{"id":57368,"date":"2025-06-19T10:26:32","date_gmt":"2025-06-19T02:26:32","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=57368"},"modified":"2025-06-19T10:26:32","modified_gmt":"2025-06-19T02:26:32","slug":"jpj-ambil-tindakan-terhadap-pemandu-bas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/jpj-ambil-tindakan-terhadap-pemandu-bas\/","title":{"rendered":"JPJ Ambil Tindakan, Saman Dua Pemandu Bas Tular Di TikTok"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3726971381\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan tegas terhadap dua pemandu bas yang dikesan memandu secara berbahaya dalam dua insiden berasingan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kedua-dua kes tersebut melibatkan kenderaan pengangkutan awam yang dikesan melakukan kesalahan di Lebuhraya Utara-Selatan selepas kawasan Rehat dan Rawat (R&amp;R) Kulai arah utara, serta di sekitar kawasan Mersing, Johor.<\/p>\n<div id=\"attachment_57369\" style=\"width: 970px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-57369\" class=\"wp-image-57369 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Driver-bas-bawa-laju.webp\" alt=\"jpj\" width=\"960\" height=\"573\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Driver-bas-bawa-laju.webp 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Driver-bas-bawa-laju-300x179.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Driver-bas-bawa-laju-768x458.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Driver-bas-bawa-laju-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><p id=\"caption-attachment-57369\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Berita Harian<\/p><\/div>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cSiasatan telah dijalankan terhadap kedua-dua pemandu terbabit dan pihak kami mengeluarkan notis saman (Notis JPJ P22) serta mengambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,\u201d<\/strong> <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Menurutnya dalam satu kejadian, sebuah bas dikesan memandu secara melulu dengan memotong secara berbahaya serta menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya.<\/p>\n<p>JPJ telah mengeluarkan saman mengikut Kaedah 6 dan Kaedah 53 di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pemandu-bas-mengaku-tak-bersalah\/\">Nahas UPSI: Pemandu Bas Mengaku Tak Bersalah Pandu Secara Berbahaya, Melulu<\/a><\/p>\n<p>Bagi kes kedua, pemandu dan pemilik bas yang terlibat dalam kesalahan di sekitar Mersing telah dikenakan Notis Temu Siasat (114) bagi tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Datuk Aedy menegaskan bahawa JPJ tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya, terutamanya yang melibatkan kenderaan pengangkutan awam yang membawa risiko kepada keselamatan penumpang.<\/p>\n<div id=\"attachment_57370\" style=\"width: 653px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-57370\" class=\"wp-image-57370 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju-.jpg\" alt=\"jpj\" width=\"643\" height=\"1080\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju-.jpg 643w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju--179x300.jpg 179w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju--610x1024.jpg 610w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju--7x12.jpg 7w\" sizes=\"auto, (max-width: 643px) 100vw, 643px\" \/><p id=\"caption-attachment-57370\" class=\"wp-caption-text\">Foto: TT @lahabdul88<\/p><\/div>\n<p>Beliau turut mengingatkan syarikat-syarikat pengendali bas agar sentiasa memantau etika pemanduan pemandu mereka dan memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang yang ditetapkan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cJPJ juga ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang membantu melaporkan kes-kes berkaitan keselamatan jalan raya. Orang ramai digalakkan untuk terus menyalurkan aduan melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau emel ke <a href=\"mailto:aduantrafik@jpj.gov.my\">aduantrafik@jpj.gov.my<\/a> dengan butiran lengkap,\u201d<\/strong> <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<div style=\"width: 576px;\" class=\"wp-video\"><video class=\"wp-video-shortcode\" id=\"video-57368-1\" width=\"576\" height=\"768\" preload=\"metadata\" controls=\"controls\"><source type=\"video\/mp4\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/ssstik.io_@lahabdul88_1750299566380.mp4?_=1\" \/><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/ssstik.io_@lahabdul88_1750299566380.mp4\">https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/ssstik.io_@lahabdul88_1750299566380.mp4<\/a><\/video><\/div>\n<p>Sebelum ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang penumpang bas menegur dan memarahi pemandu kerana memandu terlalu laju sehingga menyebabkan penumpang termasuk kanak-kanak ketakutan.<\/p>\n<p>Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi itu melibatkan bas yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mersing.<\/p>\n<div id=\"attachment_57371\" style=\"width: 707px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-57371\" class=\"wp-image-57371 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju-2.jpg\" alt=\"jpj\" width=\"697\" height=\"1080\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju-2.jpg 697w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju-2-194x300.jpg 194w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju-2-661x1024.jpg 661w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/driver-bas-bawa-laju-2-8x12.jpg 8w\" sizes=\"auto, (max-width: 697px) 100vw, 697px\" \/><p id=\"caption-attachment-57371\" class=\"wp-caption-text\">Foto: TT @lahabdul88<\/p><\/div>\n<p>Pemandu terbabit juga dikatakan menggunakan telefon bimbit semasa memandu dengan kelajuan mencecah 90 hingga 110 km\/j.<\/p>\n<p>Menurut penumpang yang memuat naik video itu, mereka telah menegur pemandu sebanyak dua kali sebelum kejadian memuncak apabila pemandu tersebut enggan mendengar dan membalas dengan kata-kata kasar.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2025\/06\/1231671\/jpj-saman-2-pemandu-tular-di-tiktok\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Harian Metro<\/a> (Noor Hidayah Tanzizi)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan tegas terhadap dua pemandu bas yang dikesan memandu secara berbahaya dalam dua insiden berasingan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kedua-dua kes tersebut melibatkan kenderaan pengangkutan awam yang dikesan melakukan kesalahan di Lebuhraya Utara-Selatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":57372,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-57368","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/57368","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=57368"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/57368\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":57378,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/57368\/revisions\/57378"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/57372"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=57368"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=57368"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=57368"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}