{"id":46058,"date":"2024-11-28T17:53:37","date_gmt":"2024-11-28T09:53:37","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=46058"},"modified":"2024-11-28T17:53:37","modified_gmt":"2024-11-28T09:53:37","slug":"sprm-lengkap-siasatan-terhadap-fashionvalet-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/sprm-lengkap-siasatan-terhadap-fashionvalet-azam-baki\/","title":{"rendered":"SPRM Lengkap Siasatan Terhadap FashionValet &#8211; Azam Baki"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3671161964\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan mengenai pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet sebelum diserahkan kepada pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan agensi<\/p>\n<p>Memetik laporan FMT, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata keputusan berhubung siasatan tersebut akan diperolehi dalam masa terdekat,<\/p>\n<p>Sebelum ini, beliau berkata siasatan berkait kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet tidak dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/assets.bharian.com.my\/images\/articles\/26hm12raAZAM-4_1715328812.jpg\" alt=\"Kontrak Azam Baki sambung setahun lagi\" width=\"960\" height=\"640\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Berita Harian<\/em><\/p>\n<p>Hal ini kerana\u00a0kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta itu turut melibatkan beberapa keputusan korporat.<\/p>\n<p>Azam juga berkata, sehari sebelum itu, ada beberapa transaksi akaun mencurigakan dikesan berlaku sejak 2018 hingga tahun lalu selain pihaknya percaya sebahagian pelaburan diterima telah disalah guna.<\/p>\n<p class=\"py-1.5 text-lg mb-4\">Pada 6 November lalu, SPRM telah menggeledah kediaman pasangan berkenaan dan menyita 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/upload.wikimedia.org\/wikipedia\/commons\/f\/f5\/FashionValet-Outlet.png\" alt=\"FashionValet - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas\" width=\"939\" height=\"677\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Carian Google<\/em><\/p>\n<p class=\"py-1.5 text-lg mb-4\">Bukan itu sahaja, dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat 28 Oktober lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners, pada 2023.<\/p>\n<p class=\"py-1.5 text-lg mb-4\">Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/denaihati.com\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/Vivy-Yusof.jpeg\" alt=\"Vivy Yusof | Denaihati\" width=\"952\" height=\"500\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Carian Google<\/em><\/p>\n<p>Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar, antara disiasat.<\/p>\n<p>Agensi antirasuah itu turut membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas terbabit.<\/p>\n<p>Sumber:<a href=\"https:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/bahasa\/tempatan\/2024\/11\/28\/sprm-lengkap-siasatan-terhadap-fashionvalet\/?utm_source=facebook&amp;utm_medium=share-button&amp;fbclid=IwY2xjawG1EXRleHRuA2FlbQIxMQABHWAFJryKK2kiSBAuR072cQ4dQPtElXjteYON8bxY2VY_qcXOe1eoPTUARg_aem_Z7D3AhFnK4rOvHKC3Vn9uw\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"> FMT<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan mengenai pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet sebelum diserahkan kepada pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan agensi Memetik laporan FMT, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata keputusan berhubung siasatan tersebut akan diperolehi dalam masa terdekat, Sebelum ini, beliau berkata siasatan berkait kerugian pelaburan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":46066,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-46058","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46058","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46058"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46058\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":46069,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46058\/revisions\/46069"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46058"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46058"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46058"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}