{"id":54279,"date":"2025-05-14T16:11:11","date_gmt":"2025-05-14T08:11:11","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=54279"},"modified":"2025-05-14T16:11:11","modified_gmt":"2025-05-14T08:11:11","slug":"vokalis-diserang-ketika-persembahan-enam-pengikut-skinhead-ditahan-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/vokalis-diserang-ketika-persembahan-enam-pengikut-skinhead-ditahan-polis\/","title":{"rendered":"Vokalis Diserang Ketika Persembahan, Enam Pengikut Skinhead Ditahan Polis"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2017547656\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Polis telah menahan enam lelaki tempatan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah gimnasium dalam pusat beli-belah City Plaza, Johor Bahru, melibatkan pengikut muzik skinhead serta seorang vokalis kumpulan muzik dari Ampang, Selangor.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kes itu berjaya diselesaikan selepas satu video kejadian tular di media sosial dan mendapat perhatian pihak polis.<\/p>\n<div id=\"attachment_54285\" style=\"width: 1951px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-54285\" class=\"size-full wp-image-54285\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-ditahan.jpg\" alt=\"\" width=\"1941\" height=\"2560\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-ditahan.jpg 1941w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-ditahan-227x300.jpg 227w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-ditahan-776x1024.jpg 776w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-ditahan-768x1013.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-ditahan-1165x1536.jpg 1165w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-ditahan-1553x2048.jpg 1553w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-ditahan-9x12.jpg 9w\" sizes=\"auto, (max-width: 1941px) 100vw, 1941px\" \/><p id=\"caption-attachment-54285\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Malaysia Gazette<\/p><\/div>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cKita berjaya menyelesaikan kes berkenaan selepas pendedahan kejadian itu menerusi video yang tular di media sosial.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cSusulan video berkenaan, polis membuat laporan pada pukul 1.14 pagi kelmarin sebelum mangsa pula membuat laporan polis pada pukul 3 petang semalam di Balai Polis Ampang, Selangor.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cPada 11.30 malam kelmarin, tiga lelaki tempatan berusia 34 hingga 36 tahun ditahan di sekitar Johor Bahru dan Segamat, manakala semalam, tiga lagi lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 40 tahun ditahan di sekitar dua daerah berkenaan,\u201d<\/strong> <\/em>katanya<\/h5>\n<p>Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah enam telefon bimbit milik kesemua suspek.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cKejadian berlaku ketika berlangsungnya satu program persembahan \u2018live band\u2019 Remember 69 Rundown.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cMangsa adalah vokalis kumpulan muzik dari Ampang, Selangor yang diserang beberapa orang lelaki menggunakan tong sampah besi.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cPunca kejadian dipercayai akibat salah faham lama yang berlaku antara suspek utama dengan mangsa ketika program muzik di Ampang pada tahun lalu,\u201d<\/strong><\/em> ujarnya.<\/h5>\n<p>Mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka dan turut mengadu sakit seluruh badan dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang.<\/p>\n<div id=\"attachment_54284\" style=\"width: 2058px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-54284\" class=\"size-full wp-image-54284\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-2.jpeg\" alt=\"\" width=\"2048\" height=\"1363\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-2.jpeg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-2-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-2-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-2-768x511.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-2-1536x1022.jpeg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/pengikut-skinhead-2-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><p id=\"caption-attachment-54284\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Utusan Malaysia<\/p><\/div>\n<p>Hasil saringan awal mendapati salah seorang daripada tiga suspek pertama positif dadah, manakala ketiga-tiganya mempunyai satu hingga tiga rekod jenayah lampau.<\/p>\n<p>Mereka kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini.<\/p>\n<p>Tiga suspek berikutnya pula, termasuk seorang yang mempunyai rekod jenayah dan seorang lagi positif ganja, direman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu.<\/p>\n<p>Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan rangkaian media sosial serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cKertas siasatan sedang dilengkapkan bagi tujuan pendakwaan terhadap semua suspek. Siasatan turut diteruskan bagi mengesan individu lain yang mungkin terlibat dalam kejadian ini,\u201d<\/strong> <\/em>tambah beliau.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/malaysiagazette.com\/2025\/05\/14\/enam-pengikut-skinhead-ditahan-belasah-vokalis-kumpulan-muzik\/?fbclid=IwY2xjawKREtdleHRuA2FlbQIxMQBicmlkETF0YWg2b1ZMeHNXSlh3UGZQAR4VyuFtOtveuufAT9F_TqCDKe0yO1jQRLAWhqHB10l2ognkHqhx53GrWK7hXg_aem_IXYWXYmSICHMyebC3U-xrw\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Malaysia Gazette<\/a> (Zulhisham Isahak)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis telah menahan enam lelaki tempatan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah gimnasium dalam pusat beli-belah City Plaza, Johor Bahru, melibatkan pengikut muzik skinhead serta seorang vokalis kumpulan muzik dari Ampang, Selangor. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kes itu berjaya diselesaikan selepas satu video kejadian tular di media [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":54286,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-54279","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54279","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=54279"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54279\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":54288,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54279\/revisions\/54288"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/54286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=54279"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=54279"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=54279"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}