{"id":53073,"date":"2025-04-25T13:10:37","date_gmt":"2025-04-25T05:10:37","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=53073"},"modified":"2025-04-25T13:10:37","modified_gmt":"2025-04-25T05:10:37","slug":"bella-tujuh-lelaki-mengaku-salah-belasah-pemuda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/bella-tujuh-lelaki-mengaku-salah-belasah-pemuda\/","title":{"rendered":"Bella, Tujuh Lelaki Mengaku Salah Belasah Pemuda"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1589360471\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Seramai lapan individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan, melibatkan ugutan bunuh, ugutan memukul serta mengurung seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku minggu lalu.<\/p>\n<p>Menurut laporan Harian Metro, kesemua tertuduh, iaitu Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 19; Ahmad Rushdi Jumadi, 20; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 25; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 19; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 25; Syamsul Haniziew Saiful Razali, 20; dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Atifah Azimah Wahab.<\/p>\n<div id=\"attachment_53078\" style=\"width: 1210px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53078\" class=\"size-full wp-image-53078\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/bella-and-the-gang.jpg\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"799\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/bella-and-the-gang.jpg 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/bella-and-the-gang-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/bella-and-the-gang-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/bella-and-the-gang-768x511.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/bella-and-the-gang-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><p id=\"caption-attachment-53078\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Harian Metro<\/p><\/div>\n<p>Dalam pertuduhan pertama, kesemua tertuduh termasuk Nuredrianna atau dikenali sebagai Bella, didakwa bersama-sama melakukan ugutan jenayah terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22, dengan ancaman untuk membunuh, bertujuan menakutkan mangsa.<\/p>\n<p>Bagi pertuduhan kedua, mereka bersama dua lagi individu yang masih bebas, didakwa melakukan pemerasan terhadap mangsa dengan ugutan tidak akan berhenti\u00a0 memukul sehingga mangsa\u00a0 membayar wang berjumlah RM3000.<\/p>\n<p>Ekoran ugutan tersebut, mangsa menyerahkan wang tunai RM600 dan kunci motosikal Yamaha Y16 kepada salah seorang tertuduh, Mohamad Amierul Hakim.<\/p>\n<p>Manakala dalam pertuduhan ketiga, kesemua tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa atas kesalahan mengurung mangsa secara bersama-sama.<\/p>\n<p>Tujuh tertuduh lelaki turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Faris Syahmi, dengan seorang lagi masih bebas turut terlibat.<\/p>\n<p>Semua kesalahan ini dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai, Johor Bahru antara jam 10 malam hingga 4 pagi pada 18 hingga 19 April lalu.<\/p>\n<p>Pertuduhan pertama sehingga ketiga dibuat mengikut Seksyen 506, Seksyen 384, dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan keempat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>Pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif bersama Timbalan Pendakwa Raya Nik Nuraini Nik Azman dan Nur Fatihah Mohd Nizam.<\/p>\n<p>Kesemua tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahin Mohd Yazid dan T Nadarajan.<\/p>\n<p>Terdahulu, Abdul Ghafar memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin atas setiap pertuduhan berkenaan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>&#8220;Ini bermakna kesemua tujuh tertuduh lelaki dimohon dikenakan jaminan berjumlah RM40,000 setiap seorang bagi empat pertuduhan, manakala tertuduh wanita iaitu Bella dimohon dikenakan jaminan berjumlah RM30,000, bagi tiga pertuduhan dihadapinya,&#8221;<\/strong> <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon agar mahkamah mempertimbangkan pengakuan bersalah serta latar belakang tertuduh, termasuk tiga yang tidak bekerja (termasuk Bella), empat yang bekerja sebagai operator kilang, dan seorang bekerja di kelab dengan pendapatan sekitar RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.<\/p>\n<p>Difahamkan, Bella juga menghidap penyakit asma dan tinggal bersama ibu bapanya.<\/p>\n<div id=\"attachment_53079\" style=\"width: 2058px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53079\" class=\"size-full wp-image-53079\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KOSMO-BELLA.jpeg\" alt=\"\" width=\"2048\" height=\"1363\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KOSMO-BELLA.jpeg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KOSMO-BELLA-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KOSMO-BELLA-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KOSMO-BELLA-768x511.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KOSMO-BELLA-1536x1022.jpeg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KOSMO-BELLA-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><p id=\"caption-attachment-53079\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Kosmo! Online<\/p><\/div>\n<p>Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM16,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tujuh tertuduh lelaki, manakala RM14,000 untuk Bella.<\/p>\n<p>Mahkamah menetapkan 3 Jun depan sebagai tarikh bacaan fakta kes dan hukuman.<\/p>\n<p>Sebelum ini, tular juga beberapa klip video di media sosial menunjukkan seorang pemuda dalam keadaan longlai selepas kelihatan dipukul beramai-ramai di dalam sebuah rumah yang dipercayai terletak di Pasir Gudang.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/utama\/2025\/04\/1211584\/lapan-individu-termasuk-bella-mengaku-salah-ugut-bunuh-dan-pukul-kurung-lelaki\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Harian Metro<\/a> (Mohamed Farid Noh)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai lapan individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan, melibatkan ugutan bunuh, ugutan memukul serta mengurung seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku minggu lalu. Menurut laporan Harian Metro, kesemua tertuduh, iaitu Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 19; Ahmad Rushdi Jumadi, 20; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":53080,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-53073","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53073","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=53073"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53073\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":53081,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53073\/revisions\/53081"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/53080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=53073"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=53073"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=53073"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}