{"id":67356,"date":"2025-10-21T15:12:24","date_gmt":"2025-10-21T07:12:24","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=67356"},"modified":"2025-10-21T15:12:24","modified_gmt":"2025-10-21T07:12:24","slug":"madrasah-tidak-berdaftar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/madrasah-tidak-berdaftar\/","title":{"rendered":"Kemungkinan Madrasah Tidak Berdaftar Di Kelantan Jadi Tempat Pengubahan Wang Haram &#8211; KP Kelantan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-911444560\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Polis mengesahkan terdapat maklumat awal berkemungkinan madrasah-madrasah tidak berdaftar di Kelantan digunakan sebagai tempat pengubahan wang haram.<\/p>\n<p>Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata hasil risikan pihaknya mendapati separuh daripada madrasah di negeri berkenaan tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).<\/p>\n<p>Beliau berkata polis sedang memantau beberapa madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan MAIK bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan dana dan penyebaran ajaran sesat.<\/p>\n<h2>Madrasah tidak berdaftar<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-67325 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantan.webp\" alt=\"Madrasah tidak berdaftar\" width=\"960\" height=\"645\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantan.webp 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantan-300x202.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantan-768x516.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantan-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPemantauan ini dilaksanakan bagi memastikan tiada aktiviti mencurigakan termasuk penyalahgunaan derma atau \u2018saham akhirat\u2019 yang berpotensi menjadi kegiatan pengubahan wang haram.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKami bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pusat pengajian agama bagi meraih derma jutaan ringgit dengan alasan untuk pembangunan atau kegiatan kebajikan, sedangkan ia mungkin disalah guna,\u201d<\/em> katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.<\/h5>\n<p>Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat berhubung segelintir individu dari dalam dan luar Kelantan yang sanggup membayar RM2 juta dan melabur kepada individu tertentu yang mendakwa mempunyai \u2018keistimewaan\u2019 atau berstatus wali bagi tujuan memperoleh keberkatan dan kesejahteraan.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/arab-saudi-umum-syarat-kesihatan\/\">Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Ketat Bagi Musim Haji 1447H\/2026M<\/a><\/p>\n<h2>Madrasah tidak berdaftar<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67324\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantam-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"590\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantam-1.jpeg 590w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantam-1-300x203.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/kp-kelantam-1-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 590px) 100vw, 590px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cAda yang melabur sehingga berjuta-juta berkemungkinan terpengaruh dengan penggunaan kata-kata sehingga menjadi taksub.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSituasi ini seperti \u2018Ayah Pin\u2019 yang baru dan kami mendapati ada kanak-kanak jadi taksub sehingga tidak mahu pulang ke rumah walaupun dijemput ibu bapa,\u201d<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Beliau berkata polis bekerjasama rapat dengan MAIK serta pihak berkuasa agama negeri bagi mengenal pasti madrasah yang tidak berdaftar dan memantau sebarang unsur penyelewengan atau ajaran menyimpang.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya ingin menasihatkan orang ramai agar menyemak latar belakang institusi agama sebelum menyalurkan derma atau sumbangan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPastikan pusat pengajian berdaftar dengan MAIK dan guru-gurunya mempunyai tauliah yang sah. Kami tidak mahu masyarakat tertipu dengan individu yang menyalahgunakan kedudukan atau gelaran untuk kepentingan peribadi,\u201d<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Beliau turut menegaskan tindakan tegas akan diambil sekiranya wujud bukti jelas mengenai pengumpulan dana secara haram, ajaran sesat atau aktiviti penipuan berasaskan agama di negeri ini.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/am\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Bernama<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis mengesahkan terdapat maklumat awal berkemungkinan madrasah-madrasah tidak berdaftar di Kelantan digunakan sebagai tempat pengubahan wang haram. Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata hasil risikan pihaknya mendapati separuh daripada madrasah di negeri berkenaan tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Beliau berkata polis sedang memantau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":67368,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-67356","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67356","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=67356"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67356\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":67372,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67356\/revisions\/67372"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/67368"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=67356"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=67356"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=67356"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}