{"id":67189,"date":"2025-10-17T15:59:36","date_gmt":"2025-10-17T07:59:36","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=67189"},"modified":"2025-10-17T15:59:36","modified_gmt":"2025-10-17T07:59:36","slug":"pendaki-hilang-di-gunung-liang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pendaki-hilang-di-gunung-liang\/","title":{"rendered":"Bomba Dedah Pendaki Hilang Di Gunung Liang Ditemui Seperti Tidur Kesejukkan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2818318470\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur mengiring dan hidungnya mengeluarkan sedikit darah.<\/p>\n<p>Memetik laporan Harian Metro, pegawai daripada Zon 4 Tapah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Marazman Mohamad, 38,\u00a0 berkongsi keadaan sebenar Mustaqqeem sewaktu menyertai usaha mencari dan menyelamat (SAR) di puncak gunung itu dan antara individu terawal yang menjumpai mangsa.<\/p>\n<h2>Ditemui seperti tidur kesejukkan<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-67168 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/560575260_1239006624940305_6699988630041692857_n.jpg\" alt=\"pendaki gunung liang Ditemui seperti tidur kesejukkan\" width=\"1152\" height=\"2048\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/560575260_1239006624940305_6699988630041692857_n.jpg 1152w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/560575260_1239006624940305_6699988630041692857_n-169x300.jpg 169w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/560575260_1239006624940305_6699988630041692857_n-576x1024.jpg 576w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/560575260_1239006624940305_6699988630041692857_n-768x1365.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/560575260_1239006624940305_6699988630041692857_n-864x1536.jpg 864w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/560575260_1239006624940305_6699988630041692857_n-7x12.jpg 7w\" sizes=\"auto, (max-width: 1152px) 100vw, 1152px\" \/><\/p>\n<p>Marazman memberitahu, barangan peribadi seperti beg dompet serta beg tidur ditemukan bersebelahan mangsa manakala bekalan makanan masih berbaki dan kehabisan bekalan air.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kalau tengok kepada keadaan jenazah, ia seperti kesejukan dan ada sedikit pendarahan pada hidungnya yang mungkin disebabkan udara sejuk yang biasanya disebut &#8216;hypothmia&#8217;.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya dapati mangsa tidak gunakan pun kelengkapan yang ada dalam begnya seperti beg tidur namun botol air kosong semuanya. Mangsa seakan hilang pertimbangan untuk berfikir kerana biasanya peserta perkhemahan akan gunakan beg tidur untuk tidur,&#8221;<\/em> kata Marazman ketika dihubungi hari ini.<\/h5>\n<p>Bercerita lanjut, Marazman yang juga seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) berdaftar di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) berkata, beliau dimaklumkan mangsa pernah mengadu sakit kaki pada mulanya ditemani seorang malim gunung yang membimbing kumpulan 11 pendaki berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, pendaki selebihnya dalam kumpulan itu dibawa turun lebih awal oleh seorang lagi malim gunung yang turut serta dalam pendakian yang bermula dari kawasan Bentong, Pahang.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-67191\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/liang1_1760684800.webp\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"674\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/liang1_1760684800.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/liang1_1760684800-300x169.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/liang1_1760684800-1024x576.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/liang1_1760684800-768x431.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/liang1_1760684800-18x10.webp 18w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/liang1_1760684800-600x337.webp 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Setahu saya memang banyak kumpulan pendaki yang mula mengenali antara satu sama lain menerusi sesuatu sesi pendakian itu.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya diberitahu bahawa malim gunung yang pada asalnya menemani mangsa kemudiannya turun ke kaki gunung untuk mendapatkan bantuan justeru mangsa ditinggalkan berseorangan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya juga dimaklumkan bahawa malim gunung yang terbabit dalam kumpulan pendakian itu pada mulanya mahu melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa sendiri bersama penganjur ekspedisi kumpulan itu dari Johor tanpa mahu membabitkan pihak berkuasa,&#8221;<\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Difahamkan, misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dijalankan pihak berkuasa bermula dari Empangan Sungai Dara di Behrang, Muallim mengambil masa kira-kira lapan jam melalui trek sejauh kira-kira 12 kilometer dengan laluan yang sangat mencabar.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kesukaran yang dihadapi adalah keadaan licin khususnya sewaktu hujan susulan trek pendakian yang berbatu serta banyak gaung kiri dan kanan. Memang kalau ikutkan kesukaran mendakinya, tidak sesuai untuk pendaki biasa gunung berketinggian 1,933 meter dari aras laut itu.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbitnya ada dijumpai bersama mangsa, cuma di puncak gunung sebegitu tidak semua liputan rangkaian telekomunikasi dapat dicapai,&#8221;<\/em> terangnya lagi.<\/h5>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/selepas-pendaki-ditemui-maut-dua-malim-gunung-ditahan-masuk-kawasan-tanpa-permit\/\">Selepas Pendaki Ditemui Maut, Dua Malim Gunung Ditahan \u2013 \u201cMasuk Kawasan Tanpa Permit\u201d<\/a><\/p>\n<p>Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan penahanan dua MGP susulan insiden di puncak gunung itu atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit membabitkan sempadan negeri Perak, namun sudah dibebaskan dengan jaminan polis.<\/p>\n<p>Sekadar info, Mustaqqeem dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun di Gunung Liang, di Perak.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/utama\/2025\/10\/1276801\/mustaqqeem-pendaki-yang-hilang-di-gunung-liang-dijumpai-seperti-tidur\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Harian Metro<\/a> (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur mengiring dan hidungnya mengeluarkan sedikit darah. Memetik laporan Harian Metro, pegawai daripada Zon 4 Tapah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Marazman Mohamad, 38,\u00a0 berkongsi keadaan sebenar Mustaqqeem sewaktu menyertai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":67192,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-67189","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67189","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=67189"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67189\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":67197,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67189\/revisions\/67197"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/67192"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=67189"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=67189"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=67189"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}