{"id":60671,"date":"2025-07-28T16:21:01","date_gmt":"2025-07-28T08:21:01","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=60671"},"modified":"2025-07-28T16:21:01","modified_gmt":"2025-07-28T08:21:01","slug":"rokok-elektronik-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/rokok-elektronik-2\/","title":{"rendered":"Tangani Lebih Berkesan, KKM Kini Dalam Usaha Haramkan Sepenuhnya Rokok Elektronik"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2706350619\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Bagi mengekang isu secara berkesan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam usaha untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik (vape).<\/p>\n<p>Menurut laporan Harian Metro, Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kesan kepada perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam susulan pelaksanaan tersebut.<\/p>\n<p>Kata beliau, demi melindungi kepentingan kesihatan rakyat secara, penelitian sedang dijalankan untuk menilai keberkesanan langkah kawalan sedia ada serta keperluan dasar yang lebih komprehensif.<\/p>\n<h2>Rokok elektronik<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-60696 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0868.jpg\" alt=\"Rokok elektronik\" width=\"2048\" height=\"1365\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0868.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0868-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0868-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0868-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0868-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0868-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Bagi mencapai kawalan yang lebih menyeluruh, khasnya dalam agenda pengharaman sepenuhnya terhadap penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape, ia masih lagi di bawah kuasa kerajaan persekutuan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Seiring dengan itu, KKM sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya terhadap penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape bagi mengekang isu ini secara lebih berkesan,&#8221;<\/em> katanya sewaktu pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.<\/h5>\n<p>Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) berkaitan \u00a0pendirian KKM terhadap langkah beberapa kerajaan negeri yang menghentikan pengeluaran lesen perniagaan rokok elektronik dan vape dalam negeri masing-masing.<\/p>\n<p>Dr Dzulkefly turut menyambut baik keputusan enam kerajaan negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang yang tidak mengeluarkan atau memperbaharui lesen penjualan rokok elektronik.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/counter-setting\/\">Usaha Perangi \u2018Counter Setting\u2019 Dipertingkat Menerusi Dasar Sokongan Lebih Kukuh<\/a><\/p>\n<h2>Rokok elektronik<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-60691\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/553-2.png\" alt=\"\" width=\"830\" height=\"553\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/553-2.png 830w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/553-2-300x200.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/553-2-768x512.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/553-2-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 830px) 100vw, 830px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kementerian menyambut baik keputusan tersebut memandangkan kuasa pelesenan premis perniagaan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kerajaan negeri.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pendekatan ini juga sejajar dengan aspirasi untuk melindungi kesihatan awam.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Namun begitu, kawalan yang dilaksanakan pada masa ini hanya membabitkan larangan penjualan produk merokok di premis tertentu seperti kedai khas dan tidak merangkumi kedai runcit atau serbaneka,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Jelasnya lagi, KKM memberi tumpuan kepada pelaksanaan kawal selia yang lebih ketat terhadap produk merokok menerusi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).<\/p>\n<p data-start=\"230\" data-end=\"482\">Akta ini melibatkan beberapa peraturan termasuk keperluan pendaftaran produk, larangan terhadap sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan tajaan, kawalan ke atas penjualan serta larangan merokok di kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan.<\/p>\n<p data-start=\"230\" data-end=\"482\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-60694\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0866.jpg\" alt=\"\" width=\"2048\" height=\"1364\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0866.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0866-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0866-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0866-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0866-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/IMG_0866-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/p>\n<p data-start=\"484\" data-end=\"681\">Sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh, KKM turut akan melancarkan satu operasi penguatkuasaan bersepadu yang dinamakan &#8216;Operasi Selamat Paru-Paru&#8217; (Ops Selamat PaPa) bermula 1 Ogos ini.<\/p>\n<p data-start=\"683\" data-end=\"813\" data-is-last-node=\"\" data-is-only-node=\"\">Operasi ini dirangka bagi memastikan pelaksanaan Akta 852 dapat dijalankan secara lebih berkesan dan menyeluruh di seluruh negara.<\/p>\n<p data-start=\"683\" data-end=\"813\" data-is-last-node=\"\" data-is-only-node=\"\">Sumber: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2025\/07\/1245750\/kkm-dalam-usaha-haramkan-sepenuhnya-rokok-elektronik-vape\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Harian Metro<\/a> (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi mengekang isu secara berkesan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam usaha untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik (vape). Menurut laporan Harian Metro, Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kesan kepada perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam susulan pelaksanaan tersebut. Kata beliau, demi melindungi kepentingan kesihatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":60690,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-60671","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60671","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=60671"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60671\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":60698,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60671\/revisions\/60698"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/60690"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=60671"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=60671"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=60671"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}