{"id":65824,"date":"2025-10-02T15:37:45","date_gmt":"2025-10-02T07:37:45","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=65824"},"modified":"2025-10-06T17:07:06","modified_gmt":"2025-10-06T09:07:06","slug":"pakam-2025-himpun-200-ilmuwan-sedia-jadi-pentas-wacana-global-angkat-legasi-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pakam-2025-himpun-200-ilmuwan-sedia-jadi-pentas-wacana-global-angkat-legasi-melayu\/","title":{"rendered":"PAKAM 2025 Himpun 200 Ilmuwan, Sedia Jadi Pentas Wacana Global Angkat Legasi Melayu"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1308790130\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p><span style=\"font-weight: 400;\">Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada 23 hingga 25 Oktober 2025 nanti.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Difahamkan, Persidangan ini juga\u00a0 merupakan sambutan daripada cetusan idea oleh Perdana Menteri YAB Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim di Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) yang berlangsung pada 27-29 November 2024.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menerusi festival tersebut, beliau menekankan perlunya penguasaan terhadap karya agung Melayu melalui pendekatan kreatif dan inovatif untuk mengembalikan minat terhadap sejarah dan warisan Melayu, terutamanya dalam membentuk pemikiran versi Melayu dalam kalangan generasi muda yang lebih mengenali karya barat.<\/span><\/p>\n<h2><b>PAKAM 2025 hadirkan ilmuan dari pelbagai negara<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Persidangan itu akan menjadi platform penting untuk menyoroti kepelbagaian penyelidikan terkini mengenai Karya Agung Melayu seperti Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah serta kaitannya dengan kecerdasan buatan (AI).\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tokoh akademik dari Belanda, Indonesia, Brunei, Thailand dan Malaysia antara yang dijangka hadir, sekali gus bagi berbincang serta bertukar pendapat agar mampu mengukuhkan kedudukan karya agung Melayu sebagai warisan ilmu yang terus relevan di persada dunia.<\/span><\/p>\n<h2><b>Objektif utama PAKAM 2025 teknologi AI dengan Karya Agung Melayu<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam pada masa yang sama, fokus utama kepada PAKAM 2025 adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang karya agung Melayu dalam era kecerdasan buatan (AI).<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Persidangan tersebut pastinya memberi peluang buat para ilmuan meneroka transformasi karya agung terbabit dalam era digital dan globalisasi ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ia sekaligus mampu memperkasakan korpus karya agung Melayu di peringkat antarabangsa dan menjana penyelidikan baharu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Langkah terbabit pastinya dapat menyemai kesedaran tentang pemeliharaan terhadap warisan berkenaan terutamanya kepada generasi masa kini.<\/span><\/p>\n<h2><b>PAKAM 2025\u00a0 tampil 16 kertas kerja<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan mengangkat tema \u201cKarya Agung Melayu: Penyatuan antara Tradisi dan Teknologi\u201d, persidangan ini bakal menampilkan 16 kertas kerja yang akan membahaskan bagaimana khazanah silam mampu dihubungkan dengan cabaran serta peluang era digital.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-65825\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.26-PM.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"619\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.26-PM.jpeg 778w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.26-PM-300x232.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.26-PM-768x594.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.26-PM-16x12.jpeg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Naskah Hamzah Fansuri<\/em><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Majlis perasmian juga akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim, tanda sokongan padu kerajaan dalam usaha memartabatkan karya agung Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.<\/span><\/p>\n<h2><b>Penganjur PAKAM 2025 main peranan tepat<\/b><\/h2>\n<p>PAKAM 2025 merupakan anjuran Yayasan Karyawan yang diketuai Pengarahnya, YBhg. Prof. Madya Dr. Roosfa Hashim, bersama dengan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Susulan daripada itu, sebagai penganjur bersama, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilihat terus menjuarai agenda dalam memperkasakan bahasa, budaya dan tamadun watan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Melalui <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/atmaukm.my\/posts\/pfbid023wu5yYBA6snMGESNDVbHGeJ7mbZ7pVJKh8oRy4MtVHHsXFxfUNEhoxzpQgh4Sq22l\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA<\/a>), khususnya Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, UKM memainkan peranan penting mengangkat penyelidikan manuskrip Melayu ke peringkat antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-65826\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.13-PM.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.13-PM.jpeg 904w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.13-PM-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.13-PM-768x511.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.16.13-PM-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><i><span style=\"font-weight: 400;\">Misa Melayu<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menurut Pakar Manuskrip Melayu, Prof. Madya Dr Salmah Jan, manuskrip Melayu dianggap sebagai \u2018kalam agung\u2019 dalam sejarah peradaban Melayu disebabkan kandungannya yang merangkumi nilai ilmu, agama, budaya dan falsafah.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cManuskrip Melayu adalah khazanah ilmu yang merakam sejarah, falsafah dan pandangan dunia Melayu. Ia ibarat kalam agung yang membentuk tamadun,\u201d <\/i>ujarnya dalam temu bual di Program Cakna Bahasa.<\/strong><\/h5>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan pelbagai ilmu yang terkandung dalam manuskrip Melayu meliputi agama, undang-undang, perubatan, sastera dan ilmu bintang, ia pastinya mencerminkan keluasan intelektual masyarakat Melayu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun, untuk memastikan manuskrip-manuskrip ini terus terjaga dan terpelihara bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi dengan cabaran utamanya seperti kerosakan fizikal.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Susulan daripada itu, Penyelidik Manuskrip dan Warisan, Ts. Dr. Ros Mahwati menyatakan antara usaha dilakukan untuk memelihara manuskrip ini adalah dengan mendigitalisasikan dan mengkatalongkan khazanah ilmu terbabit sebelum dipamerkan kepada umum.<\/span><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><strong><i>\u201cInstitusi penyelidikan kini mendigitalkan katalog dan mengadakan pameran serta wacana umum kepada masyarakat,\u201d<\/i> jelasnya.<\/strong><\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-65827\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.15.38-PM.jpeg\" alt=\"pakam 2025\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.15.38-PM.jpeg 904w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.15.38-PM-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.15.38-PM-768x511.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/WhatsApp-Image-2025-09-26-at-3.15.38-PM-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Hikayat Hang Tuah<\/em><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/program-sentuhan-komuniti-bestari\/\">Program Sentuhan Komuniti Bestari: PNM Angkat Perpustakaan Desa Sebagai Pusat Ilmu<\/a><\/p>\n<h2><b>Jadi platform wacana global<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Justeru itu, dengan penganjuran PAKAM 2025 nanti, ia akan menjadi platform terbaik wacana global dalam melestarikan karya agung Melayu ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pertemuan ilmuan-ilmuan yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut sudah tentu melahirkan resolusi penting supaya warisan lampau berkenaan terus terjaga.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Persidangan tersebut juga pastinya bakal membuka ruang membina naratif baharu tentang masa depan tamadun Melayu dalam dunia moden yang kini dipacu teknologi kecerdasan buatan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada 23 hingga 25 Oktober 2025 nanti. Difahamkan, Persidangan ini juga\u00a0 merupakan sambutan daripada cetusan idea oleh Perdana Menteri YAB Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim di Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) yang berlangsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":65842,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-65824","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65824","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=65824"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65824\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":66062,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65824\/revisions\/66062"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/65842"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=65824"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=65824"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=65824"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}