{"id":47468,"date":"2024-12-23T11:21:31","date_gmt":"2024-12-23T03:21:31","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=47468"},"modified":"2024-12-23T11:21:31","modified_gmt":"2024-12-23T03:21:31","slug":"trx-city-batalkan-perjanjian-bina-taman-tema-bandar-malaysia-klccp-dijangka-ambil-alih","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/trx-city-batalkan-perjanjian-bina-taman-tema-bandar-malaysia-klccp-dijangka-ambil-alih\/","title":{"rendered":"TRX City Batalkan Perjanjian Bina Taman Tema Bandar Malaysia, KLCCP Dijangka Ambil Alih"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2093311137\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Anak syarikat Kementerian Kewangan, TRX City Sdn Bhd membuat keputusan untuk membatalkan perjanjian pembinaan taman tema di Bandar Malaysia dengan Sim Leisure Group Ltd dari Singapura.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-47474 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/image.png\" alt=\"\" width=\"640\" height=\"384\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/image.png 640w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/image-300x180.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/image-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: The Edge Malaysia<\/em><\/p>\n<p>Menurut laporan malaysiakini, pembatalan ini dimaklumkan melalui notis yang dihantar pada 16 Disember kepada Sim Leisure Group Ltd, seperti yang diumumkan di Bursa Singapura pada 19 Disember.<\/p>\n<p>Akibat pembatalan tersebut, TRX City perlu memulangkan deposit keselamatan sebanyak RM350,000 dan bayaran pendahuluan bernilai RM1 juta kepada syarikat Singapura itu.<\/p>\n<p>TRX City juga perlu membayar pampasan besar kepada Sim Leisure Group Ltd, namun syarikat Malaysia itu dilihat bakal meraih keuntungan berbillion ringgit sebagai pulangan.<\/p>\n<p>Sim Leisure turut menuntut pampasan untuk perbelanjaan modal yang telah dilaburkan, walaupun jumlah sebenar tidak didedahkan.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/juara-bangunan-seni-arkitek-terbaik-asia-milik-klcc-jadi-tarikan-utama-untuk-pelancong\/\">Juara Bangunan Seni Arkitek Terbaik Asia Milik KLCC, Jadi Tarikan Utama Untuk Pelancong<\/a><\/p>\n<p>Cadangan asal Sim Leisure merangkumi pembangunan bercampur yang meliputi taman tema aktiviti lasak, kemudahan berkaitan, serta pelbagai jenis penginapan termasuk banglo, rumah teres, dan pangsapuri.<\/p>\n<p>Pembatalan ini dipercayai berkait rapat dengan perjanjian bernilai berbilion ringgit yang melibatkan pengambilalihan hartanah di kawasan Sungai Besi.<\/p>\n<p>The Edge melaporkan bahawa KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP), sebuah subsidiari Petronas, sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih Bandar Malaysia dengan nilai anggaran RM12 bilion.<\/p>\n<p>Mengikut laporan tersebut, KLCCP dijangka akan membayar RM6 bilion sebagai bayaran pendahuluan, manakala baki pembayaran akan dilakukan berdasarkan keperluan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Perjanjian ini akan membolehkan kerajaan memonetisasi asetnya dan pada masa yang sama melunaskan hutang Bandar Malaysia, yang kebanyakannya melibatkan dana kerajaan,&#8221;<\/em> kata sumber yang dipetik dalam laporan tersebut.<\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.malaysiakini.com\/news\/729655\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">malaysiakini<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anak syarikat Kementerian Kewangan, TRX City Sdn Bhd membuat keputusan untuk membatalkan perjanjian pembinaan taman tema di Bandar Malaysia dengan Sim Leisure Group Ltd dari Singapura. Foto: The Edge Malaysia Menurut laporan malaysiakini, pembatalan ini dimaklumkan melalui notis yang dihantar pada 16 Disember kepada Sim Leisure Group Ltd, seperti yang diumumkan di Bursa Singapura pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":47475,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1238],"tags":[],"class_list":["post-47468","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/47468","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=47468"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/47468\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":47478,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/47468\/revisions\/47478"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/47475"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=47468"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=47468"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=47468"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}