{"id":69975,"date":"2025-11-23T21:40:22","date_gmt":"2025-11-23T13:40:22","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=69975"},"modified":"2025-11-24T21:00:18","modified_gmt":"2025-11-24T13:00:18","slug":"karnival-hari-keluarga-atm-kem-kabota","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/karnival-hari-keluarga-atm-kem-kabota\/","title":{"rendered":"Karnival Hari Keluarga ATM Kem Kabota Kukuhkan Semangat Kerja Warga Pertahanan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-4223563402\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p><span style=\"font-weight: 400;\">Penganjuran Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Kabota dilihat mampu mengukuhkan sokongan dan semangat kepada warga pertahanan dalam melaksanakan penugasan penting menjaga keselamatan negara.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menteri Pertahanan, YB Dato\u2019 Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program ini mampu mengukuhkan sokongan dan semangat warga pertahanan serta membuka peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami peranan ATM dalam memelihara keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.<\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_69986\" style=\"width: 810px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-69986\" class=\"wp-image-69986 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3363.jpg\" alt=\"Karnival Hari Keluarga ATM\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3363.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3363-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3363-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3363-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><p id=\"caption-attachment-69986\" class=\"wp-caption-text\">Mohamed Khaled ketika berucap pada majlis Karnival Hari Keluarga ATM di Tawau, hari ini.<\/p><\/div>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menurutnya, pendekatan strategik itu membolehkan Kementerian Pertahanan (<a href=\"https:\/\/www.mod.gov.my\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">MINDEF<\/a>) terus memperkukuh peranan Warga Kerja Pertahanan berdasarkan prinsip Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><b><i>\u201cInisiatif ini turut menyokong keharmonian masyarakat melalui pelaksanaan konsep Whole of Government and Society (WoGos) yang menekankan sinergi antara kerajaan dan masyarakat bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan negara,\u201d <\/i><\/b><b>katanya.<\/b><\/h5>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mohamed Khaled berkata demikian ketika hadir merasmikan karnival itu di Kem Kabota, Tawau hari ini yang mendapat sambutan hangat daripada lebih 3,000 anggota tentera bersama keluarga memeriahkan acara tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang acara itu, antaranya senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna dan beberapa pertandingan tradisional seperti tarik tali, congkak, dam haji dan memancing dalam botol serta acara sukan moden seperti e-games Mobile Legends.<\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_69985\" style=\"width: 810px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-69985\" class=\"wp-image-69985 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3172.jpg\" alt=\"Karnival Hari Keluarga ATM \" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3172.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3172-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3172-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3172-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><p id=\"caption-attachment-69985\" class=\"wp-caption-text\">Acara menarik tali antara aktiviti diadakan sempena Karnival Hari Keluarga ATM di Tawau, hari ini.<\/p><\/div>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menyentuh usaha mengukuhkan pertahanan negara, Mohamed Khaled berkata penekanan tidak hanya melibatkan soal kesiapsiagaan ATM, sebaliknya turut memberikan perhatian terhadap aspek kesejahteraan.<\/span><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/sokongan-keluarga-komuniti-penting-dalam-ekosistem-pertahanan-negara\/\">Sokongan Keluarga, Komuniti Penting Dalam Ekosistem Pertahanan Negara<\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menurutnya, anggota tentera juga seperti rakyat dan pengundi berhak melihat sebuah negara yang kuat untuk membantu usaha pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan negara.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><b><i>\u201cKerajaan yang diberi tanggungjawab mesti mampu mengurus, membangun, memajukan negara dan rakyat kerana jika negara tidak diurus dengan baik, negara tidak makmur dan akhirnya menyumbang kepada cabaran dari segi keselamatan,\u201d <\/i><\/b><b>katanya.<\/b><\/h5>\n<div id=\"attachment_69988\" style=\"width: 810px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-69988\" class=\"wp-image-69988 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3517.jpg\" alt=\"Karnival Hari Keluarga ATM \" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3517.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3517-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3517-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3517-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><p id=\"caption-attachment-69988\" class=\"wp-caption-text\">Mohamed Khaled ketika bercakap kepada pemberita pada Karnival Hari Keluarga ATM di Tawau, hari ini.<\/p><\/div>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Terdahulu, beliau dalam ucapannya antara lain menyeru semua warga pertahanan agar sentiasa mempamerkan sikap dan pendirian yang padu serta jelas tentang sebarang perkara yang dilakukan.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><b><i>\u201cSebagai warga pertahanan negara, kita tidak boleh berpecah demi memastikan pasukan sentiasa dapat menjalankan tanggungjawab mempertahankan keamanan negara ini dengan baik serta lancar,\u201d <\/i><\/b><b>tegasnya.<\/b><\/h5>\n<div id=\"attachment_69987\" style=\"width: 810px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-69987\" class=\"wp-image-69987 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3375.jpg\" alt=\"Karnival Hari Keluarga ATM \" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3375.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3375-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3375-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1N6A3375-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><p id=\"caption-attachment-69987\" class=\"wp-caption-text\">Antara anggota tentera bersama ahli keluarga yang hadir memeriahkan Karnival Hari Keluarga ATM di Tawau, hari ini.<\/p><\/div>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam pada itu, Mohamed Khaled mahu semua warga pertahanan kekal taat setia menjalankan amanah menjaga dan melindungi kedaulatan negara ini tanpa melihat perbezaan asal-usul negeri.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><b><i>\u201cKita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa kita merupakan anggota berkhidmat kepada Kerajaan Persekutuan dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, termasuk di Sabah.<\/i><\/b><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><b><i>\u201cTidak kira asal usul dari mana\u2026 Sabah, Johor, Perlis, Kedah, Terengganu, kita semua bertanggungjawab menjaga keselamatan sama ada di pulau, pantai, kampung, pedalaman, perbatasan dan perairan negara Malaysia,\u201d <\/i><\/b><b>katanya.<\/b><\/h5>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hadir sama di majlis itu, Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato\u2019 Mohd Sofi Md Lepi; Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Dato\u2019 Noorul Azril Ariffin serta pegawai kanan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penganjuran Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Kabota dilihat mampu mengukuhkan sokongan dan semangat kepada warga pertahanan dalam melaksanakan penugasan penting menjaga keselamatan negara. Menteri Pertahanan, YB Dato\u2019 Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program ini mampu mengukuhkan sokongan dan semangat warga pertahanan serta membuka peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami peranan ATM dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":69999,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-69975","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/69975","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=69975"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/69975\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":70000,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/69975\/revisions\/70000"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/69999"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=69975"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=69975"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=69975"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}