{"id":59044,"date":"2025-07-10T14:31:59","date_gmt":"2025-07-10T06:31:59","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=59044"},"modified":"2025-07-10T14:31:59","modified_gmt":"2025-07-10T06:31:59","slug":"bmi-tidak-lagi-relevan-penentu-kesihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/bmi-tidak-lagi-relevan-penentu-kesihatan\/","title":{"rendered":"Pakar Ulas Kenyataan Azam Baki, BMI Tidak Lagi Relevan Sebagai Penentu Tahap Kesihatan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-565337884\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Pakar kesihatan dan kesejahteraan bersetuju bahawa Indeks Jisim Badan (BMI) tidak wajar dijadikan satu-satunya penanda dalam menilai tahap kesihatan atau kelayakan profesional, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh bersama penanda lain seperti tahap metabolik, komposisi lemak badan, dan ukuran lilitan pinggang.<\/p>\n<p>Menurut laporan Malaysiakini, pandangan ini timbul susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, baru-baru ini yang memaklumkan bahawa pegawai dengan BMI melebihi 27 tidak akan layak untuk kenaikan pangkat bermula Januari 2026.<\/p>\n<div id=\"attachment_59015\" style=\"width: 963px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-59015\" class=\"wp-image-59015\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/azam-baki-msn.jpeg\" alt=\"\" width=\"953\" height=\"654\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/azam-baki-msn.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/azam-baki-msn-300x206.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/azam-baki-msn-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 953px) 100vw, 953px\" \/><p id=\"caption-attachment-59015\" class=\"wp-caption-text\">Foto: msn<\/p><\/div>\n<p>Mengulas perkara itu, bekas Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee Ee Seong berkata walaupun inisiatif untuk memperbaiki tahap kesihatan anggota adalah wajar, menetapkan syarat berdasarkan BMI semata-mata adalah terlalu drastik.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cBMI yang tinggi tidak semestinya menunjukkan seseorang itu tidak cergas. Ia adalah satu indikator asas, bukan penentu keseluruhan kesihatan,\u201d<\/strong><\/em> katanya.<\/h5>\n<div id=\"attachment_59048\" style=\"width: 1010px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-59048\" class=\"wp-image-59048 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Fong.jpg\" alt=\"bmi\" width=\"1000\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Fong.jpg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Fong-300x180.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Fong-768x461.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Fong-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><p id=\"caption-attachment-59048\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Malaysiakini<\/p><\/div>\n<p>Sementara itu, Pengurus Besar PMCare, Dr Fong Yeat Min turut mempersoalkan keberkesanan dasar tersebut kerana menurutnya, ia berisiko menimbulkan stigma dan menafikan peluang kepada individu yang sebenarnya sihat dan berupaya menjalankan tugas dengan baik.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cBMI ada peranan, tetapi ia mempunyai kekangan. Ia tidak membezakan otot dengan lemak, tidak menunjukkan pengagihan lemak, dan tidak menggambarkan fungsi metabolik,\u201d<\/strong><\/em> jelas beliau.<\/h5>\n<p>Jelasnya lagi, Garis Panduan Amalan Klinikal Malaysia sendiri menyarankan penggunaan penilaian tambahan seperti lilitan pinggang dan saringan komorbid untuk menentukan status kesihatan seseorang secara lebih tepat.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cBagi menilai kesesuaian untuk sesuatu kerjaya, sepatutnya diadakan ujian kecergasan fizikal, kekuatan, daya tahan kardiovaskular dan ujian metabolik. Itu lebih relevan,\u201d<\/strong><\/em> ujarnya.<\/h5>\n<div id=\"attachment_59049\" style=\"width: 1010px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-59049\" class=\"wp-image-59049 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Nor-Baizura-Md-Yusop.jpg\" alt=\"bmi\" width=\"1000\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Nor-Baizura-Md-Yusop.jpg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Nor-Baizura-Md-Yusop-300x180.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Nor-Baizura-Md-Yusop-768x461.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-Nor-Baizura-Md-Yusop-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><p id=\"caption-attachment-59049\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Malaysiakini<\/p><\/div>\n<p>Pandangan sama turut dikongsi oleh Dr Nor Baizura Md Yusop daripada Persatuan Komposisi Badan Malaysia yang menekankan keperluan pendekatan lebih menyeluruh dalam menangani isu kesihatan.<\/p>\n<p>Katanya, dengan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi yang semakin meningkat, usaha mempromosi gaya hidup sihat harus bersifat inklusif dan menyeluruh.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cSPRM dan organisasi lain seharusnya memainkan peranan memimpin perubahan, bukan menghukum. Contohnya, mewujudkan program sokongan, bukannya menyingkir individu atas satu ukuran semata-mata,\u201d <\/strong><\/em><strong>terangnya<\/strong>.<\/h5>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/bmi-bawah-28-antara-syarat-baru-untuk-kenaikan-pangkat-polis-kpn\/\">BMI Bawah 28 Antara Syarat Baru Untuk Kenaikan Pangkat Polis &#8211; KPN<\/a><\/p>\n<p>Jurulatih kecergasan, K Kartik pula menekankan bahawa BMI sering mengelirukan kerana tidak mengambil kira jisim otot dan tahap kecergasan sebenar.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cSeorang ahli bina badan mungkin dikategorikan sebagai berlebihan berat berdasarkan BMI, walhal mereka lebih sihat berbanding individu dengan BMI normal tetapi peratusan lemak tinggi,\u201d<\/strong><\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Sebaliknya, Kartik menyarankan agar pendekatan yang lebih menyeluruh dan tidak menghukum diamalkan, antaranya menyediakan pilihan makanan sihat di tempat kerja, mengadakan program senaman dan kaunseling pemakanan serta menambah baik kemudahan kecergasan.<\/p>\n<div id=\"attachment_59050\" style=\"width: 1010px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-59050\" class=\"wp-image-59050 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-T-Darshini.jpg\" alt=\"bmi\" width=\"1000\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-T-Darshini.jpg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-T-Darshini-300x180.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-T-Darshini-768x461.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Dr-T-Darshini-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><p id=\"caption-attachment-59050\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Malaysiakini<\/p><\/div>\n<p>Dr T Darshini, seorang pengamal perubatan dan ahli bina badan, turut bersetuju bahawa kesihatan perlu dinilai dari pelbagai aspek dan bukan hanya bersandarkan pada satu parameter.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cMatlamatnya ialah keseimbangan jangka panjang. Gaya hidup sihat mesti bersifat lestari iaitu meliputi pemakanan, tidur cukup, dan aktiviti fizikal berterusan,\u201d<\/strong><\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Menurut beliau, perubahan gaya hidup memerlukan masa dan organisasi sepatutnya memberi sokongan melalui pemeriksaan berkala, program kesihatan serta persekitaran kerja yang menyeronokkan dan bebas tekanan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cMemupuk kesedaran dan mewujudkan persekitaran positif adalah lebih berkesan berbanding pendekatan yang menghukum,\u201d<\/strong> <\/em>tambahnya.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.malaysiakini.com\/news\/748582?fbclid=IwY2xjawLcB-dleHRuA2FlbQIxMABicmlkETE5WlYzdThuZ214Z0NJRW1LAR6sX-lQBCDChvqPRS-YZhKgrSmDf8D5F19BOm78wgF5mnwysY_VDATSToYSlg_aem_ftzb8MqYT5XKElGLcbiqyQ\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Malaysiakini<\/a> (Dania Kamal Aryf)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakar kesihatan dan kesejahteraan bersetuju bahawa Indeks Jisim Badan (BMI) tidak wajar dijadikan satu-satunya penanda dalam menilai tahap kesihatan atau kelayakan profesional, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh bersama penanda lain seperti tahap metabolik, komposisi lemak badan, dan ukuran lilitan pinggang. Menurut laporan Malaysiakini, pandangan ini timbul susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":59052,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-59044","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59044","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=59044"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59044\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":59081,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59044\/revisions\/59081"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/59052"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=59044"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=59044"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=59044"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}