{"id":66820,"date":"2025-10-14T17:54:57","date_gmt":"2025-10-14T09:54:57","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=66820"},"modified":"2025-10-14T17:54:57","modified_gmt":"2025-10-14T09:54:57","slug":"upm-mohon-maaf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/upm-mohon-maaf\/","title":{"rendered":"UPM Mohon Maaf Insiden Kendali Anjing Liar Dalam Kampus"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-766332730\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p data-start=\"83\" data-end=\"267\">Universiti Putra Malaysia (UPM) memohon maaf dan melahirkan rasa kesal atas insiden melibatkan pengendalian anjing liar dalam kawasan kampus yang tular di media sosial baru-baru ini.<\/p>\n<p data-start=\"269\" data-end=\"410\">Menurut laporan FMT\u00a0pihak universiti memandang serius isu tersebut yang dilaporkan berlaku pada hujung tahun lalu.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"412\" data-end=\"636\"><em><strong>\u201cUniversiti menghargai keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan haiwan dan menegaskan komitmen untuk memastikan setiap tindakan pengurusan haiwan liar dilaksanakan secara berhemah, beretika dan mematuhi peraturan semasa.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"638\" data-end=\"796\"><em><strong>\u201cUPM juga menghargai pandangan masyarakat tentang tanggungjawab dan kepentingan menjaga keselamatan warga kampus,\u201d<\/strong><\/em> katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-66821 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/upm.avif\" alt=\"UPM\" width=\"1200\" height=\"750\" \/><\/p>\n<p data-start=\"798\" data-end=\"1177\">Pada 12 Oktober lalu, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan kira-kira 100 aktivis berhimpun di hadapan kampus UPM bagi mendesak tindakan diambil terhadap Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Ng Yee Guan, susulan dakwaan pembunuhan anjing liar di kawasan universiti.<\/p>\n<p data-start=\"1179\" data-end=\"1506\">Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) yang mengetuai perhimpunan tersebut turut tidak menolak kemungkinan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan wang melibatkan bayaran kepada kontraktor swasta bagi tujuan melupuskan anjing liar di kampus berkenaan.<\/p>\n<p data-start=\"1179\" data-end=\"1506\">Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mpp-upm-beri-penjelasan-dakwaan-aktiviti-mobile-legends-berlaku-dalam-masjid-kampus\/\">MPP UPM Beri Penjelasan Dakwaan Aktiviti \u2018Mobile Legends\u2019 Berlaku Dalam Masjid Kampus<\/a><\/p>\n<p data-start=\"1508\" data-end=\"1738\">Presidennya, Rajesh Nagarajan mendakwa, kontraktor berkenaan mengenakan bayaran sebanyak RM400 bagi setiap ekor anjing yang dilupuskan, namun hasil siasatan pihaknya mendapati kadar sebenar yang ditawarkan hanyalah RM220 seekor.<\/p>\n<p data-start=\"1740\" data-end=\"2107\">PEKA turut memberikan tempoh lima hari kepada UPM untuk Ahmad Farhan dan Ng memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut, sebelum laporan kepada SPRM difailkan.<\/p>\n<p data-start=\"1740\" data-end=\"2107\">NGO itu juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan himpunan di hadapan bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta membawa kes ke mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa oleh penjawat awam.<\/p>\n<p data-start=\"2109\" data-end=\"2318\">Sementara itu, UPM memaklumkan telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), serta berjanji memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan berlangsung.<\/p>\n<p data-start=\"2320\" data-end=\"2507\">Sebagai langkah awal bagi menjaga integriti siasatan, universiti turut menggantung tugas Ng Yee Guan daripada menjalankan tanggungjawab sebagai Pengarah PPKKP sehingga siasatan selesai.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"2509\" data-end=\"2840\"><em><strong>\u201cUPM juga telah menangguhkan semua aktiviti pengendalian haiwan liar dalam kampus sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih menyeluruh dibangunkan. <\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"2509\" data-end=\"2840\"><em><strong>&#8220;SOP ini akan menekankan keseimbangan antara keselamatan manusia, kebajikan haiwan dan pematuhan terhadap Akta Kebajikan Haiwan 2015,\u201d<\/strong><\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-66822 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/upm-mohon-maaf.jpg\" alt=\"UPM\" width=\"960\" height=\"616\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/upm-mohon-maaf.jpg 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/upm-mohon-maaf-300x193.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/upm-mohon-maaf-768x493.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/upm-mohon-maaf-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"2842\" data-end=\"3040\">Pihak universiti turut merancang untuk mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi merangka pendekatan terbaik yang mampan dalam pengurusan haiwan liar di kawasan kampus.<\/p>\n<p data-start=\"3042\" data-end=\"3222\">Terdahulu, PEKA mendakwa UPM telah mengupah sebuah syarikat berpangkalan di Sentul bagi melaksanakan kerja menangkap dan melupuskan anjing liar dengan kadar bayaran RM400 seekor.<\/p>\n<p data-start=\"3224\" data-end=\"3522\">Dakwaan itu turut disertakan dengan satu invois bertarikh November 2024 yang kononnya dihantar kepada pihak universiti, memaparkan caj bagi menangkap dan melupuskan anjing liar tanpa menyatakan kaedah pelupusan yang digunakan, selain turut menampilkan beberapa cop rasmi yang didakwa milik UPM.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/bahasa\/tempatan\/2025\/10\/14\/upm-mohon-maaf-bunuh-anjing\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Free Malaysia Today\u00a0<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Universiti Putra Malaysia (UPM) memohon maaf dan melahirkan rasa kesal atas insiden melibatkan pengendalian anjing liar dalam kawasan kampus yang tular di media sosial baru-baru ini. Menurut laporan FMT\u00a0pihak universiti memandang serius isu tersebut yang dilaporkan berlaku pada hujung tahun lalu. \u201cUniversiti menghargai keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan haiwan dan menegaskan komitmen untuk memastikan setiap tindakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":66823,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-66820","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66820","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=66820"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66820\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":66828,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66820\/revisions\/66828"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/66823"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=66820"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=66820"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=66820"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}