{"id":53013,"date":"2025-04-24T16:30:17","date_gmt":"2025-04-24T08:30:17","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=53013"},"modified":"2025-04-25T09:10:08","modified_gmt":"2025-04-25T01:10:08","slug":"spm-2024-anak-pengawal-keselamatan-raih-9a-antara-11-pelajar-terbaik-di-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/spm-2024-anak-pengawal-keselamatan-raih-9a-antara-11-pelajar-terbaik-di-terengganu\/","title":{"rendered":"SPM 2024: Anak Pengawal Keselamatan Raih 9A+, Antara 11 Pelajar Terbaik Di Terengganu"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3553244694\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Anak kepada seorang pengawal keselamatan dan tukang jahit berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul sebagai satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Harian di Terengganu yang memperoleh semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. Lebih manis, Amirul Bukhari Aminuddin, 18, turut tersenarai antara 11 pelajar terbaik negeri ini.<\/p>\n<p>Menurut laporan Buletin TV3, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Seberang Takir itu mengakui tidak menyangka akan meraih keputusan cemerlang apabila hanya memperoleh 6A dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cSaya tak sangka dapat 9A+, saya rasa bangga saya salah seorang yang dapat keputusan cemerlang di sekolah harian biasa,\u201d<\/strong><\/em> katanya<\/h5>\n<div id=\"attachment_53016\" style=\"width: 1210px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53016\" class=\"size-full wp-image-53016\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/TV3.jpg\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"630\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/TV3.jpg 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/TV3-300x158.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/TV3-1024x538.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/TV3-768x403.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/TV3-18x9.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><p id=\"caption-attachment-53016\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Buletin TV3<\/p><\/div>\n<p>Kejayaan Amirul ternyata mengundang rasa syukur dan sebak kedua ibu bapanya yang tidak mampu menahan air mata kegembiraan.<\/p>\n<p>Bapanya, Aminuddin Muda, 60, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumboh berkata, beliau akan terus menyokong impian anak bongsunya itu untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mengejar cita-cita sebagai guru Bahasa Inggeris.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cSyukur Alhamdulillah, tak sangka dia dapat 9A, lepas ini dia nak mohon masuk IPG, nak jadi guru Bahasa Inggeris,\u201d<\/strong> <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Sementara itu, ibunya, Rohaiza Mohd Ismail, 56, yang bekerja sebagai tukang jahit, menyifatkan kejayaan Amirul adalah hasil daripada usaha gigih dan doa yang tidak pernah putus.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cTak dapat nak gambarkan, syukur Alhamdulillah lah, apa yang telah dia usahakan, pergi sekolah hari-hari dan tuisyen serta malam-malam bangun buat solat hajat dan tahajjud dipermudahkan oleh Allah setelah mendapat keputusan cemerlang.<\/strong><\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em><strong>\u201cDia seorang anak yang baik, kita selalu bagi semangat kepadanya,\u201d<\/strong> <\/em>kongsinya.<\/h5>\n<p>Dalam perkembangan lain, seramai 11 calon SPM 2024 di Terengganu berjaya memperoleh keputusan tertinggi dengan semua A+ dalam mata pelajaran yang diambil.<\/p>\n<div id=\"attachment_53019\" style=\"width: 1492px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-53019\" class=\"size-full wp-image-53019\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/rosli-cik.jpeg\" alt=\"\" width=\"1482\" height=\"985\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/rosli-cik.jpeg 1482w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/rosli-cik-300x199.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/rosli-cik-1024x681.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/rosli-cik-768x510.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/rosli-cik-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1482px) 100vw, 1482px\" \/><p id=\"caption-attachment-53019\" class=\"wp-caption-text\">Foto: Media Sosial<\/p><\/div>\n<p>Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Rosli Chik, memaklumkan jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang merekodkan lapan calon.<\/p>\n<p>Kata Rosli, secara keseluruhan, seramai 532 calon atau 3.19 peratus memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran, meningkat daripada 464 calon (2.83 peratus) pada tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.buletintv3.my\/nasional\/pelajar-sekolah-menengah-harian-di-terengganu-cemerlang-peroleh-9a\/?fbclid=IwY2xjawJ20qdleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFKaHZvZU9peXkweUlXd0c4AR79-hWWuJvzeKo76-_dwKsu0Bk3sVid-bMTiZ02pV6KIi8Z2yiIEYxT1XAL6w_aem_jWhYI5A_GQkYs-JwHGTowQ\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Buletin TV3<\/a> (Mohd Ishak Abdillah Ngah)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anak kepada seorang pengawal keselamatan dan tukang jahit berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul sebagai satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Harian di Terengganu yang memperoleh semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. Lebih manis, Amirul Bukhari Aminuddin, 18, turut tersenarai antara 11 pelajar terbaik negeri ini. Menurut laporan Buletin TV3, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":53038,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-53013","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53013","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=53013"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53013\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":53039,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/53013\/revisions\/53039"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/53038"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=53013"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=53013"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=53013"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}