{"id":61576,"date":"2025-08-07T14:36:58","date_gmt":"2025-08-07T06:36:58","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=61576"},"modified":"2025-08-07T14:36:58","modified_gmt":"2025-08-07T06:36:58","slug":"gelandangan-diperdaya-remaja-pilih-untuk-memaafkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/gelandangan-diperdaya-remaja-pilih-untuk-memaafkan\/","title":{"rendered":"&#8216;Saya Tak Marah, Tapi Tak Sangka Itu Sisa Makanan&#8217; \u2013 Gelandangan Diperdaya Remaja, Pilih Untuk Memaafkan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-4050935879\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"289\" data-end=\"559\"><em><strong>\u201cSaya terkial-kial bangun masa mereka datang, saya tak sangka bungkusan itu rupanya cuma sisa makanan,\u201d <\/strong><\/em><\/h5>\n<p data-start=\"289\" data-end=\"559\">Demikian luahan seorang gelandangan, Ram (bukan nama sebenar), 49, yang menjadi mangsa eksperimen sosial tiga remaja hingga tular di media sosial.<\/p>\n<p data-start=\"289\" data-end=\"559\">Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku beberapa hari lalu di sekitar Jalan Meldrum itu mengejutkan ramai selepas video berdurasi kurang seminit dimuat naik, memaparkan tiga remaja menikmati ayam goreng dari restoran makanan segera sebelum memasukkan tulang ke dalam bungkusan nasi dan menyerahkan kepada seorang lelaki gelandangan.<\/p>\n<div id=\"attachment_61582\" style=\"width: 1026px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-61582\" class=\"wp-image-61582\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-nst.jpg\" alt=\"gelandangan\" width=\"1016\" height=\"764\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-nst.jpg 900w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-nst-300x226.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-nst-768x578.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-nst-16x12.jpg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 1016px) 100vw, 1016px\" \/><p id=\"caption-attachment-61582\" class=\"wp-caption-text\">Foto: NST<\/p><\/div>\n<p data-start=\"561\" data-end=\"885\">Rakaman menunjukkan gelandangan berkenaan kelihatan terkejut sebaik membuka bungkusan, namun masih mengucapkan terima kasih kepada pemberi.<\/p>\n<p data-start=\"887\" data-end=\"1026\">Mengulas insiden itu, Ram berkata dia tidak menyangkan perbuatan remaja tersebut dirakan dan dijadikan tontonan umum.<\/p>\n<p data-start=\"887\" data-end=\"1026\">Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/beri-sisa-tulang-ayam-kepada-gelandangan\/\">Beri Sisa Tulang Ayam Kepada Gelandangan, Tiga Pempengaruh Mohon Maaf Selepas Dikecam<\/a><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"1146\" data-end=\"1322\"><em><strong>\u201cSaya tak tahu niat sebenar mereka. Tapi saya tak marah, saya cuma terkejut. Waktu itu, mereka juga beri saya satu lagi bungkusan makanan yang berbeza,\u201d<\/strong><\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p data-start=\"1324\" data-end=\"1564\">Ram yang berasal dari Perak berkata, selepas kejadian tular itu, beberapa pengunjung kawasan sekitar dan penduduk tempatan datang bertemu dengannya, menyatakan rasa simpati dan menyerahkan makanan selain memohon maaf atas kejadian tersebut.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"1566\" data-end=\"1715\"><em><strong>\u201cSaya anggap mereka seperti adik-adik, saya maafkan mereka. Harap perkara macam ini tak berulang kepada gelandangan lain,\u201d<\/strong> <\/em>jelasnya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-61348\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/bagi-gelandangan-tulang-ayam-2.jpg\" alt=\"gelandangan \" width=\"965\" height=\"1489\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/bagi-gelandangan-tulang-ayam-2.jpg 828w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/bagi-gelandangan-tulang-ayam-2-194x300.jpg 194w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/bagi-gelandangan-tulang-ayam-2-663x1024.jpg 663w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/bagi-gelandangan-tulang-ayam-2-768x1185.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/bagi-gelandangan-tulang-ayam-2-8x12.jpg 8w\" sizes=\"auto, (max-width: 965px) 100vw, 965px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"1717\" data-end=\"1966\">Menurut Ram, dia sudah lama hidup bergelandangan dan tidak bekerja, namun tidak pernah menimbulkan masalah kepada sesiapa.<\/p>\n<p data-start=\"1717\" data-end=\"1966\">Katanya, dia menerima suratan hidupnya dengan reda dan cuba untuk terus bersikap positif walaupun berdepan pelbagai dugaan.<\/p>\n<p data-start=\"1968\" data-end=\"2109\">Ram turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa sudah mengambil tindakan terhadap remaja terbabit, namun dia tidak mencampuri urusan tersebut.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"2111\" data-end=\"2260\"><em><strong>\u201cItu antara mereka dan pihak berkuasa. Saya tak ada kuasa untuk halang atau campur tangan. Saya cuma harap perkara ini selesai dengan baik,\u201d<\/strong> <\/em>tambahnya.<\/h5>\n<p data-start=\"2262\" data-end=\"2469\">Terdahulu, salah seorang remaja terbabit tampil memohon maaf kepada umum dan mendakwa bahawa rakaman tersebut merupakan eksperimen sosial yang kononnya mendapat persetujuan daripada lelaki gelandangan itu.<\/p>\n<div id=\"attachment_61583\" style=\"width: 1051px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-61583\" class=\"wp-image-61583\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-kosmo.jpg\" alt=\"gelandangan \" width=\"1041\" height=\"692\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-kosmo.jpg 1620w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-kosmo-300x199.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-kosmo-1024x681.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-kosmo-768x511.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-kosmo-1536x1021.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/gelandangan-diberi-tulang-ayam-kosmo-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1041px) 100vw, 1041px\" \/><p id=\"caption-attachment-61583\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Kosmo!<\/p><\/div>\n<p data-start=\"2471\" data-end=\"2630\">Bagaimanapun, video tersebut tetap mengundang kecaman ramai yang menganggap tindakan memberi sisa makanan kepada gelandangan sebagai biadab dan tidak sensitif.<\/p>\n<p data-start=\"2632\" data-end=\"2834\">Ram yang fasih berbahasa Inggeris berkata, sejak video itu tular, beberapa pihak media dan pempengaruh turut hadir menemu bualnya, namun beliau berharap agar isu ini dapat menjadi pengajaran buat semua.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-start=\"2836\" data-end=\"2978\"><em><strong>\u201cSaya rasa mereka masih muda dan ada masa depan panjang. Biarlah pihak berkuasa selesaikan dengan cara yang baik,\u201d<\/strong><\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/utama\/2025\/08\/1249413\/saya-terkejut-diberikan-sisa-makanan-itu\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Harian Metro<\/a> (Mary Victoria Dass)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cSaya terkial-kial bangun masa mereka datang, saya tak sangka bungkusan itu rupanya cuma sisa makanan,\u201d Demikian luahan seorang gelandangan, Ram (bukan nama sebenar), 49, yang menjadi mangsa eksperimen sosial tiga remaja hingga tular di media sosial. Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku beberapa hari lalu di sekitar Jalan Meldrum itu mengejutkan ramai selepas video [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":61585,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-61576","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=61576"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":61586,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61576\/revisions\/61586"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/61585"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=61576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=61576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=61576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}