{"id":52015,"date":"2025-04-10T12:25:28","date_gmt":"2025-04-10T04:25:28","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=52015"},"modified":"2025-04-10T12:25:28","modified_gmt":"2025-04-10T04:25:28","slug":"rider-tak-perasan-duit-terjatuh-orang-ramai-bantu-kutip-atas-jalan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/rider-tak-perasan-duit-terjatuh-orang-ramai-bantu-kutip-atas-jalan\/","title":{"rendered":"Rider Tak Perasan Duit Terjatuh, Orang Ramai Bantu Kutip Atas Jalan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-493409491\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial baru-baru ini telah merakam detik duit seorang penghantar makanan terjatuh semasa menunggang motosikal.<\/p>\n<div id=\"attachment_52030\" style=\"width: 1466px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-52030\" class=\"wp-image-52030 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-173.png\" alt=\"\" width=\"1456\" height=\"759\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-173.png 1456w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-173-300x156.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-173-1024x534.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-173-768x400.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-173-18x9.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1456px) 100vw, 1456px\" \/><p id=\"caption-attachment-52030\" class=\"wp-caption-text\">Foto: FB Boonkee Ng<\/p><\/div>\n<p>Kejadian tersebut berlaku ketika menunggu lampu isyarat dan kemungkinan dia tidak menyedari bahawa duit miliknya berterbangan serta bertaburan di atas jalan raya.<\/p>\n<p>Insiden yang berlaku di tengah-tengah kepadatan jalan raya itu menarik perhatian ramai kerana tindakan spontan pengguna jalan raya yang berada berhampiran lokasi kejadian.<\/p>\n<div style=\"width: 832px;\" class=\"wp-video\"><video class=\"wp-video-shortcode\" id=\"video-52015-1\" width=\"832\" height=\"448\" preload=\"metadata\" controls=\"controls\"><source type=\"video\/mp4\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/dash-cam.mp4?_=1\" \/><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/dash-cam.mp4\">https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/dash-cam.mp4<\/a><\/video><\/div>\n<p>Tanpa berfikir panjang, beberapa pemandu dan penumpang sanggup turun dari kenderaan masing-masing untuk membantu mengutip wang yang berselerak di atas jalan raya.<\/p>\n<p>Dalam suasana trafik yang padat, tindakan membantu itu dilakukan dengan penuh kerjasama dan semangat keprihatinan kerana ada yang dilihat mengejar wang yang diterbangkan angin ke lorong sebelah, manakala yang lain menyerahkan kembali wang yang berjaya dikutip kepada pemiliknya.<\/p>\n<p>Situasi itu memperlihatkan bahawa dalam saat-saat genting, semangat kemanusiaan masih menjadi keutamaan ramai.<\/p>\n<p>Penghantar makanan yang baru tersedar kemudian tergesa-gesa berpatah semula ke lokasi dimana duitnya terjatuh.<\/p>\n<div id=\"attachment_52036\" style=\"width: 1465px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-52036\" class=\"wp-image-52036 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-172.png\" alt=\"\" width=\"1455\" height=\"757\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-172.png 1455w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-172-300x156.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-172-1024x533.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-172-768x400.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-172-18x9.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1455px) 100vw, 1455px\" \/><p id=\"caption-attachment-52036\" class=\"wp-caption-text\">Foto: FB Boonkee Ng<\/p><\/div>\n<p>Insiden seperti ini juga mengingatkan kita akan cabaran harian yang dihadapi oleh penghantar makanan, terutamanya mereka yang menunggang motosikal dalam apa jua keadaan cuaca dan trafik kerana mereka sering berdepan dengan risiko jalan raya demi memenuhi pesanan pelanggan dan mencari rezeki.<\/p>\n<p>Tindakan para pengguna jalan raya yang membantu dalam kejadian ini wajar dijadikan contoh kerana ia mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan dan sifat saling mengambil berat yang sepatutnya terus subur dalam masyarakat kita.<\/p>\n<p>Dalam dunia yang serba pantas, peristiwa seperti ini membuktikan bahawa masih ramai yang tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain, walaupun tidak mengenali mereka.<\/p>\n<p>Rakaman ini juga telah mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam kalangan warganet, rata-rata memuji tindakan mereka yang membantu selain menyifatkan insiden ini sebagai peringatan bahawa kebaikan masih wujud, dan ia tidak memerlukan sebarang ganjaran mahupun pujian untuk dilakukan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial baru-baru ini telah merakam detik duit seorang penghantar makanan terjatuh semasa menunggang motosikal. Kejadian tersebut berlaku ketika menunggu lampu isyarat dan kemungkinan dia tidak menyedari bahawa duit miliknya berterbangan serta bertaburan di atas jalan raya. Insiden yang berlaku di tengah-tengah kepadatan jalan raya itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":52037,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1239],"tags":[],"class_list":["post-52015","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sosial"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/52015","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=52015"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/52015\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":52038,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/52015\/revisions\/52038"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/52037"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=52015"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=52015"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=52015"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}