{"id":48253,"date":"2025-01-07T15:56:01","date_gmt":"2025-01-07T07:56:01","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=48253"},"modified":"2025-01-07T15:56:01","modified_gmt":"2025-01-07T07:56:01","slug":"kesuma-laksana-enam-inisiatif-utama-perkasa-modal-insan-dan-lindungi-hak-pekerja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kesuma-laksana-enam-inisiatif-utama-perkasa-modal-insan-dan-lindungi-hak-pekerja\/","title":{"rendered":"KESUMA Laksana Enam Inisiatif Utama, Perkasa Modal Insan Dan Lindungi Hak Pekerja"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1485470529\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Kementerian Sumber Manusia <a href=\"https:\/\/www.mohr.gov.my\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">(KESUMA)<\/a> mengumumkan pelaksanaan enam inisiatif utama yang bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan, melindungi hak pekerja, dan meningkatkan daya saing tenaga kerja negara selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.<\/p>\n<p>Menerusi satu kenyataan, KESUMA berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta dalam Bajet 2025 untuk program latihan dan peningkatan kemahiran pekerja bagi memastikan mereka lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi global.<\/p>\n<h2>KESUMA laksana enam inisiatif utama<\/h2>\n<p>Dasar Sumber Manusia juga akan terus dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja berkualiti tinggi serta memperluaskan peluang pekerjaan untuk semua lapisan masyarakat.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-48257 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/618ad32b88b113d7c1578d4c3efcec6b6635fcbd080de.jpg\" alt=\"KESUMA laksana enam inisiatif utama\" width=\"1110\" height=\"694\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/618ad32b88b113d7c1578d4c3efcec6b6635fcbd080de.jpg 1110w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/618ad32b88b113d7c1578d4c3efcec6b6635fcbd080de-300x188.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/618ad32b88b113d7c1578d4c3efcec6b6635fcbd080de-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/618ad32b88b113d7c1578d4c3efcec6b6635fcbd080de-768x480.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/618ad32b88b113d7c1578d4c3efcec6b6635fcbd080de-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1110px) 100vw, 1110px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Bernama<\/em><\/p>\n<p>KESUMA kini sedang giat melaksanakan reformasi terhadap 28 Akta di bawah kementeriannya untuk memastikan ia selaras dengan perkembangan semasa dan standard antarabangsa.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk meningkatkan keadilan dan kesejahteraan pekerja, KESUMA sedang giat melaksanakan reformasi terhadap 28 KSM.100-2\/1\/1 JLD.4 (15) dan Akta-akta dibawah KESUMA untuk memastikan ia selaras dengan perkembangan semasa dan standard antarabangsa,&#8221;<\/em> kata KESUMA hari ini.<\/h5>\n<p>Artikel lain:<a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/susulan-pendedahan-pac-kesuma-akan-lapor-sprm-siasat-kepincangan-sistem-pengurusan\/\"> Susulan Pendedahan PAC, KESUMA Akan Lapor SPRM Siasat Kepincangan Sistem Pengurusan<\/a><\/p>\n<p>Selain itu, dalam usaha memperkukuhkan perlindungan sosial pekerja, kementerian akan memperkenalkan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).<\/p>\n<p>Hubungan dengan kesatuan sekerja akan terus diperkukuhkan bagi memastikan keharmonian industri dapat dikekalkan.<\/p>\n<p>Kementerian turut memberi penekanan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan melalui inisiatif rekayasa yang bertujuan untuk memperbaiki sistem perkhidmatan agar lebih responsif dan mesra pengguna.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;KESUMA percaya bahawa pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini akan memperkukuhkan daya saing negara, menjamin kesejahteraan pekerja, dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan, seimbang, dan inklusif,&#8221;\u00a0<\/em>ujarnya lagi.<\/h5>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengumumkan pelaksanaan enam inisiatif utama yang bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan, melindungi hak pekerja, dan meningkatkan daya saing tenaga kerja negara selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI. Menerusi satu kenyataan, KESUMA berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta dalam Bajet 2025 untuk program latihan dan peningkatan kemahiran pekerja bagi memastikan mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":48262,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-48253","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48253"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48253\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":48270,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48253\/revisions\/48270"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}