{"id":55536,"date":"2025-05-24T18:07:19","date_gmt":"2025-05-24T10:07:19","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=55536"},"modified":"2025-05-24T18:07:19","modified_gmt":"2025-05-24T10:07:19","slug":"pk-battle-tiktok-rosakkan-akhlak-remaja-kerajaan-digesa-haramkan-ngo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/pk-battle-tiktok-rosakkan-akhlak-remaja-kerajaan-digesa-haramkan-ngo\/","title":{"rendered":"PK Battle TikTok Rosakkan Akhlak Remaja, Kerajaan Digesa Haramkan &#8211; NGO"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2787249534\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Ciri &#8220;PK Battle&#8221; dalam aplikasi TikTok kini menjadi perhatian serius apabila didakwa memberi kesan negatif terhadap akhlak dan gaya hidup anak muda di negara ini.<\/p>\n<p>Menurut laporan Malaysia Gazette, sehubungan itu, kerajaan digesa mengambil langkah tegas untuk mengharamkan ciri tersebut bagi melindungi generasi muda daripada pengaruh yang tidak sihat.<\/p>\n<p>Presiden Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat, L. Francis, berkata Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu segera mengadakan perbincangan dengan pihak TikTok bagi menyekat ciri berkenaan daripada terus diakses oleh pengguna tempatan.<\/p>\n<div id=\"attachment_55537\" style=\"width: 1034px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-55537\" class=\"size-full wp-image-55537\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/PK-TIKTOK.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"1021\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/PK-TIKTOK.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/PK-TIKTOK-300x300.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/PK-TIKTOK-150x150.jpeg 150w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/PK-TIKTOK-768x766.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/PK-TIKTOK-12x12.jpeg 12w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/PK-TIKTOK-100x100.jpeg 100w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/PK-TIKTOK-70x70.jpeg 70w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><p id=\"caption-attachment-55537\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Malaysia Gazette<\/p><\/div>\n<p>Menurut beliau, PK Battle adalah sebuah siaran langsung yang mempertemukan dua pengguna TikTok dalam pertandingan mengumpul hadiah digital yang semakin disalahguna sehingga mencetuskan perlakuan yang memalukan dan merendahkan maruah peserta.<\/p>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><strong><span class=\"s1\">\u201cPK Battle ini nampak macam suka-suka tapi bila kalah, ada pula hukuman yang dikenakan seperti buat siaran langsung ketika mandi walaupun berpakaian, menyapu tepung di muka, lumur tahi lembu dan berjalan dalam keadaan separuh bogel.<\/span><\/strong><\/h5>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><strong><span class=\"s1\">\u201cIni semua perkara yang tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi dipertontonkan secara langsung kepada umum.<\/span><\/strong><\/h5>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><span class=\"s1\"><strong>\u201cKita juga bimbang ada unsur \u2018cuci duit\u2019 dalam PK Battle ini kerana ada hadiah yang diberikan bernilai RM3,000 hingga RM10,000 dan agak mustahil seseorang itu boleh berbelanja sedemikian kepada orang tidak dikenali,\u201d<\/strong> katanya.<\/span><\/h5>\n<p>Beliau turut mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima pelbagai aduan daripada masyarakat, khususnya ibu bapa yang risau akan pengaruh PK Battle terhadap anak-anak mereka yang berusia bawah 30 tahun.<\/p>\n<p>Ada yang sanggup berjaga hingga lewat malam hanya untuk menonton pertandingan tersebut, malah memberi hadiah digital bagi memastikan hukuman dijalankan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cPerkara ini bukan sahaja merosakkan akhlak tetapi juga mendorong kepada budaya hedonisme dalam kalangan remaja.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>&#8220;Tambahan pula, wujud elemen buli siber apabila akaun palsu digunakan untuk meninggalkan komen-komen yang melampau,\u201d<\/strong><\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Salah satu aduan yang diterima oleh NGO tersebut termasuk kes seorang remaja yang sanggup mencuri wang dari rumah untuk membeli hadiah digital bagi menyertai PK Battle.<\/p>\n<div id=\"attachment_55539\" style=\"width: 901px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-55539\" class=\"wp-image-55539\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/logo-tt-2.webp\" alt=\"\" width=\"891\" height=\"891\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/logo-tt-2.webp 595w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/logo-tt-2-300x300.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/logo-tt-2-150x150.webp 150w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/logo-tt-2-12x12.webp 12w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/logo-tt-2-100x100.webp 100w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/logo-tt-2-70x70.webp 70w\" sizes=\"auto, (max-width: 891px) 100vw, 891px\" \/><p id=\"caption-attachment-55539\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Carian Google<\/p><\/div>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cPK Battle ini bukan hiburan tetapi satu bentuk penyimpangan sosial yang semakin menjadi-jadi dan kalau tidak dibendung dari sekarang, generasi kita akan hanyut dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><em><strong><span class=\"s1\">\u201cJusteru kita gesa kerajaan tidak memandang ringan terhadap ancaman sosial yang dibawa oleh ciri-ciri media sosial yang bersifat keterlaluan dan tidak terkawal.<\/span><\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 class=\"p1\" style=\"text-align: center;\"><span class=\"s1\"><em><strong>\u201cKami percaya, langkah penyekatan atau pengharaman PK Battle ini bukanlah satu bentuk penindasan terhadap kebebasan di media sosial tetapi satu usaha untuk menyelamatkan nilai moral dan jati diri anak bangsa,\u201d<\/strong><\/em> ujarnya.<\/span><\/h5>\n<p>Dalam masa sama, beliau turut menyeru agar ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau penggunaan media sosial anak-anak serta memberikan pendidikan tentang etika dan tanggungjawab digital.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/malaysiagazette.com\/2025\/05\/24\/pk-battle-rosakkan-akhlak-generasi-muda-perlu-diharamkan-ngo\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Malaysia Gazette<\/a> (Malinda Abdul Malik)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ciri &#8220;PK Battle&#8221; dalam aplikasi TikTok kini menjadi perhatian serius apabila didakwa memberi kesan negatif terhadap akhlak dan gaya hidup anak muda di negara ini. Menurut laporan Malaysia Gazette, sehubungan itu, kerajaan digesa mengambil langkah tegas untuk mengharamkan ciri tersebut bagi melindungi generasi muda daripada pengaruh yang tidak sihat. Presiden Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat, L. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":55540,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-55536","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55536","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=55536"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55536\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":55541,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55536\/revisions\/55541"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/55540"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=55536"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=55536"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=55536"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}