{"id":6139,"date":"2023-01-13T20:47:56","date_gmt":"2023-01-13T12:47:56","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=6139"},"modified":"2023-01-13T20:47:56","modified_gmt":"2023-01-13T12:47:56","slug":"25000-ekor-akan-dimusnahkan-pulau-pinang-isytihar-penyakit-demam-babi-afrika-sebagai-bencana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/25000-ekor-akan-dimusnahkan-pulau-pinang-isytihar-penyakit-demam-babi-afrika-sebagai-bencana\/","title":{"rendered":"25,000 Ekor Akan Dimusnahkan, Pulau Pinang Isytihar Penyakit Demam Babi Afrika Sebagai Bencana"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2069404457\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><div data-reader-unique-id=\"27\">\n<p data-reader-unique-id=\"28\"><strong>Pulau Pinang<\/strong> mengisytiharkan penyakit <strong>demam babi Afrika<\/strong> atau <em data-reader-unique-id=\"29\">African Swine Fever<\/em> (ASF) di negeri itu sebagai <strong>bencana<\/strong> selepas lima lagi ladang ternak\u00a0babi dijangkiti penyakit itu.<\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"30\">Menurut laporan BERNAMA, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata hingga hari ini, ia menjadikan keseluruhan tujuh <strong>ladang ternak babi<\/strong> telah dijangkiti ASF dan membabitkan 25,000 ekor haiwan di semua ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat.<\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"30\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-6141 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/51673600884_ChowKonYeow.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"542\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/51673600884_ChowKonYeow.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/51673600884_ChowKonYeow-300x203.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/51673600884_ChowKonYeow-768x520.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\" data-reader-unique-id=\"30\"><em>Foto; BERNAMA<\/em><\/p>\n<\/div>\n<div data-reader-unique-id=\"31\">\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-reader-unique-id=\"32\"><em>&#8220;Kerajaan negeri telah mengisytiharkan kejadian penyakit ASF di Pulau Pinang sebagai bencana setelah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengesahkan setakat ini,\u00a0tujuh\u00a0ladang babi komersial telah dijangkiti iaitu masing-masing lima di Seberang Perai Selatan (SPS) di sini dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT), dekat sini.<\/em><\/h5>\n<\/div>\n<div data-reader-unique-id=\"33\">\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-reader-unique-id=\"35\"><em>&#8220;Pengesahan penyakit dibuat melalui ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan oleh Makmal Veterinar Zon Utara Bukit Tengah bermula\u00a04 hingga 12 Jan\u00a0lepas ke atas sampel babi dari ladang-ladang ternak babi di negeri ini sebelum mendapati tujuh daripadanya dijangkiti ASF,&#8221; <\/em>katanya pada sidang akhbar di Nibong Tebal hari ini.<\/h5>\n<p data-reader-unique-id=\"36\">Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan JPV Pulau Pinang dan wakil penternak babi di Perkampungan Valdor, bagi mengetahui perkembangan terkini jangkitan ASF di ladang-ladang kawasan itu, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPV Dr Akma Ngah Hamid.<\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"36\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-6142 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/a867dd9be31fc69088eff5b093eb0ab161bc75e012baa.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"500\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/a867dd9be31fc69088eff5b093eb0ab161bc75e012baa.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/a867dd9be31fc69088eff5b093eb0ab161bc75e012baa-300x188.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/a867dd9be31fc69088eff5b093eb0ab161bc75e012baa-768x480.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\" data-reader-unique-id=\"36\"><em>Foto; BERNAMA<\/em><\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"37\">Chow berkata bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, JPV\u00a0Pulau Pinang telah menjalankan <em data-reader-unique-id=\"38\">stamping out policy<\/em> menerusi pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF secara berperingkat dengan bangkainya ditanam di situ atau kawasan khas disediakan kerajaan negeri.<\/p>\n<\/div>\n<div data-reader-unique-id=\"39\">\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-reader-unique-id=\"50\"><em>&#8220;Pemusnahan dijalankan menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan iaitu Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum bangkai-bangkai babi ditanam secara sempurna,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p data-reader-unique-id=\"51\">Beliau berkata\u00a0sehingga hari ini, sebanyak 929 ekor babi iaitu dari ladang pertama yang dikenal pasti dijangkiti ASF telah dimusnahkan dan pemusnahan akan diteruskan pada hari ini membabitkan ladang kedua iaitu 2,500 ekor babi berikutan terdapat banyak kematian babi di ladang terbabit dan dijangka memakan masa lebih kurang satu minggu untuk diselesaikan.<\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"52\">Menurutnya, aktiviti pemusnahan itu tidak dapat dimulakan dengan lebih awal akibat kekangan kawasan di ladang ternakan\u00a0untuk dijadikan tapak pelupusan babi dan kesemua 25,000 ekor haiwan itu\u00a0di tujuh ladang berkenaan\u00a0akan dimusnahkan secara berperingkat serta dijangka memakan masa berminggu-minggu.<\/p>\n<\/div>\n<div data-reader-unique-id=\"53\">\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-reader-unique-id=\"54\"><em>&#8220;Menurut pihak JPV Pulau Pinang, apabila seekor babi dijangkiti ASF, kesemua haiwan yang ada di ladang itu\u00a0perlu dimusnahkan dan ekoran itu, kerajaan negeri akan menyediakan kawasan tanah berhampiran jalan raya atau lebuh raya di negeri ini untuk menanam bangkai\u00a0babi yang\u00a0dimusnahkan kerana kekangan tanah di ladang\u00a0ternak babi dan saya minta orang ramai\u00a0tidak panik dengan situasi itu lagipun ASF tidak menjangkiti manusia,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-6143 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/Babi1.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"500\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/Babi1.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/Babi1-300x188.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/Babi1-768x480.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto hiasan; Google<\/em><\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"55\">Chow berkata bagi mengesan jangkitan dan perebakan penyakit ASF di kawasan berhampiran, pihak berkuasa menjalankan\u00a0aktiviti pemantauan,\u00a0pemeriksaan klinikal dan persampelan bagi kesemua ladang ternakan babi dalam radius lima kilometer dari ladang yang terlibat.<\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"56\">Katanya, aktiviti pemantauan dan pemeriksaan karkas juga giat dijalankan di semua rumah sembelih babi berlesen di Pulau Pinang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan penyakit ASF itu akan terus merebak di ladang\u00a0lain.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\" data-reader-unique-id=\"57\"><em>&#8220;Pihak polis juga mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di jalan-jalan masuk ke kawasan Perkampungan Valdor sejak 10 Jan lepas\u00a0dan ia dijalankan bagi mengawal pergerakan keluar serta masuk babi hidup dan karkas babi dari kawasan jangkitan seterusnya mengawal penularan penyakit ASF ini ke kawasan lain,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p data-reader-unique-id=\"58\">Chow berkata hingga kini, kaedah pencegahan penyakit ASF yang berkesan dan disarankan ialah melalui amalan biosekuriti ladang yang baik dengan tidak membenarkan lori pengangkut babi dan lori makanan ternakan masuk ke dalam ladang, ladang mempunyai pagar perimeter bagi mencegah kemasukan babi hutan atau haiwan liar ke dalam ladang dan pelbagai lagi.<\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"59\">Beliau juga meminta kerjasama penternak dan orang awam agar segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung\u00a0atau babi komersial kepada JPV Pulau\u00a0Pinang menerusi\u00a0hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit melalui talian 04-5041047.<\/p>\n<p data-reader-unique-id=\"59\">Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/am\/news.php?id=2155954\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">BERNAMA<\/a><\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak\u00a0babi dijangkiti penyakit itu. Menurut laporan BERNAMA, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata hingga hari ini, ia menjadikan keseluruhan tujuh ladang ternak babi telah dijangkiti ASF dan membabitkan 25,000 ekor haiwan di semua ladang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":6145,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-6139","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6139","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6139"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6146,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6139\/revisions\/6146"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6145"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}