{"id":53415,"date":"2025-04-30T15:37:14","date_gmt":"2025-04-30T07:37:14","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=53415"},"modified":"2025-04-30T15:37:14","modified_gmt":"2025-04-30T07:37:14","slug":"fomca-seru-perlindungan-golongan-b40-kumpulan-rentan-susulan-pengurangan-subsidi-telur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/fomca-seru-perlindungan-golongan-b40-kumpulan-rentan-susulan-pengurangan-subsidi-telur\/","title":{"rendered":"FOMCA Seru Perlindungan Golongan B40, Kumpulan Rentan Susulan Pengurangan Subsidi Telur"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-4155854409\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyatakan kefahaman terhadap langkah kerajaan mengurangkan secara berperingkat dan akhirnya menamatkan subsidi menyeluruh bagi telur ayam, sejajar dengan pelan rasionalisasi subsidi yang lebih meluas.<\/p>\n<p>Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Saravanan Thambirajah, langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan negara dan menyalurkan sumber fiskal yang terhad kepada sektor dan kumpulan yang paling memerlukan.<\/p>\n<div id=\"attachment_53421\" style=\"width: 970px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53421\" class=\"size-full wp-image-53421\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FOMCA.webp\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"570\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FOMCA.webp 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FOMCA-300x178.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FOMCA-768x456.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FOMCA-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><p id=\"caption-attachment-53421\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Fomca<\/p><\/div>\n<p>Namun begitu, FOMCA menekankan keperluan untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah (B40) dan kumpulan rentan terus dilindungi, memandangkan mereka merupakan kumpulan yang paling terkesan dengan sebarang pelarasan harga barangan asas.<\/p>\n<p>FOMCA turut berharap Bantuan Sara Hidup melalui sistem eKasih dapat dilaksanakan dengan berkesan supaya tiada isi rumah yang tercicir.<\/p>\n<p>Sekiranya harga barangan asas terus meningkat, FOMCA mencadangkan agar jumlah bantuan turut dinaikkan bagi mengurangkan beban pengguna.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cKami menggesa kerajaan memastikan pelaksanaan dan capaian program eKasih dilaksanakan dengan berkesan supaya tiada isi rumah yang tercicir.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cPertimbangkan untuk meningkatkan jumlah bantuan sekiranya harga barangan keperluan menunjukkan peningkatan yang ketara.\u201d<\/strong><\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Seiring dengan pengurangan dan pemansuhan subsidi yang dijangka menyebabkan kenaikan harga telur, FOMCA turut menekankan pentingnya kerjasama erat antara kerajaan, pengeluar dan peruncit bagi memastikan bekalan kekal stabil serta mengelakkan pembelian panik dan lonjakan harga secara mendadak.<\/p>\n<div id=\"attachment_53420\" style=\"width: 1210px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53420\" class=\"wp-image-53420 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/telur-harian-metro.jpg\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"704\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/telur-harian-metro.jpg 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/telur-harian-metro-300x176.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/telur-harian-metro-1024x601.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/telur-harian-metro-768x451.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/telur-harian-metro-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><p id=\"caption-attachment-53420\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Harian Metro<\/p><\/div>\n<p>Dalam masa sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) digesa untuk memantau Indeks Harga Pengguna (IHP) secara berterusan serta mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah serta FOMCA juga menuntut agar sistem penetapan harga dilaksanakan secara telus dan adil.<\/p>\n<p>Mulai esok, kadar subsidi bagi telur ayam akan dikurangkan daripada 10 sen kepada lima sen sebiji sebelum dimansuhkan sepenuhnya bermula 1 Ogos ini.<\/p>\n<p>Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum ini memaklumkan\u00a0 bahawa keputusn itu dibuat\u00a0 berdasarkan komitmen industri untuk memastikan pengeluaran telur kekal mencukupi dan stabil susulan penurunan kos pengeluaran.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.buletintv3.my\/nasional\/pengurangan-subsidi-telur-fomca-gesa-beri-perlindungan-kepada-golongan-b40-kumpulan-rentan\/?fbclid=IwY2xjawJ-p-dleHRuA2FlbQIxMQBicmlkETFpM3FGeVZ6MlVVU0RxMm41AR6z32BDAAjdPWkHMD-_-ZuLTTFP07OMX8GDZjY2eDM2ysjPFi60Xf89j-K1qg_aem_8PJCQu1dvuWqzHcFl5avsA\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Buletin tv3<\/a> (Nurul Amalina Zainudin)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyatakan kefahaman terhadap langkah kerajaan mengurangkan secara berperingkat dan akhirnya menamatkan subsidi menyeluruh bagi telur ayam, sejajar dengan pelan rasionalisasi subsidi yang lebih meluas. Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Saravanan Thambirajah, langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan negara dan menyalurkan sumber fiskal yang terhad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":53422,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-53415","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53415","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=53415"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53415\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":53423,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53415\/revisions\/53423"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/53422"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=53415"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=53415"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=53415"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}