{"id":48420,"date":"2025-01-09T16:14:46","date_gmt":"2025-01-09T08:14:46","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=48420"},"modified":"2025-01-09T16:14:46","modified_gmt":"2025-01-09T08:14:46","slug":"bayi-maut-taska-tidak-berlesen-diarahkan-tutup-disita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/bayi-maut-taska-tidak-berlesen-diarahkan-tutup-disita\/","title":{"rendered":"Bayi Maut: Taska Tidak Berlesen Diarahkan Tutup, Disita"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3511910501\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra, Selangor telah diarahkan tutup berikutan kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan, baru-baru ini.<\/p>\n<h2>Taska diarah tutup selepas kematian bayi empat bulan<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-48427 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/20250109100143.jpg\" alt=\"kematian Bayi Empat Bulan\" width=\"945\" height=\"531\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/20250109100143.jpg 945w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/20250109100143-300x169.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/20250109100143-768x432.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/20250109100143-18x10.jpg 18w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/20250109100143-600x337.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 945px) 100vw, 945px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Instagram yyunirahman<\/em><\/p>\n<p>Menurut laporan Kosmo! Online, pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim memaklumkan pihaknya telah menerima maklumat kejadian tersebut daripada pihak polis pada Ahad lalu.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;JKM kemudiannya telah turun ke taska pada Isnin lalu dan telah mengarahkan taska untuk tutup operasi mulai kelmarin,&#8221;<\/em> katanya ketika dihubungi.<\/h5>\n<p>Taska tersebut disita hari ini dan proses penyitaan bermula pukul 2.20 petang oleh sepasukan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Nor Azian Sharfador Khan selain dihadiri pemilik taska berkenaan.<\/p>\n<p>Difahamkan, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2022.<\/p>\n<p>Nor Azian berkata, penyitaan tersebut dibuat peruntukkan dibawah subseksyen 20A (1) Akta Taska 1984 [Akta 308] yang berkuat kuasa hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, media melaporkan kejadian tragis ini berlaku pada hari Jumaat lalu di sebuah taska yang beroperasi tanpa lesen.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi menjelaskan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.29 petang daripada seorang doktor klinik setelah bayi tersebut dibawa oleh pengasuh dalam keadaan kritikal.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/kecuaian-pengurusan-bapa-dakwa-bayi-terjatuh-katil-hospital-kerap-alami-sawan-selepas-kejadian\/\">Kecuaian Pengurusan? Bapa Dakwa Bayi Terjatuh Katil Hospital, Kerap Alami Sawan Selepas Kejadian<\/a><\/p>\n<p>Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan pucat kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas, dan tiada pergerakan anak mata bila disuluh lampu.<\/p>\n<p>Doktor berkenaan telah melakukan bantuan pernafasan (CPR) dan memberikan bantuan oksigen sambil menunggu ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Cyberjaya.<\/p>\n<p>Bayi tersebut tiba di hospital kira-kira pukul 4.35 petang dan menerima rawatan CPR selama lebih 30 minit.<\/p>\n<p>Mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang pada hari yang sama.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/01\/09\/bayi-maut-jkm-arah-taska-tutup-sejak-selasa-lalu\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Kosmo! Online<\/a> (Mohd Yunus Yakkub)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra, Selangor telah diarahkan tutup berikutan kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan, baru-baru ini. Taska diarah tutup selepas kematian bayi empat bulan Foto: Instagram yyunirahman Menurut laporan Kosmo! Online, pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim memaklumkan pihaknya telah menerima maklumat kejadian tersebut daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":48428,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-48420","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48420","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48420"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48420\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":48436,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48420\/revisions\/48436"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48428"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48420"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48420"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48420"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}