{"id":53759,"date":"2025-05-07T10:08:14","date_gmt":"2025-05-07T02:08:14","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=53759"},"modified":"2025-05-07T10:08:14","modified_gmt":"2025-05-07T02:08:14","slug":"kencing-manis-meningkat-dalam-kalangan-anak-muda-di-kelantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kencing-manis-meningkat-dalam-kalangan-anak-muda-di-kelantan\/","title":{"rendered":"Kencing Manis Meningkat Dalam Kalangan Anak Muda Di Kelantan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1533690124\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Penyakit diabetes atau kencing manis terus menjadi antara isu kesihatan utama di Kelantan dengan kebimbangan meningkat apabila golongan muda kini turut menjadi penyumbang utama kepada jumlah penghidap.<\/p>\n<p>Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, trend semasa menunjukkan pesakit diabetes kini dikesan seawal usia 40 tahun berbanding sebelum ini yang lebih tertumpu kepada golongan warga emas.<\/p>\n<div id=\"attachment_53760\" style=\"width: 1010px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53760\" class=\"size-full wp-image-53760\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Dr-Zaini-Sinar-Harian.webp\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"670\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Dr-Zaini-Sinar-Harian.webp 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Dr-Zaini-Sinar-Harian-300x201.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Dr-Zaini-Sinar-Harian-768x515.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Dr-Zaini-Sinar-Harian-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><p id=\"caption-attachment-53760\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Sinar Harian<\/p><\/div>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cDulu penyakit ini banyak menyerang warga emas, tapi sekarang kita lihat umur penghidap semakin muda.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cIni berlaku disebabkan beberapa faktor risiko seperti berat badan <\/strong><\/em><em><strong>berlebihan, tidak bersenam, tekanan perasaan, tabiat merokok dan pemakanan tidak seimbang,\u201d<\/strong><\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Dr Zaini turut memberi amaran bahawa diabetes boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung dan kerosakan saraf jika tidak dikawal.<\/p>\n<p>Berdasarkan data Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), kadar penghidap diabetes dalam kalangan penduduk dewasa di Kelantan direkodkan pada 16.3 peratus pada tahun 2023.<\/p>\n<p>Walaupun terdapat sedikit penurunan berbanding 19.5 peratus pada 2019 dan 18.5 peratus pada 2015, angka ini masih membimbangkan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>&#8220;Ini bermakna, lebih 16 daripada setiap 100 orang dewasa di Kelantan menghidap diabetes. <\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>&#8220;Apa yang lebih membimbangkan, lebih 80 peratus anak muda Malaysia berumur antara 18 hingga 29 tahun tidak sedar mereka sebenarnya menghidap penyakit ini,\u201d<\/strong> <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Tambah beliau, dua daripada lima individu hanya mengetahui mereka menghidap diabetes selepas dimasukkan ke hospital atau menjalani pemeriksaan akibat komplikasi.<\/p>\n<div id=\"attachment_53761\" style=\"width: 810px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53761\" class=\"size-full wp-image-53761\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/thesun.my-Dr-Zaini.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"529\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/thesun.my-Dr-Zaini.jpg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/thesun.my-Dr-Zaini-300x198.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/thesun.my-Dr-Zaini-768x508.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/thesun.my-Dr-Zaini-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><p id=\"caption-attachment-53761\" class=\"wp-caption-text\">Foto: thesun.my<\/p><\/div>\n<p>Justeru itu, Dr Zaini menekankan pentingnya tanggungjawab menjaga kesihatan dipikul bersama oleh seluruh lapisan masyarakat, bukan hanya Kementerian Kesihatan semata-mata.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cKita perlu kerjasama semua pihak termasuk komuniti, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, KRT dan agensi lain.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cMereka ini lebih dekat dengan masyarakat dan tahu siapa-siapa yang memerlukan bantuan,\u201d<\/strong><\/em> jelasnya.<\/h5>\n<p>Beliau turut menggesa pelaksanaan program lawatan rumah ke rumah atau domisiliari diteruskan terutamanya kepada pesakit terlantar yang tidak mampu hadir ke fasiliti kesihatan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cPasukan kesihatan kami melalui domisiliari berperanan bukan sahaja memberi rawatan tetapi juga melatih ahli keluarga atau penjaga menjaga pesakit dengan betul,\u201d<\/strong><\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/726999\/edisi\/kelantan\/anak-muda-kelantan-makin-ramai-hidap-kencing-manis\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sinar Harian<\/a> (Adila Sharinni Wahid)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penyakit diabetes atau kencing manis terus menjadi antara isu kesihatan utama di Kelantan dengan kebimbangan meningkat apabila golongan muda kini turut menjadi penyumbang utama kepada jumlah penghidap. Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, trend semasa menunjukkan pesakit diabetes kini dikesan seawal usia 40 tahun berbanding sebelum ini yang lebih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":53762,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-53759","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53759","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=53759"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53759\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":53764,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53759\/revisions\/53764"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/53762"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=53759"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=53759"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=53759"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}