{"id":46705,"date":"2024-12-09T17:26:06","date_gmt":"2024-12-09T09:26:06","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=46705"},"modified":"2024-12-09T17:26:06","modified_gmt":"2024-12-09T09:26:06","slug":"cederakan-bekas-isteri-hamil-sehingga-koma-peniaga-dihukum-penjara-10-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/cederakan-bekas-isteri-hamil-sehingga-koma-peniaga-dihukum-penjara-10-tahun\/","title":{"rendered":"Cederakan Bekas Isteri Hamil Sehingga Koma, Peniaga Dihukum Penjara 10 Tahun"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-614176929\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini Abd Raof kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah Nordin@Sylvester, 46, sehingga koma tiga tahun lalu.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-46707 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/JIHAN.jpg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"920\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/JIHAN.jpg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/JIHAN-300x256.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/JIHAN-1024x872.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/JIHAN-768x654.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/JIHAN-14x12.jpg 14w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Utusan Malaysia<\/em><\/p>\n<p>Menurut laporan Berita Harian, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa sengaja mencederakan Jahidah yang sedang hamil dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan.<\/p>\n<p>Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam perbicaraan selama tiga tahun.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Selepas mendengar, menimbangkan dan meneliti semua keterangan, dokumen serta hujahan bertulis semua pihak, selain mitigasi pembelaan dan hujahan pendakwaan, tertuduh disabitkan bersalah,&#8221; kata hakim.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Oleh itu, tertuduh dihukum penjara 10 tahun penjara bermula tarikh sabitan hari ini,&#8221;\u00a0<\/em>katanya hari ini.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-46708 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/download-8.jpeg\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"922\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/download-8.jpeg 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/download-8-300x231.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/download-8-1024x787.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/download-8-768x590.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/download-8-16x12.jpeg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Harian Metro<\/em><\/p>\n<p>Terdahulu, peguam tertuduh Mohd Salleh Togimin memohon hukuman ringan berikutan lelaki yang juga peniaga itu mempunyai sakit jantung.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap menanggung dua isteri dan lapan anak berusia antara dua hingga 19 tahun.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Malah tertuduh ditahan di penjara selama setahun dua bulan dengan keluarga terpaksa mengumpul wang untuk menjaminnya keluar sebelum ini,&#8221;\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Kes tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada jam 4 pagi, 4 Mei 2021.<\/p>\n<p>Rosmaini didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 325 dan 326A Kanun Keseksaan , yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda, manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.<\/p>\n<p>Kes tersebut menggemparkan negara kerana ketika kejadian, Jahidah yang hamil dipukul sehingga koma.<\/p>\n<p>Selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan dirawat di Hospital Tuanku Ja&#8217;afar di Seremban, Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Dalam keadaan koma, dia kemudian selamat melahirkan bayi lelaki bernama Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/nasional\/2024\/12\/1334675\/peniaga-cederakan-bekas-isteri-hamil-hingga-koma-dipenjara-10-tahun\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Berita Harian<\/a> ( Mohamed Farid Noh)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini Abd Raof kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah Nordin@Sylvester, 46, sehingga koma tiga tahun lalu. Foto: Utusan Malaysia Menurut laporan Berita Harian, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa sengaja mencederakan Jahidah yang sedang hamil dengan memukul kepala, muka dan tangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":46709,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-46705","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46705","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46705"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46705\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":46725,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46705\/revisions\/46725"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46709"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46705"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46705"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46705"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}