{"id":76706,"date":"2026-03-11T11:32:04","date_gmt":"2026-03-11T03:32:04","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=76706"},"modified":"2026-03-11T11:32:04","modified_gmt":"2026-03-11T03:32:04","slug":"kes-khianat-ugutan-cikgu-chandra-polis-temui-petunjuk-positif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kes-khianat-ugutan-cikgu-chandra-polis-temui-petunjuk-positif\/","title":{"rendered":"Kes Khianat, Ugutan Cikgu Chandra: Polis Temui Petunjuk Positif"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1711412255\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Polis Selangor enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkembangan siasatan insiden khianat dan ugutan jenayah yang melibatkan aktivis, S. Chandrasegaran, atau lebih dikenali sebagai \u2018Cikgu Chandra\u2019, di Taman Kinrara, Puchong, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata perkara sebegitu kerana siasatan terhadap kes berkenaan masih giat dijalankan.<\/p>\n<h2>Polis temui petunjuk positif<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-76713\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/hm369shazali_1755233634.webp\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"800\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/hm369shazali_1755233634.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/hm369shazali_1755233634-300x200.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/hm369shazali_1755233634-1024x683.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/hm369shazali_1755233634-768x512.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/hm369shazali_1755233634-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Daripada taklimat yang saya terima, terdapat beberapa petunjuk positif bagi kedua-dua kes tersebut. Namun, saya tidak boleh berkongsi butiran lanjut kerana siasatan masih berlangsung,&#8221;<\/em> katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.<\/h5>\n<p>Beliau menambah, polis akan memaklumkan sebarang perkembangan siasatan dari semasa ke semasa. Menurut Shazeli, kertas siasatan dibuka sejurus laporan diterima dan tindakan awal telah diambil untuk mengenal pasti pihak yang terlibat.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Polis memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara telus dan adil tanpa sebarang unsur penganiayaan,&#8221;<\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan spekulasi serta provokasi, terutamanya yang berkaitan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Keadaan semasa yang hangat membabitkan isu agama dan kaum perlu dikawal bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Saya menyeru masyarakat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meredakan ketegangan ini. Rakan media juga diharap dapat memainkan peranan dalam menurunkan suhu kehangatan isu-isu 3R,&#8221;<\/em> tambahnya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-76714\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/SHAZELI-KAHAR.jpg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/SHAZELI-KAHAR.jpg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/SHAZELI-KAHAR-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/SHAZELI-KAHAR-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/SHAZELI-KAHAR-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/SHAZELI-KAHAR-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p>Shazeli menegaskan, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mempermainkan atau menyemarakkan isu berkaitan 3R.<\/p>\n<p>Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427, Seksyen 506 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung dua laporan berasingan yang diterima mengenai insiden menimpa aktivis tersebut.<\/p>\n<p>Menurut laporan, S. Chandrasegaran, 47, mendakwa menjadi sasaran serangan berulang kali, termasuk kejadian terbaru di kediamannya pada Selasa. Chandra berkata, insiden itu bukan kali pertama berlaku kerana dia juga pernah diserang individu tidak dikenali pada tahun 2022.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Selepas rumah saya diserang sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang, kawalan keselamatan kini diperketatkan. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika saya berada di rumah bersama dua anak,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-76717\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/0310rstakut_1773148059.webp\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"900\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/0310rstakut_1773148059.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/0310rstakut_1773148059-300x225.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/0310rstakut_1773148059-1024x768.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/0310rstakut_1773148059-768x576.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/0310rstakut_1773148059-16x12.webp 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/ugut-cikgu-chandra\/\">Polis Selangor Buka Dua kertas Siasatan, Libat Kes khianat &amp; Ugut Cikgu Chandra<\/a><\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, dua lelaki tidak dikenali dipercayai membuka pagar rumah sebelum memecahkan cermin belakang kereta Perodua Viva miliknya dan merosakkan jeriji besi di bahagian hadapan kediaman.<\/p>\n<p>Gangguan terhadap keluarganya dikatakan tidak berhenti di situ apabila sekumpulan individu dipercayai datang semula kira-kira jam 3.20 pagi dan dipercayai membaling objek disyaki bom petrol ke rumahnya. Kejadian itu mengakibatkan sebuah kenderaan Suzuki Ertiga musnah sepenuhnya akibat terbakar, manakala Perodua Viva dan sebuah lagi kereta turut mengalami kerosakan akibat kebakaran.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/771300\/berita\/semasa\/polis-peroleh-petunjuk-positif-kes-khianat-ugutan-babitkan-cikgu-chandra\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sinar Harian<\/a> (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis Selangor enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkembangan siasatan insiden khianat dan ugutan jenayah yang melibatkan aktivis, S. Chandrasegaran, atau lebih dikenali sebagai \u2018Cikgu Chandra\u2019, di Taman Kinrara, Puchong, baru-baru ini. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata perkara sebegitu kerana siasatan terhadap kes berkenaan masih giat dijalankan. Polis temui petunjuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":76718,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-76706","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/76706","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=76706"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/76706\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":76719,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/76706\/revisions\/76719"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/76718"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=76706"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=76706"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=76706"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}