{"id":50586,"date":"2025-03-02T11:50:15","date_gmt":"2025-03-02T03:50:15","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=50586"},"modified":"2025-03-02T12:00:48","modified_gmt":"2025-03-02T04:00:48","slug":"ruu-mmm-2024-boleh-jejaskan-matlamat-asal-jika-dikawal-kerajaan-individu-berkepentingan-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/ruu-mmm-2024-boleh-jejaskan-matlamat-asal-jika-dikawal-kerajaan-individu-berkepentingan-politik\/","title":{"rendered":"RUU MMM 2024 Boleh Jejaskan Matlamat Asal Jika Dikawal Kerajaan, Individu Berkepentingan Politik"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3883766517\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Gerakan Media Merdeka (<a href=\"https:\/\/mediageramm.wordpress.com\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">GERAMM<\/a>) menyambut baik pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan Rabu lalu sebagai badan mengawal selia media secara bebas dan memperkukuh kebebasan media serta meningkatkan tahap profesionalisme kewartawanan di negara ini.<\/p>\n<p>Presiden GERAMM, Radzi Razak berkata, bagaimanapun kebimbangan utama adalah sejauh mana MMM benar-benar bebas daripada pengaruh kerajaan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Jika MMM dikawal oleh kerajaan atau individu yang berkepentingan politik, ia akan menjejaskan matlamat asal untuk memperkasa kebebasan media di Malaysia,&#8221; <\/em>katanya kepada Borak Daily.<\/h5>\n<p>Radzi berkata, RUU ini boleh menjadi alat untuk memperkukuh kebebasan media sekiranya ia bebas dan berpandukan prinsip <em>self-regulation<\/em> oleh industri media sendiri.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Namun, jika terdapat peruntukan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk campur tangan dalam urusan media, ia berpotensi menjadi ancaman kepada kebebasan media. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Perlu ada jaminan bahawa MMM tidak akan menjadi satu lagi instrumen kawalan kerajaan,&#8221; <\/em>ujarnya apabila ditanya sekiranya RUU ini memperkukuh atau mengancam kebebasan media di Malaysia.<\/h5>\n<div id=\"attachment_50588\" style=\"width: 1212px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-50588\" class=\"wp-image-50588 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Screenshot-2025-03-02-at-11.40.43\u202fAM.png\" alt=\"Dikawal Kerajaan\" width=\"1202\" height=\"1188\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Screenshot-2025-03-02-at-11.40.43\u202fAM.png 1202w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Screenshot-2025-03-02-at-11.40.43\u202fAM-300x297.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Screenshot-2025-03-02-at-11.40.43\u202fAM-1024x1012.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Screenshot-2025-03-02-at-11.40.43\u202fAM-768x759.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Screenshot-2025-03-02-at-11.40.43\u202fAM-12x12.png 12w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Screenshot-2025-03-02-at-11.40.43\u202fAM-100x100.png 100w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Screenshot-2025-03-02-at-11.40.43\u202fAM-70x70.png 70w\" sizes=\"auto, (max-width: 1202px) 100vw, 1202px\" \/><p id=\"caption-attachment-50588\" class=\"wp-caption-text\">Presiden GERAMM, Radzi Razak<\/p><\/div>\n<p>Berkongsi mengenai impak kepada media alternatif dan wartawan bebas, beliau berkata kewujudan MMM boleh membantu meningkatkan kredibiliti media alternatif dan wartawan bebas dalam industri, memastikan bahawa mereka beroperasi dengan standard etika yang lebih tinggi dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada landskap kewartawanan profesional di Malaysia.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Memandangkan MMM bersifat sukarela dan tidak mewajibkan penyertaan, media alternatif dan wartawan bebas tidak akan dipaksa untuk berdaftar atau mematuhi peraturan tertentu.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ini memberi mereka fleksibiliti dalam menentukan sama ada ingin menyertai MMM atau tidak. Namun, bagi mereka yang memilih untuk menjadi sebahagian daripada MMM, terdapat beberapa manfaat yang boleh diperoleh. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Antaranya adalah perlindungan dalam kes aduan berkaitan laporan berita, akses kepada latihan profesional, serta peluang untuk terlibat dalam aktiviti meningkatkan standard kewartawanan di Malaysia.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Dengan adanya platform ini, wartawan bebas dan media alternatif yang sering berdepan dengan cabaran seperti ancaman undang-undang dan keselamatan boleh mendapatkan sokongan lebih kukuh dalam memperjuangkan hak dan kebebasan mereka,&#8221;\u00a0<\/em>katanya lagi.<\/h5>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/18-akaun-tiktok-organisasi-media-disekat\/\">18 Akaun TikTok Organisasi Media Disekat, MCMC Berhubung Dengan TikTok<\/a><\/p>\n<div id=\"attachment_50587\" style=\"width: 1610px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-50587\" class=\"wp-image-50587 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/pengamal-media.jpeg\" alt=\"Dikawal Kerajaan\" width=\"1600\" height=\"1066\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/pengamal-media.jpeg 1600w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/pengamal-media-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/pengamal-media-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/pengamal-media-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/pengamal-media-1536x1023.jpeg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/pengamal-media-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1600px) 100vw, 1600px\" \/><p id=\"caption-attachment-50587\" class=\"wp-caption-text\">Pengamal media<\/p><\/div>\n<p>Sementara itu, Radzi menjelaskan terdapat perbezaan RUU ini dengan akta berkaitan media yang sedia ada seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), kerana ia bertujuan untuk membentuk satu badan kawal selia media yang sepatutnya dikendalikan oleh industri media sendiri.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Jika masih wujud undang-undang drakonian seperti PPPA, Akta Hasutan, atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh digunakan untuk menekan media, kewujudan MMM tidak akan membawa perubahan yang signifikan terhadap kebebasan media di Malaysia,&#8221;\u00a0<\/em>jelasnya.<\/h5>\n<p>Pada masa sama, GERAMM berharap MMM akan menyediakan program latihan yang tidak hanya tertumpu kepada organisasi media arus perdana tetapi juga merangkumi wartawan bebas dan media alternatif.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ini termasuk latihan dalam kewartawanan penyiasatan, etika media, keselamatan wartawan, serta penggunaan teknologi dan data dalam laporan berita. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Selain itu, MMM juga perlu memastikan bahawa program pembangunan profesional tidak disalahgunakan untuk menapis atau mengawal naratif media, sebaliknya benar-benar bertujuan meningkatkan kualiti kewartawanan di Malaysia,&#8221;\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menyambut baik pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan Rabu lalu sebagai badan mengawal selia media secara bebas dan memperkukuh kebebasan media serta meningkatkan tahap profesionalisme kewartawanan di negara ini. Presiden GERAMM, Radzi Razak berkata, bagaimanapun kebimbangan utama adalah sejauh mana MMM benar-benar bebas daripada pengaruh kerajaan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":50589,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-50586","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50586","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=50586"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50586\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":50591,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50586\/revisions\/50591"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/50589"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=50586"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=50586"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=50586"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}