{"id":49907,"date":"2025-02-07T15:41:52","date_gmt":"2025-02-07T07:41:52","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=49907"},"modified":"2025-02-07T15:41:52","modified_gmt":"2025-02-07T07:41:52","slug":"jakim-boleh-nasihat-orang-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/jakim-boleh-nasihat-orang-islam\/","title":{"rendered":"Garis Panduan Muslim: JAKIM Boleh Nasihat Orang Islam, Dasar Perlu Ambil Kira Aspek Perpaduan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-4201678795\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Jemaah Menteri bersetuju <a href=\"https:\/\/www.islam.gov.my\/ms\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Jabatan Kemajuan Islam Malaysia<\/a> atau JAKIM boleh nasihat orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah ketika menyertai majlis yang dilangsungkan di rumah ibadat selain Islam.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na&#8217;im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata nasihat tersebut tidak bersifat dasar.<\/p>\n<h2>JAKIM boleh nasihat orang Islam mengikut garis panduan Muslim<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-49916 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/berita-harian-4.webp\" alt=\"JAKIM boleh beri nasihat orang Islam\" width=\"960\" height=\"573\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/berita-harian-4.webp 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/berita-harian-4-300x179.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/berita-harian-4-768x458.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/berita-harian-4-18x12.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu, satu mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan hari ini bagi kekeliruan berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan tersebut.<\/p>\n<p>Melalui mesyuarat itu, Jemaah Menteri mengingatkan bahawa setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pada masa yang sama, Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyemarakkan pelaksanaan Dialog Harmoni bagi memperkukuhkan keharmonian dan menggalakkan interaksi antara penganut pelbagai agama di negara ini.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Perbincangan yang inklusif itu telah mengambil kira sensitiviti semua pihak kerana ia amat penting dalam membina kesepaduan nasional.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Justeru, segala perkara berkait rapat dengan keharmonian antara penganut agama akan dibincangkan secara lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni) yang dipengerusikan<\/em> bersama,&#8221; kata kenyataan itu.<\/h5>\n<p>Artikel lain:<a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mp-dap-mahu-jumpa-menteri-agama\/\"> Garis Panduan Umat Islam: MP DAP Mahu Jumpa Menteri Agama<\/a><\/p>\n<h2>JAKIM boleh nasihat orang Islam<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-49918\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/nst.jpg\" alt=\"\" width=\"900\" height=\"568\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/nst.jpg 900w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/nst-300x189.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/nst-768x485.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/nst-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><\/p>\n<p>Sementara itu, Mesyuarat JK Harmoni Bil 1\/2025 dijadualkan berlangsung bulan ini untuk mendengar segala pandangan ahli-ahli yang terdiri dari 24 wakil penganut agama (Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, Tao, Baha&#8217;i).<\/p>\n<p>Sebelum ini, media melaporkan JAKIM sedang memuktamadkan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.<\/p>\n<p>Mohd Na&#8217;im dipetik berkata, garis panduan itu akan dimuktamadkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-126 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Februari ini.<\/p>\n<p>Garis panduan itu akan diperkenalkan supaya pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan mestilah tidak disertakan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.<\/p>\n<h2>Garis panduan perlu ambil kira aspek perpaduan, JAKIM boleh nasihat orang Islam<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-49917\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/malaysiakini-1.jpg\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/malaysiakini-1.jpg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/malaysiakini-1-300x180.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/malaysiakini-1-768x461.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/malaysiakini-1-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p>Ia mencakupi hal menyentuh ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, serta penyebaran risalah dan agama, persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jemaah Menteri bersetuju Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM boleh nasihat orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah ketika menyertai majlis yang dilangsungkan di rumah ibadat selain Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na&#8217;im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata nasihat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":49919,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-49907","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49907","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=49907"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49907\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":49921,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49907\/revisions\/49921"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/49919"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=49907"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=49907"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=49907"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}