{"id":51999,"date":"2025-04-10T10:40:49","date_gmt":"2025-04-10T02:40:49","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=51999"},"modified":"2025-04-10T10:40:49","modified_gmt":"2025-04-10T02:40:49","slug":"8-bulan-bercinta-jarak-jauh-wanita-as-terbang-ke-india-demi-kekasih","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/8-bulan-bercinta-jarak-jauh-wanita-as-terbang-ke-india-demi-kekasih\/","title":{"rendered":"8 Bulan Bercinta Jarak Jauh, Wanita AS Terbang Ke India Demi Kekasih"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-94421208\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Dalam dunia yang semakin terhubung secara digital, pertemuan jodoh tidak lagi terbatas pada ruang dan geografi.<\/p>\n<p>Begitulah kisah unik seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS), Jaclyn Forero dan Chandhan Singh dari India yang membuktikan bahawa cinta sejati boleh berputik di media sosial meskipun jarak memisahkan.<\/p>\n<div id=\"attachment_52002\" style=\"width: 838px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-52002\" class=\"wp-image-52002 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-1.jpg\" alt=\"\" width=\"828\" height=\"932\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-1.jpg 828w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-1-267x300.jpg 267w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-1-768x864.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-1-11x12.jpg 11w\" sizes=\"auto, (max-width: 828px) 100vw, 828px\" \/><p id=\"caption-attachment-52002\" class=\"wp-caption-text\">Foto: IG jaclyn.forero<\/p><\/div>\n<p>Segalanya bermula apabila Jaclyn menemui akaun Instagram Chandhan lalu tertarik dengan perkongsiannya tentang teologi Kristian, dia mengambil langkah pertama dengan menghubungi Chandhan.<\/p>\n<p>Perbualan mereka berkembang dengan pantas apabila mereka mendapati banyak persamaan minat terhadap muzik, seni, dan fotografi.<\/p>\n<p>Walaupun hanya mengenali antara satu sama lain melalui skrin, hubungan mereka semakin erat dan mereka menjalinkan hubungan selama lapan bulan dalam talian.<\/p>\n<p>Setelah hampir setahun berhubung, Jaclyn akhirnya mendapat keizinan daripada ibunya untuk pergi ke India dan bertemu dengan Chandhan buat kali pertama.<\/p>\n<div style=\"width: 832px;\" class=\"wp-video\"><video class=\"wp-video-shortcode\" id=\"video-51999-1\" width=\"832\" height=\"1184\" preload=\"metadata\" controls=\"controls\"><source type=\"video\/mp4\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JACLYN-CHANDHAN.mp4?_=1\" \/><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JACLYN-CHANDHAN.mp4\">https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JACLYN-CHANDHAN.mp4<\/a><\/video><\/div>\n<p>Momen istimewa itu dirakam dan dikongsikan di Instagramnya, memperlihatkan kegembiraan dan kemesraan saat mereka bersatu selepas sekian lama berjauhan.<\/p>\n<p>Jaclyn menulis, dia tidak pernah ragu tentang perasaannya terhadap Chandhan kerana dia merasakan lelaki itu adalah individu yang dia impikan untuk hidup bersama.<\/p>\n<p>Walaupun budaya dan adat membezakan mereka, tetapi dia yakin bahawa perbezaan dan jarak bukanlah penghalang bagi hubungan mereka.<\/p>\n<p>Sementara itu, dia juga ada kongsikan bagaimana kisah percintaan mereka bermula.<\/p>\n<p>Seperti kebanyakan kisah cinta yang unik, hubungan mereka mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.<\/p>\n<p>Ada yang tersentuh dan memberi sokongan, tetapi ada juga yang menghakimi, terutamanya kerana perbezaan umur mereka.<\/p>\n<div id=\"attachment_52003\" style=\"width: 838px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-52003\" class=\"wp-image-52003 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-2.jpg\" alt=\"\" width=\"828\" height=\"929\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-2.jpg 828w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-2-267x300.jpg 267w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-2-768x862.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/JC-2-11x12.jpg 11w\" sizes=\"auto, (max-width: 828px) 100vw, 828px\" \/><p id=\"caption-attachment-52003\" class=\"wp-caption-text\">Foto: IG jaclyn.forero<\/p><\/div>\n<p>Jaclyn sembilan tahun lebih tua daripada Chandhan, sesuatu yang sering menjadi topik perbualan di kalangan netizen, tetapi bagi mereka umur hanyalah angka kerana yang penting adalah kasih sayang dan keserasian antara mereka.<\/p>\n<p>Kisah pasangan tersebut membuktikan bahawa cinta sejati tidak terbatas oleh jarak, perbezaan budaya, atau perbezaan usia.<\/p>\n<p>Dalam dunia yang penuh dengan keraguan terhadap hubungan jarak jauh, mereka menjadi bukti bahawa apabila dua hati bersatu, tiada apa yang mampu menghalang mereka.<\/p>\n<p>Melalui perkongsian di media sosial, Jaclyn terus menginspirasi ramai orang bahawa cinta boleh ditemui di mana-mana, selagi seseorang berani mengambil peluang dan percaya pada perasaan mereka sendiri.<\/p>\n<p>Sumber: IG <a href=\"https:\/\/www.instagram.com\/jaclyn.forero?utm_source=ig_web_button_share_sheet&amp;igsh=ZDNlZDc0MzIxNw==\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span class=\"x1lliihq x193iq5w x6ikm8r x10wlt62 xlyipyv xuxw1ft\">jaclyn.forero<\/span><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam dunia yang semakin terhubung secara digital, pertemuan jodoh tidak lagi terbatas pada ruang dan geografi. Begitulah kisah unik seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS), Jaclyn Forero dan Chandhan Singh dari India yang membuktikan bahawa cinta sejati boleh berputik di media sosial meskipun jarak memisahkan. Segalanya bermula apabila Jaclyn menemui akaun Instagram Chandhan lalu tertarik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":52007,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1230],"tags":[],"class_list":["post-51999","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51999","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=51999"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51999\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":52010,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51999\/revisions\/52010"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/52007"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=51999"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=51999"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=51999"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}