{"id":46264,"date":"2024-12-03T14:44:46","date_gmt":"2024-12-03T06:44:46","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=46264"},"modified":"2024-12-03T14:45:28","modified_gmt":"2024-12-03T06:45:28","slug":"p-kkm-diminta-perjelas-isu-empat-bilik-bedah-jantung-rosak-walaupun-telan-kos-rm546-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/p-kkm-diminta-perjelas-isu-empat-bilik-bedah-jantung-rosak-walaupun-telan-kos-rm546-juta\/","title":{"rendered":"KKM Diminta Perjelas Isu Empat Bilik Bedah Jantung Rosak Walaupun Telan Kos RM546 Juta"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2297458746\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"css-1fbzdvh-H1Container ejg0rhn1\" data-e2e=\"browse-video-desc\"><span class=\"css-j2a19r-SpanText efbd9f0\">Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin membangkitkan isu berhubung empat bilik pembedahan di Pusat Jantung, Hospital Serdang yang <\/span><span class=\"css-j2a19r-SpanText efbd9f0\">menelan kos sebanyak RM546 juta tetapi berdepan masalah teknikal.<\/span><\/p>\n<p data-e2e=\"browse-video-desc\">Memetik laporan Berita Harian, beliau meggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat serta melakukan audit terhadap prosedur, termasuk mengenal pasti siapa menyebabkan empat bilik pembedahan tersebut mengalami rosak.<\/p>\n<p data-e2e=\"browse-video-desc\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-46295 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/beeyin-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/beeyin-1.jpeg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/beeyin-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/beeyin-1-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/beeyin-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/beeyin-1-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\" data-e2e=\"browse-video-desc\"><em>Foto: Utusan Malaysia<\/em><\/p>\n<p data-e2e=\"browse-video-desc\">Beliau meminta penjelasan daripada KKM sama ada benar empat bilik pembedahan di bangunan baharu terbabit tidak berfungsi.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Apabila Pusat Jantung ini dibuka, ia dikatakan mampu memberi rawatan bertaraf dunia kepada pesakit jantung di Malaysia dan untuk mengurangkan pergantungan pada Institut Jantung Negara (IJN).<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Namun, hanya selepas 18 bulan pada Mei 2024, keempat-empat bilik pembedahan telah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah teknikal dan elektrik.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Justeru, Puchong ingin mendapat pengesahan daripada KKM, adakah laporan ini benar?,&#8221; <\/em>soalnya ketika membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat hari ini.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/assets.bharian.com.my\/images\/articles\/sdfg43443_1718862314.jpg\" alt=\"KKM sasar bentang RUU Pindaan Akta Perubatan 1971 sesi Parlimen ini\" width=\"960\" height=\"678\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Berita Harian<\/em><\/p>\n<p>Bukan itu sahaja, Bee Yin menjelaskan bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pernah mengumumkan tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang sudah mula berfungsi sejak 5 Jun lalu.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Puchong ingin mendapatkan pengesahan daripada Menteri, berapakah bilik pembedahan di kedua-dua &#8216;new wing&#8217; dan &#8216;old wing&#8217; yang berfungsi sekarang?<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Puchong juga ingin bertanya sama ada fasiliti-fasiliti baharu lain di Pusat Jantung Hospital Serdang seperti Makmal Jantung Invasif (ICL), mesin MRI 3.0 Tesla dan lain-lain berfungsi dengan baik sekarang?<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Yang paling penting, Puchong ingin tanya Menteri, adakah perkara seperti ini boleh diterima sebagai norma di Malaysia? Sebuah Pusat Jantung yang makan kos rakyat sebanyak RM546 juta berdepan dengan masalah teknikal seperti ini,&#8221;\u00a0<\/em>soalnya lagi.<\/h5>\n<p><strong><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/i.ncdn.xyz\/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97\/2019\/05\/2f91686f47e0e77ddd849885f2b1d9aa.jpg\" alt=\"Teenage 'doctor' released on police bail\" width=\"1000\" height=\"600\" \/><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Malaysiakini<\/em><\/p>\n<p>Justeru itu, Bee Yin mencadangkan KKM menyediakan satu &#8216;dashboard&#8217; di ibu pejabat kementerian itu bagi tujuan memantau bukan sahaja bilik pembedahan tetapi juga fasiliti penting hospital yang lain.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ini bagi memastikan kementerian bukan hanya &#8216;fire-fighting&#8217; dalam menyelenggara fasiliti kesihatan apabila ada laporan surat khabar, tetapi juga penyelenggaran boleh dibuat secara berkala dan sistematik,&#8221;<\/em> ujarnya.<\/h5>\n<p>Tambah beliau lagi, langkah itu juga penting untuk memantau sama ada fasiliti terbabit berfungsi dan memastikan aspek penyelenggaraan berkala dibuat.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/nasional\/2024\/12\/1331838\/kkm-perlu-perjelas-bagaimana-4-bilik-bedah-jantung-hospital-serdang\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Berita Harian<\/a> (Fahmy A Rosli)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin membangkitkan isu berhubung empat bilik pembedahan di Pusat Jantung, Hospital Serdang yang menelan kos sebanyak RM546 juta tetapi berdepan masalah teknikal. Memetik laporan Berita Harian, beliau meggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat serta melakukan audit terhadap prosedur, termasuk mengenal pasti siapa menyebabkan empat bilik pembedahan tersebut mengalami rosak. Foto: [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":46296,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-46264","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46264","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46264"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":46298,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46264\/revisions\/46298"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46296"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}