{"id":49467,"date":"2025-01-28T12:33:54","date_gmt":"2025-01-28T04:33:54","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=49467"},"modified":"2025-01-28T12:34:03","modified_gmt":"2025-01-28T04:34:03","slug":"p-buat-laporan-palsu-diculik-wanita-warga-singapura-dihadap-ke-mahkamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/p-buat-laporan-palsu-diculik-wanita-warga-singapura-dihadap-ke-mahkamah\/","title":{"rendered":"Buat Laporan Palsu Diculik, Wanita Warga Singapura Dihadap Ke Mahkamah"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1827408672\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Angkara membuat dakwaan palsu mengenai dirinya hendak diculik di sebuah pusat beli-belah KSL City Mall, Taman Abad, Johor Bahru baru-baru ini sehingga tular di media sosial, seorang wanita warga Singapura bakal berdepan pertuduhan di mahkamah hari ini. akibat dari perbuatannya.<\/p>\n<p>Menurut laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata bahawa wanita berusia 45 tahun berkenaan dibawa dan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini.<\/p>\n<h2>Wanita warga Singapura terima padah buat tuduhan culik palsu<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/malaysiagazette.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/culik-e1737466449400.jpg\" alt=\"Wanita Warga Singapura\" width=\"480\" height=\"550\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: MalaysiaGazette<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan menerima arahan pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain,\u201d\u00a0<\/em>katanya hari ini.<\/h5>\n<p>Terdahulu, polis menerima laporan berkaitan kejadian cubaan culik wanita warga asing itu yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 1 petang, pada 10 Januari lalu.<\/p>\n<p>Menurut Kumar lagi, wanita itu mendakwa didatangi seorang lelaki dan seorang wanita berbangsa Cina yang menjual teh kepadanya sempena perayaan Tahun Baharu Cina.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/assets.bharian.com.my\/images\/articles\/DATUK_M._KdfgfUMAR_1731115860.jpg\" alt=\"Wanita Warga Singapura\" width=\"960\" height=\"639\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Berita Harian<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDia mendakwa dipaksa oleh kedua-dua individu itu untuk menghidu teh yang dipromosikan menyebabkan dia merasa pening dan tidak sedarkan diri.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cHasil siasatan polis mendapati insiden cubaan culik itu tidak berlaku kerana berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) serta bukti-bukti teknikal mengesahkan tiada sebarang pergerakan dia dikesan di lokasi kejadian,\u201d\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Mengulas lanjut, Kumar menyatakan bahawa kejadian cubaan culik itu telah dikesan tular dalam beberapa platform media sosial dan mendapat maklum balas negatif daripada netizen yang mempercayai bahawa kejadian itu benar-benar berlaku.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPempengaruh media sosial turut mengulas dengan mengaitkan isu ini sebagai ancaman kepada keselamatan pelancong ke negeri Johor.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPolis Johor memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini adalah terkawal dan kita komited memantau senario keselamatan negeri ini,&#8221; <\/em>ujarnya lagi.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-49468 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-28-at-11.58.03_d2536698.jpg\" alt=\"Wanita Warga Singapura\" width=\"888\" height=\"1280\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-28-at-11.58.03_d2536698.jpg 888w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-28-at-11.58.03_d2536698-208x300.jpg 208w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-28-at-11.58.03_d2536698-710x1024.jpg 710w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-28-at-11.58.03_d2536698-768x1107.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/WhatsApp-Image-2025-01-28-at-11.58.03_d2536698-8x12.jpg 8w\" sizes=\"auto, (max-width: 888px) 100vw, 888px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Tiktok @michaellew228<\/em><\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/dilaporkan-hilang-di-sepanyol-wanita-singapura-ditemui-maut-dibunuh\/\">Dilaporkan Hilang Di Sepanyol, Wanita Singapura Ditemui Maut Dibunuh<\/a><\/p>\n<p>Tegas Kumar lagi, pihak polis ingin memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada awam terutama menyentuh isu keselamatan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang diakses dalam media sosial tanpa menentukan kesahihannya terlebih dahulu.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau berharap agar orang ramai agar terus peka dan konsisten dalam menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah yang berlaku di lokasi masing-masing dengan sahih.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/malaysiagazette.com\/2025\/01\/28\/wanita-singapura-buat-laporan-palsu-diculik-dihadap-ke-mahkamah\/?fbclid=IwY2xjawIFLOBleHRuA2FlbQIxMQABHciNhyHK03DFPAhE3zdLnddgkIhhUcrRb5b0xgk_E7d01bYL0CPVFMJLvw_aem_pnA6C3sFNeOF8zoj7vmA2w#google_vignette\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">MalaysiaGazette<\/a> (Zulhisham Isahak), <a href=\"https:\/\/vt.tiktok.com\/ZS6WAjB9S\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Tiktok<\/a> @michaellew228<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkara membuat dakwaan palsu mengenai dirinya hendak diculik di sebuah pusat beli-belah KSL City Mall, Taman Abad, Johor Bahru baru-baru ini sehingga tular di media sosial, seorang wanita warga Singapura bakal berdepan pertuduhan di mahkamah hari ini. akibat dari perbuatannya. Menurut laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata bahawa wanita berusia 45 tahun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":49474,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-49467","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49467","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=49467"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49467\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":49475,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49467\/revisions\/49475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/49474"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=49467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=49467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=49467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}