{"id":78718,"date":"2026-04-20T21:26:09","date_gmt":"2026-04-20T13:26:09","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=78718"},"modified":"2026-04-20T21:30:39","modified_gmt":"2026-04-20T13:30:39","slug":"pesakit-dialisis-dipenjara-tiga-tahun-lakukan-amang-seksual-di-hospital","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pesakit-dialisis-dipenjara-tiga-tahun-lakukan-amang-seksual-di-hospital\/","title":{"rendered":"Pesakit Dialisis Dipenjara Tiga Tahun, Lakukan Amang Seksual Di Hospital"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3439972187\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Seorang pesakit dialisis dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hospital di Kuala Pilah pada Januari lalu.<\/p>\n<h2>Lakukan amang seksual di hospital<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-78721\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/WhatsApp-Image-2026-04-20-at-3.27.37-PM.jpeg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"960\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/WhatsApp-Image-2026-04-20-at-3.27.37-PM.jpeg 1280w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/WhatsApp-Image-2026-04-20-at-3.27.37-PM-300x225.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/WhatsApp-Image-2026-04-20-at-3.27.37-PM-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/WhatsApp-Image-2026-04-20-at-3.27.37-PM-768x576.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/WhatsApp-Image-2026-04-20-at-3.27.37-PM-16x12.jpeg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<p>Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas warga emas, Zulkefli Abdul Rani, 60, yang hadir berkerusi roda ketika prosiding melibatkan fakta kes serta hukuman.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Dengan mengambil kira tertuduh pesakit buah pinggang yang memerlukan menjalani dialisis dan mempunyai masalah kesihatan lain seperti patah kaki, mahkamah memberi pertimbangan dan tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dari tarikh 16 April 2026 (tarikh tuduh),&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman itu berkuat kuasa bermula dari tarikh pertuduhan iaitu pada 16 April lalu.<\/p>\n<p>Berdasarkan pertuduhan, Zulkefli didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 16 tahun dengan niat seksual.<\/p>\n<p>Kesalahan tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang pada 30 Januari 2026 di sebuah hospital di Kuala Pilah.<\/p>\n<p>Berikutan perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/anggota-tentera-wanita-mengaku-bersalah-amang-seksual-anak-sendiri-dijel-7-tahun\/\">Anggota Tentera Wanita Mengaku Bersalah Amang Seksual Anak Sendiri, Dijel 7 Tahun<\/a><\/p>\n<p>Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memaklumkan bahawa tertuduh merupakan pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis.<\/p>\n<p>Menurutnya, tertuduh juga gagal melunaskan jaminan sebanyak RM5,500 yang dikenakan sebelum ini, manakala urusan rawatan dialisisnya di hospital kini di bawah seliaan pihak penjara.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/776473\/berita\/semasa\/pesakit-dialisis-buat-amang-seksual-di-hospital-dipenjara-tiga-tahun\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sinar Harian<\/a> (Syamilah Zulkifli)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pesakit dialisis dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hospital di Kuala Pilah pada Januari lalu. Lakukan amang seksual di hospital Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas warga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":78728,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-78718","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/78718","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=78718"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/78718\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":78722,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/78718\/revisions\/78722"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/78728"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=78718"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=78718"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=78718"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}