{"id":53775,"date":"2025-05-07T14:39:55","date_gmt":"2025-05-07T06:39:55","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=53775"},"modified":"2025-05-07T14:39:55","modified_gmt":"2025-05-07T06:39:55","slug":"nurul-izzah-adalah-masa-depan-untuk-pkr-adam-adli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/nurul-izzah-adalah-masa-depan-untuk-pkr-adam-adli\/","title":{"rendered":"Nurul Izzah Adalah Masa Depan Untuk PKR &#8211; Adam Adli"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1755640237\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan beliau.<\/p>\n<p>Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menegaskan bahawa sokongannya bukan berlandaskan pertimbangan peribadi semata-mata, tetapi atas dasar strategik demi memperkukuh barisan kepimpinan masa hadapan Parti Keadilan Rakyat (PKR).<\/p>\n<div id=\"attachment_53776\" style=\"width: 1210px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53776\" class=\"size-full wp-image-53776\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/adam-adli.webp\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"758\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/adam-adli.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/adam-adli-300x190.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/adam-adli-1024x647.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/adam-adli-768x485.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/adam-adli-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><p id=\"caption-attachment-53776\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Harian Metro<\/p><\/div>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>&#8220;PKR sedang berdepan fasa dan cabaran baharu. Kehadiran Nurul Izzah di barisan hadapan adalah lambang komitmen parti terhadap kesinambungan idealisme reformasi, yang melangkaui nama individu atau warisan keluarga,&#8221; <\/strong><\/em><strong>katanya <\/strong>dalam kenyataan hari ini.<\/h5>\n<p>Tambah beliau lagi, sudah tiba masa seluruh anggota parti menyatakan pendirian masing-masing secara jelas.<\/p>\n<p>Setelah menilai secara menyeluruh dan tanpa menjejaskan rasa hormat terhadap mana-mana pemimpin lain, beliau menyokong pencalonan Nurul Izzah untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2025.<\/p>\n<p>Semalam, medan lobi bagi jawatan nombor dua PKR mula memanas dengan Nurul Izzah kini dilihat mendahului persaingan berbanding calon-calon lain termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dikhabarkan berpotensi mencabar penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli.<\/p>\n<p>Proses pencalonan bagi pemilihan kepimpinan pusat dijadualkan bermula esok dan Jumaat.<\/p>\n<div id=\"attachment_53777\" style=\"width: 910px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53777\" class=\"size-full wp-image-53777\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/nst.com_.my-izzah.webp\" alt=\"\" width=\"900\" height=\"633\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/nst.com_.my-izzah.webp 900w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/nst.com_.my-izzah-300x211.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/nst.com_.my-izzah-768x540.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/nst.com_.my-izzah-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><p id=\"caption-attachment-53777\" class=\"wp-caption-text\">Foto: nst.com.my<\/p><\/div>\n<p>Adam turut menggariskan bahawa Nurul Izzah merupakan antara Naib Presiden paling berpengalaman dalam PKR, setelah bersama parti sejak peringkat awal penubuhannya.<\/p>\n<p>Beliau juga pernah berkhidmat selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen, selain memainkan peranan aktif sebagai aktivis hak asasi manusia di luar kerangka politik.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cDalam suasana politik yang semakin kompleks, Nurul Izzah jadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip, tetapi juga mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baharu, melintasi pelbagai latar yang ada,\u201d<\/strong> <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Beliau menekankan keperluan pemimpin yang berupaya merapatkan pelbagai jurang dalam parti\u00a0 termasuk jurang generasi dan gender serta menyifatkan Nurul Izzah sebagai individu yang mampu memikul peranan tersebut.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cPKR selama ini dilihat sebagai parti masa hadapan. Kini, masa hadapan itu telah tiba. <\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>&#8220;Nurul Izzah bukan sahaja sebahagian daripada sejarah panjang perjuangan PKR, tetapi juga mencerminkan wajah masa hadapan Keadilan,\u201d<\/strong> <\/em>tulisnya.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/adamadli2\/posts\/pfbid02WXCy38mcQ1jBDVdGExwhGSLj4hJRbZ79efH2P9Rmy7pQoLFuP5oZxfiNzUSGdc6Kl?rdid=gEXANTLhLMj95NqB#\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Facebook<\/a> (Adam Adli)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan beliau. Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menegaskan bahawa sokongannya bukan berlandaskan pertimbangan peribadi semata-mata, tetapi atas dasar strategik demi memperkukuh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":53778,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1232],"tags":[],"class_list":["post-53775","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53775","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=53775"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53775\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":53790,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53775\/revisions\/53790"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/53778"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=53775"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=53775"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=53775"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}