{"id":41255,"date":"2024-09-19T14:41:58","date_gmt":"2024-09-19T06:41:58","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=41255"},"modified":"2024-09-19T15:31:03","modified_gmt":"2024-09-19T07:31:03","slug":"khaled-bangga-pharmaniaga-buka-fasiliti-pengilangan-insulin-dan-vaksin-pertama-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/khaled-bangga-pharmaniaga-buka-fasiliti-pengilangan-insulin-dan-vaksin-pertama-di-malaysia\/","title":{"rendered":"Khaled Bangga Pharmaniaga Buka Fasiliti Pengilangan Insulin Dan Vaksin Pertama Di Malaysia"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-2703106379\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p><a href=\"https:\/\/www.mod.gov.my\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Menteri Pertahanan<\/a>, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan Pharmaniaga Berhad yang telah membuka fasiliti pengilangan insulin dan vaksin pertama di Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pharmaniaga Berhad yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan juga syarikat pelaburan di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya pastinya berbangga berada di sini. Ini kerana, kejayaan Pharmaniaga adalah kejayaan Boustead dan LTAT dan kejayaan Boustead dan LTAT adalah kejayaan buat Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kita semua,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<h2 style=\"text-align: left;\">Fasiliti pengilangan insulin dan vaksin pertama di Malaysia dibuka<\/h2>\n<h2 style=\"text-align: left;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-41267 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-6.webp\" alt=\" Fasiliti Pengilangan Insulin Dan Vaksin malaysia\" width=\"1200\" height=\"630\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-6.webp 1200w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-6-300x158.webp 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-6-1024x538.webp 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-6-768x403.webp 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/harian-metro-6-18x9.webp 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/h2>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga LifeScience di Puchong, hari ini.<\/p>\n<p>Mohamed Khaled berkata, kejayaan itu sejajar dengan komitmen LTAT di bawah kerangka Ekonomi MADANI, iaitu meningkatkan daya cipta dan nilai industri farmaseutikal Malaysia khususnya dalam penghasilan produk biofarmaseutikal tempatan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Jadi pembukaan dan operasi fasiliti biofarmaseutikal yang berteknologi tinggi ini bukan sahaja mencatat sejarah sebagai syarikat tempatan pertama untuk mengilangkan insulin dan vaksin.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Malah akan membantu memperkukuh keterjaminan bekalan ubat-ubatan negara,&#8221; <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Ujar beliau, ia sekali gus mengurangkan kebergantungan negara terhadap syarikat-syarikat asing dan membangun dan membekalkan ubat-ubatan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Saya percaya pandemik COVID-19 yang melanda telah meninggalkan kesan dan ingatan yang tidak akan terpada dalam sejarah. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pada peringkat awal pandemik, kita sangat bergantung kepada syarikat asing untuk membangun dan membekalkan vaksin COVID-19.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kita berada pada kedudukan yang seolah-olah terpaksa meraih simpati dan belas ihsan negara barat. Sedangkan kita tahu dan sedar, mereka yang menjadi penghasil dan pembekal utama vaksin kebanyakannya sangat politikal serta suka menangguk di air keruh.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Alhamdulillah, dalam segala kesempitan dan kesempatan itu, Pharmaniaga berjaya tampil sebagai antara institusi negara kita yang telah memainkan peranan aktif. <\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Antaranya dengan bersama-sama mempercepatkan program vaksinasi rakyat dengan menyediakan 20.4 juta dos vaksin COVID-19 Sinovac,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/zambry-arah-universiti-terima-pelajar-miskin-tangguh-yuran-pendaftaran\/\">Zambry Arah Universiti Terima Pelajar Miskin, Tangguh Yuran Pendaftaran<\/a><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-41268 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/utusan-2.jpeg\" alt=\" Fasiliti Pengilangan Insulin Dan Vaksin malaysia\" width=\"2560\" height=\"1706\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/utusan-2.jpeg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/utusan-2-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/utusan-2-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/utusan-2-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/utusan-2-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/utusan-2-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/utusan-2-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Jelasnya, Pharmaniaga kemudian memutuskan untuk mengembangkan keupayaan kilangnya sehingga bertaraf antarabangsa seperti sekarang.<\/p>\n<p>Sementara itu, Mohamed Khaled berharap agar Pharmaniaga memberi perhatian untuk memastikan segala produk dan perkhidmatannya mendapat permintaan sokongan serta penerimaan yang baik di dalam dan luar negara.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Naib Presiden UMNO itu turut meringkaskan terdapat tiga tujuan utama pembangunan fasiliti pengilangan insulin dan vaksin tersebut.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Pertama, kita mahu memastikan keterjaminan bekalan ubat-ubatan atau vaksin bagi menampung keperluan dalam negara.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kedua, kita mahu mengurangkan pergantungan kepada ubat-ubatan yang diimport.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Ketiga dan paling penting, ini semua adalah sebahagian daripada proses kita memastikan setiap satu entiti di dalam ekosistem pertahanan negara berprestasi tinggi dan memberikan pulangan yang baik,&#8221;\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan Pharmaniaga Berhad yang telah membuka fasiliti pengilangan insulin dan vaksin pertama di Malaysia. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pharmaniaga Berhad yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan juga syarikat pelaburan di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). &#8220;Saya pastinya berbangga berada di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":41269,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-41255","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41255","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41255"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41255\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41287,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41255\/revisions\/41287"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41269"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41255"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41255"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41255"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}