79736,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79714\/revisions\/79736"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/79720"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=79714"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=79714"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=79714"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}