{"id":44207,"date":"2024-11-07T16:20:05","date_gmt":"2024-11-07T08:20:05","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=44207"},"modified":"2024-11-07T16:59:11","modified_gmt":"2024-11-07T08:59:11","slug":"anak-tengku-muda-pahang-dan-empat-individu-mengaku-tak-bersalah-serang-pekerja-binaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/anak-tengku-muda-pahang-dan-empat-individu-mengaku-tak-bersalah-serang-pekerja-binaan\/","title":{"rendered":"Anak Tengku Muda Pahang Dan Empat Individu Mengaku Tak Bersalah Serang Pekerja Binaan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2026419992\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman,20, diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu, hari ini.<\/p>\n<p>Pertuduhan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan serangan terhadap pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan Alias Awang, 44.<\/p>\n<p>Anak Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta&#8217;in Billah itu dituduh bersama Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-44212\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g1-12.jpg\" alt=\"\" width=\"803\" height=\"568\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g1-12.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g1-12-300x212.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g1-12-1024x724.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g1-12-768x543.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g1-12-1536x1086.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g1-12-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 803px) 100vw, 803px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Bernama\u00a0<\/em><\/p>\n<p>Tengku Abdul Rahman ialah adik kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri&#8217;ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.<\/p>\n<p>Salah seorang daripada tertuduh, Mohd Fouzi, berkhidmat sebagai anggota polis. Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, lapor media.<\/p>\n<p>Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama mencederakan paha Alias menggunakan pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek di Kuantan pada 6 Jun.<\/p>\n<p>Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-44213\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g2-9.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g2-9.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g2-9-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g2-9-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g2-9-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g2-9-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g2-9-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g2-9-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Bernama\u00a0<\/em><\/p>\n<p>Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda, disebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.<\/p>\n<p>Pihak pendakwaan diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Pahang, Shahrizat Ismail di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.<\/p>\n<p>Pada 5 September lalu telah dilaporkan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang dan mencederakan Alias menggunakan pisau.<\/p>\n<p>Nama Eddy tidak didedahkan ketika itu kerana dia belum dituduh di mahkamah.<\/p>\n<p>Alias mendakwa seorang rakan kerabat itu menikam pahanya manakala kerabat itu pula menembak ke arah kakinya tetapi tersasar.<\/p>\n<p>Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa dia diserang susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-44214\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g3-10.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"534\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g3-10.jpg 2122w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g3-10-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g3-10-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g3-10-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g3-10-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g3-10-2048x1366.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g3-10-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Bernama\u00a0<\/em><\/p>\n<p>Ketika dihubungi sebelum ini, polis berkata pihaknya menyiasat kes itu dari setiap sudut, tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada siasatan turut menjurus kepada penggunaan senjata api.<\/p>\n<p>Kes itu turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menggesa polis bertindak tegas kerana\u00a0tiada sesiapa yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja.<\/p>\n<p>Sementara itu, dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan memohon jaminan RM10,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.<\/p>\n<p>Dia juga mencadangkan syarat tambahan supaya kesemua mereka melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.<\/p>\n<h2>Mohon jaminan dikurangkan, ditanggung ibu bapa<\/h2>\n<p>Bagaimanapun, peguam bela Y Sheelan memohon minimum dalam lingkungan RM5,000 terhadap Tengku Eddie Akasya atas alasan masih ditanggung ibu bapa.<\/p>\n<p>Sheelan juga memohon jumlah sama untuk Nik Norhisham Affendi dan Khairul Azhar yang bekerja sebagai penternak lembu.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-44215\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g4-2.jpg\" alt=\"\" width=\"802\" height=\"537\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g4-2.jpg 400w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g4-2-300x201.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/g4-2-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 802px) 100vw, 802px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Sinar Harian<\/em><\/p>\n<p>Peguam Mohammed Badrulzzaman yang mewakili Mohd Fouzi pula memohon jaminan rendah terhadap anak guamnya yang menyara isteri dan anak yang masih bersekolah.<\/p>\n<p>Majistret kemudian menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dicadangkan pendakwaan.<\/p>\n<p>Dia juga menetapkan tarikh 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-43057\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/alias-awang.webp\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"916\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/alias-awang.webp 338w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/alias-awang-262x300.webp 262w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/alias-awang-10x12.webp 10w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Carian Google<\/em><\/p>\n<p>Terdahulu, seorang pekerja pembinaan mendakwa menjadi mangsa serangan berkumpulan yang didalangi seorang kerabat itu di sebuah kandang kuda di Kuantan, Jun lalu pada 5 Sept lalu.<\/p>\n<p>Alias Awang, 44, yang menjadi mangsa serangan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu kecewa kerana belum ada tindakan daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.malaysiadateline.com\/terkini-lima-termasuk-kerabat-diraja-pahang-diheret-ke-mahkamah-mengaku-tak-bersalah\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Malaysiadateline<\/a>, <a href=\"https:\/\/www.malaysiakini.com\/news\/725163\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Malaysiakini<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman,20, diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu, hari ini. Pertuduhan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan serangan terhadap pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan Alias Awang, 44. Anak Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":44220,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-44207","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44207","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=44207"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44207\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":44243,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44207\/revisions\/44243"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/44220"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=44207"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=44207"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=44207"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}