{"id":66438,"date":"2025-10-11T19:42:13","date_gmt":"2025-10-11T11:42:13","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=66438"},"modified":"2025-10-11T19:42:13","modified_gmt":"2025-10-11T11:42:13","slug":"tabung-pahlawan-inisiatif-kesedaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/tabung-pahlawan-inisiatif-kesedaran\/","title":{"rendered":"Bukan Sekadar Bantuan, Tabung Pahlawan Inisiatif Kesedaran Hargai Jasa Veteran ATM"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-525164644\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p><span style=\"font-weight: 400;\">Kempen Tabung Pahlawan (KTP) disifatkan sebagai satu inisiatif penting yang bukan sahaja membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (<a href=\"https:\/\/www.mafhq.mil.my\/index.php\/ms\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">ATM<\/a>) dari segi kebajikan, tetapi juga memberi suntikan semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.<\/span><\/p>\n<h2>Tabung Pahlawan inisiatif kesedaran hargai jasa veteran ATM<\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi Pengerusi Veteran 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Mohamad Faisal Zainul Abidin, 54, kesinambungan kempen ini amat bermakna kerana ia memberi ruang kepada masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga ATM yang telah menabur bakti kepada negara.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><b><i>\u201cAlhamdulillah, saya amat mengalu-alukan usaha ini. Ia satu langkah terbaik bagi menghargai para veteran yang telah berkhidmat untuk negara. Bagi kami, Tabung Pahlawan bukan sekadar kutipan dana, tapi simbol penghargaan dan kasih terhadap pengorbanan yang telah kami lakukan,\u201d <\/i><\/b><b>katanya.<\/b><\/h5>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Borak Daily selepas Majlis Peluncuran KTP 2025-2026 di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.<\/p>\n<div id=\"attachment_66463\" style=\"width: 810px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-66463\" class=\"wp-image-66463 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_1626.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"800\" height=\"1067\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_1626.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_1626-225x300.jpg 225w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_1626-768x1024.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_1626-9x12.jpg 9w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><p id=\"caption-attachment-66463\" class=\"wp-caption-text\">Mohamad Faisal<\/p><\/div>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menurut Mohamad Faisal, antara bentuk bantuan paling berkesan hasil daripada inisiatif Tabung Pahlawan ialah bantuan kewangan dan perubatan yang mampu meringankan beban pesara berdepan masalah kesihatan dan kos sara hidup tinggi.<\/span><\/p>\n<blockquote data-start=\"2008\" data-end=\"2405\">\n<h5 style=\"text-align: center;\"><b><i>\u201cKebanyakan veteran sekarang berusia 50 tahun ke atas. Ramai hidapi penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, atau kencing manis.<\/i><\/b><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><b><i>&#8220;Jadi bantuan Tabung Pahlawan ini sangat membantu bukan sahaja dari segi kewangan, tapi juga memberi harapan untuk mereka terus bertahan dan mara ke hadapan,\u201d <\/i><\/b><b>ujarnya.<\/b><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi Pengarah Urusan Kamatech, Kapten Kamarudin Noor (Bersara), 68, bentuk bantuan paling memberi kesan adalah dari segi kewangan yang merupakan sokongan paling segera dan efektif dalam meringankan beban veteran memerlukan.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cBantuan kewangan ni yang paling berkesan, sebab keperluan setiap orang berbeza. Ada yang perlukan kerusi roda dan sebagainya,&#8221;\u00a0<\/em>katanya.<\/h5>\n<div id=\"attachment_66579\" style=\"width: 2570px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-66579\" class=\"wp-image-66579 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/MG_0095-scaled.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"2560\" height=\"1707\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/MG_0095-scaled.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/MG_0095-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/MG_0095-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/MG_0095-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/MG_0095-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/MG_0095-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/MG_0095-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><p id=\"caption-attachment-66579\" class=\"wp-caption-text\">Kamarudin (dua hari kanan) menyumbang sebanyak RM50,000 untuk KTP<\/p><\/div>\n<p>Selain itu, beliau yang kini mengusahakan perniagaan bengkel penyelenggaraan kenderaan melalui Kamatech turut berhasrat untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada veteran ATM.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya nak manfaatkan pengalaman mereka dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Ramai veteran bersara pada usia muda, sekitar 38 atau 39 tahun, masih kuat dan berdisiplin tinggi. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Jadi kita boleh ambil mereka bekerja semula , bukan sahaja membantu mereka dari segi pendapatan tapi juga menyambung kesinambungan kepakaran yang mereka bawa dari dalam perkhidmatan,\u201d <\/em>kata Kamarudin.<\/h5>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Seorang lagi veteran, Leftenan Kolonel Wong Ah-Jit (Bersara), 75, berkongsi cerita, selepas bersara daripada perkhidmatan, beliau tidak berdepan kesukaran menyesuaikan diri dalam kehidupan awam kerana penglibatannya yang lama dalam dunia sukan kebangsaan khususnya sukan skuasy.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya terlibat dengan Majlis Sukan Negara. Sukan saya ialah skuasy, saya latih Nicol David sejak dia berusia enam setengah tahun sampai jadi juara dunia. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya juga terlibat bantu atlet badminton seperti Datuk Lee Chong Wei semasa Olimpik London 2012 atas permintaan Datuk Seri Azalina Othman Said (ketika itu Menteri Belia dan Sukan),\u201d <\/em>ujarnya\u00a0sambil tersenyum mengenang pengalaman itu.<\/h5>\n<div id=\"attachment_66473\" style=\"width: 810px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-66473\" class=\"wp-image-66473 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0551.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"800\" height=\"1067\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0551.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0551-225x300.jpg 225w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0551-768x1024.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0551-9x12.jpg 9w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><p id=\"caption-attachment-66473\" class=\"wp-caption-text\">Ah-Jit<\/p><\/div>\n<p>Pada masa yang sama, Presiden Veteran Tentera Malaysia Kaum Cina (MACVA) itu menzahirkan harapan agar lebih banyak perhatian dan pengiktirafan diberikan kepada veteran yang berkhidmat semasa era Darurat 1950-an hingga 1989 yang disifatkannya sebagai antara kumpulan paling banyak berkorban demi keamanan negara.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cRamai antara mereka dulu masuk hutan, keluar hutan, ada yang cedera, ada yang terkorban. Tanpa mereka, Malaysia takkan seperti sekarang. Dalam negara lain macam United Kingdom atau Australia, masyarakat hargai wira mereka,&#8221;\u00a0<\/em>kongsi Ah-Jit.<\/h5>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kempen-tabung-pahlawan\/\">Kempen Tabung Pahlawan Bantu Ringankan Beban Keluarga Veteran ATM \u2013 Khaled<\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengiktirafan terhadap sumbangan veteran ATM bukan sekadar simbolik, tetapi merupakan tanggungjawab moral dan sosial seluruh rakyat Malaysia bagi menzahirkan nilai-nilai Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, hormat dan ihsan.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"1066\" data-end=\"1463\"><em>&#8220;KTP bukan sekadar satu acara tahunan, tapi sebagai satu gerakan yang menyemai sifat keprihatinan rakyat terhadap kebajikan perwira negara kita.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ia menunjukkan slogan Malaysia MADANI bukannya satu konsep kosong, tetapi benar-benar dijiwai dan dizahirkan melalui tindakan,&#8221; <\/em>kata beliau ketika berucap pada majlis berkenaan.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-66474 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/559712590_1353736459454348_1934176491510617326_n.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"2048\" height=\"1366\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/559712590_1353736459454348_1934176491510617326_n.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/559712590_1353736459454348_1934176491510617326_n-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/559712590_1353736459454348_1934176491510617326_n-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/559712590_1353736459454348_1934176491510617326_n-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/559712590_1353736459454348_1934176491510617326_n-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/559712590_1353736459454348_1934176491510617326_n-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam majlis itu, Mohamed Khaled turut mengiringi Penaung KTP, Dato\u2019 Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail bagi menyempurnakan sesi peluncuran KTP 2025-2026.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-66464 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0459.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"800\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0459.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0459-300x225.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0459-768x576.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0459-16x12.jpg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"1465\" data-end=\"1752\">Kempen ini menjadi lambang penghargaan berterusan rakyat Malaysia terhadap jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan negara tanpa mengira penat lelah, malah ada yang gugur di medan tempur atau menanggung kecederaan kekal sepanjang hayat.<\/p>\n<p data-start=\"272\" data-end=\"560\">Bertemakan <em data-start=\"283\" data-end=\"325\">\u201cSatu Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku\u201d<\/em>, KTP berfungsi sebagai tabung bantuan kecemasan khas bagi membantu komuniti veteran ATM yang memerlukan sokongan tambahan dalam keadaan tertentu di mana bantuan kerajaan tidak dapat disalurkan secara langsung.<\/p>\n<p data-start=\"562\" data-end=\"908\">Mohamed Khaled berkata, sehingga kini sebanyak RM2.19 juta berjaya dikutip dan bagi kempen tahun ini, sasaran kutipan ditetapkan sebanyak RM3 juta hasil sumbangan orang ramai, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"562\" data-end=\"908\"><em>&#8220;Saya amat yakin, dengan kerjasama erat antara masyarakat awam, pihak kerajaan, warga korporat, NGO dan individu-individu yang prihatin, in shaa Allah, kita akan mencapai sasaran ini dengan jayanya,&#8221; <\/em>ucap beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk KTP.<\/h5>\n<p data-start=\"562\" data-end=\"908\">Dana tersebut akan digunakan untuk keperluan seperti bantuan sara hidup, rawatan perubatan, pendidikan anak-anak veteran serta bantuan kecemasan lain.<\/p>\n<p data-start=\"2707\" data-end=\"2983\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-66475 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558104225_1353736592787668_5126637532546272897_n.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"2048\" height=\"1366\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558104225_1353736592787668_5126637532546272897_n.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558104225_1353736592787668_5126637532546272897_n-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558104225_1353736592787668_5126637532546272897_n-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558104225_1353736592787668_5126637532546272897_n-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558104225_1353736592787668_5126637532546272897_n-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558104225_1353736592787668_5126637532546272897_n-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"3392\" data-end=\"3770\">Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan korporat daripada pelbagai organisasi termasuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Destini Prima Sdn. Bhd., Peluang Kristal Sdn. Bhd., PETRONAS, MBSB Bank Berhad, Desatera Sdn. Bhd., Malkraine Sdn. Bhd., Affin Bank Berhad, Rasumi Medipharma Sdn. Bhd., Kamatech Automotif &amp; Engineering Sdn. Bhd. dan Affin Islamic Bank Berhad.<\/p>\n<p data-start=\"3392\" data-end=\"3770\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-66476 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558843817_1353736579454336_3581146343987125320_n.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"2048\" height=\"1366\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558843817_1353736579454336_3581146343987125320_n.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558843817_1353736579454336_3581146343987125320_n-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558843817_1353736579454336_3581146343987125320_n-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558843817_1353736579454336_3581146343987125320_n-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558843817_1353736579454336_3581146343987125320_n-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/558843817_1353736579454336_3581146343987125320_n-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"3392\" data-end=\"3770\">Malah, turut diadakan sesi pertukaran tiga Nota Kerjasama antara Yayasan Veteran ATM (YVATM) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bersama Focus Point Vision Care Group, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Klinik Dr. Zulfikar bagi memperkukuh aspek kesihatan mata, rawatan perubatan dan pembangunan sosioekonomi veteran ATM.<\/p>\n<p data-start=\"3392\" data-end=\"3770\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-66470 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0513.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"800\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0513.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0513-300x225.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0513-768x576.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/IMG_0513-16x12.jpg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"3772\" data-end=\"4051\">Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar; Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali; panglima-panglima perkhidmatan, pegawai kanan ATM selain wakil persatuan serta penyumbang-penyumbang KTP.<\/p>\n<p data-start=\"3772\" data-end=\"4051\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-66477 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/561642658_1353736526121008_733241266418952103_n.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"2048\" height=\"1366\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/561642658_1353736526121008_733241266418952103_n.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/561642658_1353736526121008_733241266418952103_n-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/561642658_1353736526121008_733241266418952103_n-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/561642658_1353736526121008_733241266418952103_n-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/561642658_1353736526121008_733241266418952103_n-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/561642658_1353736526121008_733241266418952103_n-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"3772\" data-end=\"4051\">Untuk makluman, pelbagai aktiviti amal telah dirancang bagi memperkukuh kesedaran awam dan sokongan kepada kempen ini termasuk <em data-start=\"2590\" data-end=\"2656\">Pertandingan Pancing Amal, MyWarrior Run, Pertandingan Golf Amal<\/em> serta penjualan barangan promosi rasmi kempen.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan boleh berbuat demikian melalui beberapa kaedah yang disediakan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sumbangan boleh dilakukan dengan membuat bayaran dalam talian ke akaun Tabung Rayuan Hari Pahlawan (Affin Islamic Bank Berhad \u2013 1059 5000 3201), membeli bahan promosi seperti t-shirt dan mug, menyalurkan sumbangan terus ke tabung fizikal KTP, atau dengan menyertai aktiviti amal anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM).<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi memudahkan orang ramai, sumbangan juga boleh dibuat dengan mengimbas kod QR seperti yang tertera di bawah.<\/span><\/p>\n<p data-start=\"3772\" data-end=\"4051\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-66578 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/JHEV-Bunting-SUMBANGAN-TABUNG-PAHLAWAN_page-0001-scaled.jpg\" alt=\"Tabung Pahlawan\" width=\"1069\" height=\"2560\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/JHEV-Bunting-SUMBANGAN-TABUNG-PAHLAWAN_page-0001-scaled.jpg 1069w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/JHEV-Bunting-SUMBANGAN-TABUNG-PAHLAWAN_page-0001-125x300.jpg 125w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/JHEV-Bunting-SUMBANGAN-TABUNG-PAHLAWAN_page-0001-427x1024.jpg 427w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/JHEV-Bunting-SUMBANGAN-TABUNG-PAHLAWAN_page-0001-768x1840.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/JHEV-Bunting-SUMBANGAN-TABUNG-PAHLAWAN_page-0001-641x1536.jpg 641w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/JHEV-Bunting-SUMBANGAN-TABUNG-PAHLAWAN_page-0001-855x2048.jpg 855w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/JHEV-Bunting-SUMBANGAN-TABUNG-PAHLAWAN_page-0001-5x12.jpg 5w\" sizes=\"auto, (max-width: 1069px) 100vw, 1069px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"3772\" data-end=\"4051\">Tabung fizikal KTP turut ditempatkan di stesen minyak BHP terpilih, lobi Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan beberapa lokasi strategik lain.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kempen Tabung Pahlawan (KTP) disifatkan sebagai satu inisiatif penting yang bukan sahaja membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari segi kebajikan, tetapi juga memberi suntikan semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan selepas bersara. Tabung Pahlawan inisiatif kesedaran hargai jasa veteran ATM Bagi Pengerusi Veteran 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Mohamad Faisal Zainul Abidin, 54, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":66478,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-66438","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66438","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=66438"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66438\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":66604,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66438\/revisions\/66604"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/66478"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=66438"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=66438"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=66438"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}