{"id":41071,"date":"2024-09-12T16:43:53","date_gmt":"2024-09-12T08:43:53","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=41071"},"modified":"2024-09-12T16:43:53","modified_gmt":"2024-09-12T08:43:53","slug":"himpunan-rxz-jpj-hanya-ambil-tindakan-jika-terdapat-aduan-orang-ramai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/himpunan-rxz-jpj-hanya-ambil-tindakan-jika-terdapat-aduan-orang-ramai\/","title":{"rendered":"Himpunan RXZ: JPJ Hanya Ambil Tindakan Jika Terdapat Aduan Orang Ramai"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1363700459\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan jika terdapat sebarang tindakan terhadap peserta Himpunan RXZ Members 6.0 yang bakal berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus, ia dibuat berdasarkan aduan orang ramai.<\/p>\n<p>Memetik laporan Kosmo, Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya menerusi JPJ Terengganu telah mengadakan pertemuan awal bersama pihak penganjur dalam program yang berlangsung selama dua hari bermula esok.<\/p>\n<p>Katanya, menerusi perjumpaan tersebut telah dinyatakan syarat-syarat yang perlu dipersetujui dalam pelaksanaan program tahunan tersebut.<\/p>\n<h2>JPJ hanya ambil tindakan terhadap Himpunan RXZ jika ada aduan orang ramai<\/h2>\n<p style=\"text-align: center;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-41073 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo.jpeg\" alt=\"\" width=\"1536\" height=\"925\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo.jpeg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-300x181.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-1024x617.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-768x463.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1536px) 100vw, 1536px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Kosmo<\/em><\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cJPJ bukan sengaja cari salah, kita berlandaskan kepada peraturan sebab kita hendak jaga keselamatan awam. Kita perlu pastikan jalan raya itu selamat.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cApa sahaja kesalahan, kita terpaksa ambil tindakan dengan kebanyakan adalah aduan daripada orang awam.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Orang awam adalah kepentingan JPJ dan langkah keselamatan diambil untuk semua yang berada di Terengganu adalah selamat dan bukan setakat peserta program itu sahaja,\u201d <\/em>katanya pada sidang akhbar di JPJ Selangor, hari ini.<\/h5>\n<p>Beliau berkata demikian susulan terdapat tohmahan daripada segelintir pihak selepas penganjuran program sama pada tahun lalu yang mencetuskan kontroversi.<\/p>\n<p>Ini kerana banyak motosikal peserta yang disita akibat &#8216;dipukat&#8217; dalam sekatan jalan raya yang dilakykan JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-41072 size-full\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-2.jpeg\" alt=\"Tindakan JPJ himpunan rxz\" width=\"1024\" height=\"682\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-2.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-2-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-2-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/kosmo-2-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Foto: Kosmo<\/em><\/p>\n<p>Dalam pada itu, Aedy Fadly mengingatkan semua peserta yang berhimpun agar mematuhi peraturan jalan raya dan kenderaan yang ingin dibawa dalam program tersebut.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKita telah berikan nasihat awal dalam perjumpaan tersebut (dengan penganjur) dan saya harap pengunjung dapat patuhi segala peraturan tersebut,\u201d <\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Ketika ditanya sama ada SJR akan dilaksanakan, beliau menegaskan setakat ini ia tiada dalam perancangan pihaknya.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKita hendak bagi lancar kerana itu adalah program kerajaan negeri dan kita tiada nak kata ganggu atau laksanakan SJR buat masa sekarang,\u201d <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 80,000 peminat motosikal Yamaha RXZ dijangka membanjiri Himpunan RXZ Member 6.0 di Terengganu pada hujung minggu ini.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2024\/09\/12\/himpunan-rxz-kita-bukan-sengaja-cari-salah-jpj\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Kosmo!<\/a> (Mohd Yunus Yakkub)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan jika terdapat sebarang tindakan terhadap peserta Himpunan RXZ Members 6.0 yang bakal berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus, ia dibuat berdasarkan aduan orang ramai. Memetik laporan Kosmo, Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya menerusi JPJ Terengganu telah mengadakan pertemuan awal bersama pihak penganjur dalam program yang berlangsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":41074,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-41071","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41071","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41071"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41071\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41076,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41071\/revisions\/41076"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41074"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41071"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41071"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41071"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}