{"id":41313,"date":"2024-09-20T12:52:08","date_gmt":"2024-09-20T04:52:08","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=41313"},"modified":"2024-09-20T12:52:08","modified_gmt":"2024-09-20T04:52:08","slug":"sanusi-ke-jepun-untuk-urusan-rasmi-bukan-pergi-bercuti-pejabat-mb-kedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/sanusi-ke-jepun-untuk-urusan-rasmi-bukan-pergi-bercuti-pejabat-mb-kedah\/","title":{"rendered":"&#8220;Sanusi Ke Jepun Untuk Urusan Rasmi, Bukan Pergi Bercuti..&#8221; &#8211; Pejabat MB Kedah"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3376328474\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Pejabat Menteri Besar (MB) Kedah menafikan tuduhan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa sedang bercuti di luar negara bersama isteri.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-41321 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/73fe73032b59d432a384de584dac362f.jpeg\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/73fe73032b59d432a384de584dac362f.jpeg 1000w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/73fe73032b59d432a384de584dac362f-300x180.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/73fe73032b59d432a384de584dac362f-768x461.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/73fe73032b59d432a384de584dac362f-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: malaysiakini<\/em><\/p>\n<p>Menurut laporan Berita Harian, pihaknya menjelaskan Muhammad Sanusi berada di Jepun atas urusan rasmi iaitu tinjauan pengurusan operasi takungan air bawah tanah yang dirancang akan melaksanakannya di Langkawi.<\/p>\n<p>Tambahnya lagi, lawatan ke Kumamoto City pada Isnin lalu itu telah dirancang sejak April lagi sebelum banjir teruk melanda Kedah bersama kakitangan pengurusan dan teknikal Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-41314\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/BH20MBKEDAH_1726794144.jpg\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"524\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/BH20MBKEDAH_1726794144.jpg 960w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/BH20MBKEDAH_1726794144-300x164.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/BH20MBKEDAH_1726794144-768x419.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/BH20MBKEDAH_1726794144-18x10.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Berita Harian<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tular di media sosial Menteri Besar sedang bercuti di luar negara bersama isteri tatkala beberapa daerah di negeri ini sedang dilanda bencana banjir dan ribut. Memang benar Menteri Besar sedang berada di luar negara namun bukan atas tujuan bercuti atau melancong sebagaimana yang dituduh.<\/em><\/h5>\n<div class=\"related-listing\">\n<div class=\"block block-article-related mt-5 mb-1\">\n<div>\n<div class=\"block-title-wrapper d-flex\">\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kunjungan beliau ke Kumamoto, Jepun adalah atas urusan rasmi untuk mempelajari pengurusan operasi takungan bawah tanahdi wilayah berkenaan. Ini kerana satu projek alternatif akan dijalankan di Langkawi untuk mendapatkan bekalan air dari sumber bawah tanah bagi memenuhi keperluan pengguna di Pulau Permata Kedah itu sehingga 2040.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Projek ini adalah di bawah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Projek membina empangan air bawah tanah di Langkawi yang dijangka siap pada tahun 2028 ini adalah yang pertama di Asia Tenggara,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Difahamkan, projek tersebut amat penting dalam menyelesaikan masalah \u00a0bekalan air di Langkawi yang kerap terjejas dan secara tidak langsung mencemarkan imej sebagai tempat perlancongan terkenal di mata dunia.<\/p>\n<p>Pihaknya turut percaya bahawa dengan teknologi, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Jepun akan mampu menguruskan takungan air bawah tanah dengan lebih efisien.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Lawatan ini sudah diatur lama sejak keputusan dibuat dalam mesyuarat LSANK bertarikh 1 April 2024. Delegasi Kerajaan Negeri Kedah berangkat ke negara matahari terbit itu pada 17 September sebelum banjir teruk melanda Kedah.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ketiadaan Menteri Besar di tanah air tidak akan menjejaskan operasi bantuan kerana agensi kawalan, bantuan dan keselamatan sedia ada di bawah kerajaan negeri dan Persekutuan diyakini mampu menangani situasi dengan efisien.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Walaupun berada jauh di luar negara, Menteri Besar sentiasa mengikuti setiap perkembangan bagi memastikan beban bencana yang dihadapi semua mangsa banjir ditangani dengan cepat dan berkesan,&#8221;<\/em> ujarnya.<\/h5>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>Untuk makluman, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang daripada 1,942 keluarga dan tujuh daerah terjejas dengan mangsa ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi tadi,<\/p>\n<p>Kota Setar adalah daerah paling teruk terjejas, dengan 2,424 mangsa, diikuti Kubang Pasu (1,537 mangsa) dan Pokok Sena (925 mangsa).<\/p>\n<p>Menteri Besar Kedah juga mengumumkan bantuan awal RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/nasional\/2024\/09\/1300621\/sanusi-ke-jepun-atas-urusan-rasmi-bukan-bercuti-pejabat-mb-kedah\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Berita Harian<\/a> (M Hifzuddin Ikhsan)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pejabat Menteri Besar (MB) Kedah menafikan tuduhan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa sedang bercuti di luar negara bersama isteri. Foto: malaysiakini Menurut laporan Berita Harian, pihaknya menjelaskan Muhammad Sanusi berada di Jepun atas urusan rasmi iaitu tinjauan pengurusan operasi takungan air bawah tanah yang dirancang akan melaksanakannya di Langkawi. Tambahnya lagi, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":41315,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-41313","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41313","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41313"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41313\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41322,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41313\/revisions\/41322"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41315"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41313"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41313"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41313"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}