{"id":79541,"date":"2026-05-06T16:33:46","date_gmt":"2026-05-06T08:33:46","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=79541"},"modified":"2026-05-06T16:33:46","modified_gmt":"2026-05-06T08:33:46","slug":"1mdb-sprm-sasar-bawa-pulang-lapan-lagi-karya-seni-sebelum-hujung-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/1mdb-sprm-sasar-bawa-pulang-lapan-lagi-karya-seni-sebelum-hujung-tahun\/","title":{"rendered":"1MDB: SPRM Sasar Bawa Pulang Lapan Lagi Karya Seni Sebelum Hujung Tahun"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2663673269\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menguruskan proses membawa pulang lapan lagi karya seni yang dipercayai berkait dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan nilai keseluruhan dianggarkan melebihi RM120 juta menjelang hujung tahun ini.<\/p>\n<h2>Bawa pulang lapan karya seni<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79543\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/TB_SPRM_Foto-Shahir_2.webp\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/TB_SPRM_Foto-Shahir_2.webp 1280w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/TB_SPRM_Foto-Shahir_2-300x169.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/TB_SPRM_Foto-Shahir_2-1024x576.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/TB_SPRM_Foto-Shahir_2-768x432.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/TB_SPRM_Foto-Shahir_2-18x10.webp 18w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/TB_SPRM_Foto-Shahir_2-600x337.webp 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti 12 karya seni untuk dipulangkan ke Malaysia, dengan empat daripadanya sudah berjaya diperoleh semula.<\/p>\n<p>Beliau berkata, antara karya yang masih dalam proses pemulangan termasuk hasil seni oleh Henri Matisse bernilai USD52,500; Alexander Calder (USD125,000); Pablo Picasso (USD1.265 juta); William H. Bailey (USD66,250) serta Raoul Dufy (USD40,000). Nilai karya Salvador Dal\u00ed dan Gustave Loiseau pula masih menunggu pengesahan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Secara keseluruhan, nilai lukisan yang masih dalam proses pemulihan dianggarkan USD1.7 juta bersamaan dengan kira-kira RM6.9 juta.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;SPRM juga sedang giat berusaha untuk membawa pulang hasil jualan sebuah lukisan oleh Claude Monet bertajuk &#8216;V\u00e9theuil au Soleil&#8217; yang telah dijual di Switzerland dengan nilai anggaran EUR25.2 juta, atau kira-kira RM114 juta,&#8221;<\/em> katanya pada sidang media berkaitan pemulangan karya seni 1MDB di sini hari ini.<\/h5>\n<p>Menurut Azam, dana berkaitan kini berada di bawah prosiding penyitaan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, dan usaha pemulihan aset terus diperkukuh melalui saluran undang-undang serta kerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, kejayaan mendapatkan semula karya-karya ini merupakan sebahagian daripada pencapaian lebih luas Malaysia dalam usaha memulihkan aset berkaitan 1MDB.<\/p>\n<p>Tambahnya, SPRM sebelum ini berjaya membawa pulang empat karya seni antarabangsa yang dibeli menggunakan dana 1MDB melalui rumah lelong Sotheby\u2019s di New York pada 14 April lalu.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-79544\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/buletin-tv3-1200x630-2026-05-06T122142.162.webp\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"630\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/buletin-tv3-1200x630-2026-05-06T122142.162.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/buletin-tv3-1200x630-2026-05-06T122142.162-300x158.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/buletin-tv3-1200x630-2026-05-06T122142.162-1024x538.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/buletin-tv3-1200x630-2026-05-06T122142.162-768x403.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/buletin-tv3-1200x630-2026-05-06T122142.162-18x9.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Semua karya seni ini dikesan melalui transaksi di rumah lelong bertaraf dunia seperti Christie&#8217;s dan Sotheby&#8217;s di New York, dan berjaya diperoleh semula melalui proses perundangan serta kerjasama strategik antarabangsa membabitkan agensi seperti Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (USDOJ).<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Karya-karya ini tidak dirampas secara fizikal, sebaliknya diserahkan melalui proses sah di sisi undang-undang termasuk pelaksanaan Surat Kuasa Wakil (POA) oleh USDOJ kepada SPRM menerusi Jabatan Peguam Negara.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ini membuktikan bahawa pendekatan pemulihan aset dibuat berdasarkan proses perundangan dan diplomatik yang teliti,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Empat karya seni yang telah berjaya dibawa pulang, dengan nilai keseluruhan dianggarkan USD198,125 (RM786,556), akan diserahkan kepada Balai Seni Negara dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Karya tersebut merangkumi hasil Joan Mir\u00f3 bertajuk &#8220;Composition&#8221; (1953) bernilai USD93,750; Maurice Utrillo dengan karya &#8220;Maison de rendez-vous, rue Saint-Rustique, Montmartre&#8221; (1934) bernilai USD50,000; Balthus menerusi &#8220;\u00c9tude pour femme couch\u00e9e&#8221; (1948) bernilai USD28,125; serta Pablo Picasso dengan karya &#8220;L&#8217;Ecuy\u00e8re et les clowns&#8221; (1961) bernilai USD26,250.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/ganggu-ucapan-azam-baki-di-pwtc-tiga-aktivis-direman-3-hari\/\">Ganggu Ucapan Azam Baki Di PWTC, Tiga Aktivis Direman 3 Hari<\/a><\/p>\n<p>Azam turut menjelaskan, semua karya berkenaan melalui prosedur penghantaran yang ketat bermula dari New York pada 8 April sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10 April lalu.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Karya itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di bawah kawalan keselamatan tinggi melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Balai Seni Negara dan petugas logistik,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Mengulas kemungkinan karya seni tersebut dijual, beliau berkata keputusan mengenainya akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF).<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/news.php?id=2553414\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">BERNAMA<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menguruskan proses membawa pulang lapan lagi karya seni yang dipercayai berkait dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan nilai keseluruhan dianggarkan melebihi RM120 juta menjelang hujung tahun ini. Bawa pulang lapan karya seni Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":79542,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-79541","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79541","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=79541"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79541\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":79545,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/79541\/revisions\/79545"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/79542"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=79541"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=79541"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=79541"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}