{"id":64560,"date":"2025-09-19T09:44:04","date_gmt":"2025-09-19T01:44:04","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=64560"},"modified":"2025-09-19T09:44:04","modified_gmt":"2025-09-19T01:44:04","slug":"penceramah-bebas-dipenjara-15-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/penceramah-bebas-dipenjara-15-tahun\/","title":{"rendered":"Rogol, Amang Seksual Remaja&#8230; Penceramah Bebas Dipenjara 15 Tahun!"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-769415445\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p data-start=\"205\" data-end=\"486\">Seorang penceramah bebas, Muhammad Fathi Na\u2019im Mazlam, 33, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas disabitkan tiga pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, empat tahun lalu.<\/p>\n<h2 data-start=\"205\" data-end=\"486\">Penceramah bebas lakukan amang seksual dalam kereta<\/h2>\n<p data-start=\"205\" data-end=\"486\">Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Noridah Adam pada Khamis selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melibatkan tertuduh yang lebih dikenali sebagai Fathi Na&#8217;im.<\/p>\n<p data-start=\"205\" data-end=\"486\">Permohonan penangguhan hukuman oleh tertuduh turut ditolak mahkamah.<\/p>\n<div id=\"attachment_64562\" style=\"width: 1010px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-64562\" class=\"wp-image-64562 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/penceramah-bebas-dipenjara-15-tahun-sinar.webp\" alt=\"pencermah bebas\" width=\"1000\" height=\"670\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/penceramah-bebas-dipenjara-15-tahun-sinar.webp 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/penceramah-bebas-dipenjara-15-tahun-sinar-300x201.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/penceramah-bebas-dipenjara-15-tahun-sinar-768x515.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/penceramah-bebas-dipenjara-15-tahun-sinar-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><p id=\"caption-attachment-64562\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Sinar Harian<\/p><\/div>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"732\" data-end=\"956\"><em><strong>\u201cMahkamah berpuas hati selepas meneliti keterangan saksi-saksi dan mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Oleh itu, dia didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan,\u201d<\/strong><\/em> katanya.<\/h5>\n<p data-start=\"732\" data-end=\"956\">Dalam prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nur &#8216;Ayuni Jamri menegaskan kepentingan awam perlu diutamakan selain mengambil kira keseriusan jenayah seksual kanak-kanak, justeru mencadangkan hukuman berat.<\/p>\n<p data-start=\"732\" data-end=\"956\">Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/penceramah-bebas-ditahan\/\">Penceramah Bebas Ditahan, Disyaki Rakam &amp; Sebar Video Tak Senonoh Dengan 4 Isteri<\/a><\/p>\n<p data-start=\"958\" data-end=\"1159\">Namun, penceramah bebas tersebut yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan perlu menanggung tiga isteri serta lapan anak yang masih bersekolah.<\/p>\n<p data-start=\"958\" data-end=\"1159\">Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam pada Jun 2021<\/p>\n<p data-start=\"958\" data-end=\"1159\">Bagi dua pertuduhan berikutnya, tertuduh merogol mangsa di lokasi sama pada awal dan hujung Julai tahun sama, masing-masing sekitar jam 3 petang dan 7 petang.<\/p>\n<p data-start=\"958\" data-end=\"1159\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-64563 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/penceramah-bebas-dipenjara-15-tahun-fmt.avif\" alt=\"penceramah bebas\" \/><\/p>\n<p data-start=\"958\" data-end=\"1159\">Kesalahan itu didakwa mengikt Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.<\/p>\n<p data-start=\"958\" data-end=\"1159\">Sepanjang perbicaraan bermula September 2023 hingga Januari lalu, enam saksi termasuk mangsa tampil memberi keterangan bagi pihak pendakwaan.<\/p>\n<p data-start=\"958\" data-end=\"1159\">Tertuduh pula menjadi satu-satunya saksi dalam perkembangan yang bermula 25 Julai lalu.<\/p>\n<p data-start=\"958\" data-end=\"1159\">Sumber: <a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/748525\/berita\/semasa\/penceramah-bebas-dijel-15-tahun-3-sebatan-kes-rogol-amang-seksual-remaja\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sinar Harian<\/a> (Noor Azlida Alimin)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang penceramah bebas, Muhammad Fathi Na\u2019im Mazlam, 33, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas disabitkan tiga pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, empat tahun lalu. Penceramah bebas lakukan amang seksual dalam kereta Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":64564,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-64560","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64560","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=64560"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64560\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":64571,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64560\/revisions\/64571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/64564"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=64560"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=64560"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=64560"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}